Thursday, May 8, 2014

Welcoming Letter

Bismillah..


Siti Zulaihah binti Abd Karim

3rd floor, Jongwon Oneroom,

78-** yonghyeondong,

Namgu, Incheon,

South Korea

+8210 8389 ****

 

Tarikh:

 

Tuan/puan,

 

Selamat Datang Ke Korea

 

Terima kasih kerana memilih kami sebagai pemandu pelancong anda di bumi sonata ini. Kami berharap agar percutian anda selamat dan dipermudah olehNya. Semoga tuan/puan berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

 

Diharapkan kita dapat bertemu lagi di masa akan datang dan pada kesempatan lain Insyaallah. Di bawah disediakan beberapa tips untuk memudahkan perjalanan dan melancarkan percutian tuan/puan di Korea.

 

1. Gunakan an-nyeong-ha-sae-yo (hello) ketika memulakan perbualan dgn orang korea, manakala ketika setelah selesai urusan, ucapkanlah kam-sa-ham-ni-da (terima kasih) sebelum berpisah. Ia akan memberikan gambaran awal yang baik kepada mereka tentang anda. Mungkin sahaja anda boleh mendapat diskaun ebih banyak sekiranya bernasib baik.

 

2. Selalu mengutamakan keselamatan diri dan barang peribadi anda. Walaupun kadar jenayah di korea adalah sangat rendah, namun berhati-hati adalah lebih baik. Keselamatan pelancong adalah keutamaan kami.

 

3. Selalu membawa passport bersama-sama untuk mengelakkan sebarang masalah ketika di luar guesthouse.

 

4. Simpan nombor tour guide atau nombor saya. Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi kami.


5. Cuaca di Korea adalah tidak menentu, pada musim bunga, hujan akan turun sekali sekala dan cuaca akan menjadi sejuk. Diingatkan untuk membawa baju luar yang sedikit tebal seperti sweater dan payung. Adalah lebih baik sekiranya tuan/puan dapat menyemak ramalan cuaca dahulu sebelum bergerak ke destinasi.
 

5. Pihak kami ada menyediakan borang maklum balas bersama surat ini, di harap komen penambah baikan dari pihak tuan/puan akan menaikkan mutu perkhidmatan kami di masa hadapan.

 

Sekian,

Terima kasih.

 

Yang benar,

 

 

 

SITI ZULAIHAH BINTI ABD KARIM

[jericle(AT)Hotmail(DOT)com]

Saturday, July 6, 2013

Jaulah backpacking korea~ DAY Gangneung

Alhamdulillah mlm 4 julai pkul 11.15 mlm kami bertolak menaiki tren mugunghwa ke Gangneng. Sampai subuh2 then kami rehat sekejap di station sebelum morning walk ke pantai berdekatan. Ingat dekat tp rupanya dah sejam berjalan.

Kami naik seaside train.

Kami pergi International Rose Festival di Samcheok.

Saturday, June 29, 2013

Jauh~lah mengislah diri

Jaulah mengislah diri `Daie, hati jangan sejemput. Berjiwa besarlah.` Ini satu kalimat senang diungkap sukar sekali dihayati. Dalam jaulah kali ini, diri ini diberi taklifan untuk mengajak bakal2 penyambung nadi dakwah di bumi sonata ini mengenal hakikat sebenar penciptaan mereka, menggalas kembali tanggungjawab sememamngnya terpikul di bahu mereka. Para daie kecil ini mungkin masih kecil dari segi usianya tapi jiwa mereka subhanallah sudah dibukakan seluasnya untuk mereka menerima sentuhan tarbiyah. Usrah bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan alfatihah. Benar, apa yang dibincangkan, didebatkan dalam usrah bukan apa yang dikehendaki oleh gerabak dakwah ini tapi pengaplikasian apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Mungkin semua orang boleh datang usrah, apa la sangat dua jam yang diluangkan. Tapi berapa banyak hati yang mahu berubah setelah menerima sentuhan tarbiyah? Ada yang tak pernah ponteng usrah namun masih sukar membiarkan tarbiyah membasuh jahiliyah di hati

Friday, June 28, 2013

DI CELAHAN ASAR DAN MAGHRIB

Bismillah..



Cuaca mendung. Agak kelam berbanding hari biasa. Musim panas di bumi sonata bukanlah sesuatu yang begitu menyeronokkan. Alhamdulillah, kadang-kadang angin bertiup lembut meredakan sedikit bahang kering yang menyengat. Mungkin bagi yang ingin mencuci mata, bumi sonata menyediakan pencuci mata yang lebih hebat dari eyeMo. Malu rasanya hendak berkongsi di sini. Wanita-wanita berpakaian seolah-olah hanya mempunyai semeter kain untuk dibuat baju dan seluar.

Hari ini misiku hanya satu iaitu menawan sebuah bukit dibelakang rumahku. Usai solat asar aku berjalan laju menuju ke kaki bukit. Dua hari yang lepas, aku pernah ke sini bersama seorang seniorku. Kami mendaki hingga ke puncak yang pertama, Puncak yang jaraknya hanya 0.28km tapi subhanAllah, aku perlu memanjat dengan tangga yang anak tangganya aku kira mungkin seratus ke dua ratus langkah. Basah lencun bajuku dengan peluh. Tetapi ternyata di puncak pemandangannya masyaAllah, terbentang luas bandar besar, di sebelahnya laut yang membiru, diatasnya awan yang sedikit kelam mencantikkan lagi portrait dihadapanku ini. Hilang terus keletihan memanjat anak tangga tadi.

Kekaguman 2 hari yang lepas masih lagi terbawa-bawa hingga ke hari ini. Lalu aku mengambil keputusan untuk melengkapkan misiku dengan cubaan menawan puncak kedua. Sampai di persimpangan yang memisahkan dua puncak itu, aku terbaca papan tanda yang menyatakan jarak pendakian ke puncak kedua ialah 1.08km. Aku mengucap panjang, tapi alang-alang sudah sampai di situ aku teruskan juga langkahku. Berpantang undur sebelum ajal, kononnya. Kecil-kecil aku menapak. Jauh di belakangku kelihatan seorang pak cik yang umurnya ku kira dalam lingkungan 60-70an. Ku terus menapak, setiap langkah walaupun tidak bertangga tetapi geografi muka buminya yang berbatu membuatkan pendakianku sedikit melelahkan. Lenguh seluruh sendiku.

Aku berehat sebentar melepaskan lelah. Ku teguk air mineral sejuk yang ku bawa dari rumah. Sedang aku berehat sebentar membasahkan tekak, pak cik yang tadi nun jauh di belakang kini berjalan di hadapanku dan menyapaku. Aduh, aku rasa seperti arnab yang berlumba dengan kura-kura pula. Ke mana pergi semua tenaga mudaku? Seharusnya aku yang lebih berstamina seiring dengan usia mudaku. Mungkin sebenarnya organ-organ dalaman aku juga telah reput digigit oleh kemalasan aku selama ini. Aku terus bangun dan menyambung langkahku. Kali ini, lebih bersemangat dan aku berjaya mendahului pak cik tadi. Seharusnya aku belajar dari bangsa maju dihadapanku ini. Mereka seperti arnab yang laju, tetapi tidak akan berehat selagi tidak sampai ke penghujung.

Dihadapan aku kini tangga yang aku tidak nampak di mana hujungnya. Cuma yang kelihatan seorang mak cik yang ku kira umurnya sebaya dengan isteri abahku. Semakin aku menghampiri mak cik tersebut, kelihatan di tangannya seutas tasbih berwarna coklat. Tangannya perlahan membilang tasbih sambil kakinya perlahan mendaki tangga tersebut. Wah, aku rasa seperti ditampar saat itu. Dia yang beragama Buddha mampu mengamalkan agamanya dengan tekun sekali, sedangkan aku, tidak pernah terdetik pun di hati  untuk membawa tasbih dan berzikir sambil mendaki. Mungkin sudah diracuni pemikiran sekularisme agaknya, beribadah, bertasbih hanya dilakukan di tikar sejadah. Usai sahaja memberi salam dan melipat sejadah, agama tiada lagi dalam tentatif kehidupan seharian. 


Aku bercadang menunggu sehingga matahari terbenam. Siang yang panjang di musim panas menyebabkan aku terpaksa menunggu hingga jam hampir ke pukul 8.00 malam. SubhanAllah, pemandangan langit yang berwarna keemasan begitu memukau pandanganku. Potret Golden Hour yang amat mengasyikkan ku kira. Tetapi aku tidak boleh berlama-lama di situ, bimbang hari menjadi gelap dan menyukarkan aku untuk pulang. Aku segera mencapai beg sandang dan pantas bergerak menuruni bukit. Gambar-gambar yang ku ambil sudah cukup untuk merakamkan betapa indahnya momen yang kuhabiskan diatas puncak itu.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, mata-mata sekeliling masih memandangku. Ikutkan hati kecilku, ingin sekali aku terbang pulang ke rumah atau menjadi invisible, biar tiada siapa dapat melihatku. Sungguh aku rasa terasing di jalanan itu, seperti alien yang baru sahaja mendarat di bumi. Mata-mata mereka meliar memandang aku yang berbalut kepala, hanya kelihatan wajahku dan bajuku yang berbungkus penuh, hanya kelihatan dua tanganku. Langkah dilajukan, ingin sekali cepat sampai di rumah.

Tapi sebenarnya seronok juga bila difikirkan semula. Allah beri peluang untuk aku menjadi duta kecil islam, mengelilingi dunia dengan membawa imej islam, biar satu dunia tahu aku adalah seorang muslim. Kalau ditanya mengapa berhijab, jawapannya mudah saja. Aku analogikan sahaja seperti seorang chef, sekali dipandang seorang lelaki yang berpakaian seragam tukang masak akan digelar chef, tanpa perlu dia menceritakan identiti dirinya. Tetapi tatkala dia menanggalkan seragamnya itu, maka hilanglah identiti luarannya sebagai seorang chef. Bagi aku, hijab itulah seragamku, dan aku adalah full-time muslim, maka secara logiknya aku tidak boleh menanggalkan seragamku, nanti BOS aku marah, maka nerakalah tempatnya.

Hari ini sengaja aku berjalan di lorong universiti, dimana lorong-lorong di sini dipenuhi deretan restoren, coffee shop, pusat karaoke dan lain-lain yang seangkatan dengannya untuk pelajar disini menghilangkan stress mereka. Aku bercadang membeli Bubble tea, minuman kegemaranku disini. Dicelah-celah puluhan manusia yang berbagai ragam itu, aku melihat ada yang dengan wajah penuh kegembiraan menarik luggage ingin pulang ke kampung halaman, ada juga yang meng’ekspresi’kan kegembiraan dengan melanggah minuman keras dan terhuyung-hayang di jalanan, tak kurang juga yang berpelukan lelaki dan wanita memasuki pusat karaoke. Maklumlah hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan bagi semester musim bunga. Tidak hairanlah semua orang ingin bergembira sepuas-puasnya.

Mereka-mereka dihadapanku ini, seakan-akan robot manusia yang diprogramkan. Mereka belajar, hinggakan ada yang bermalam di coffee shop, bersengkang mata menelaah untuk peperiksaan esoknya. Mereka lulus dengan cemerlang kemudian mendapat posisi tinggi di syarikat besar , bekerja bagaikan robot tanpa perasan. Keluar seawal subuh dan pulang ke rumah hanya bila malam sudah pun menjengah. Bagi menghilangkan tekanan di tempat kerja,mereka minum dengan rakan sekerja hingga ke subuh dihujung minggu. Sungguh, penyelesaian bagi setiap masalah mereka hanyalah arak. Kasihan bangsa maju ini, mereka meraba-raba mencari bahagia dalam kegelapan. Namun jika direfleksi semula kepada diri ini, sudah ada cahaya islam yang menyuluh terang jalan dihadapanku, tetapi diri sendiri pula yang malas melangkah, MALAS.

Sampai aku dirumah, segera aku berwudhuk dan menunaikan solat maghrib. Dalam sujud, aku titipkan doa kesejahteraan untuk kedua orang tuaku, untuk saudara-saudaraku di Malaysia amnya dan di Palestin, Syria dan Myanmar khususnya. Semoga diri ini juga dipelihara Rabb selalu. Alhamdulillah, syukur untuk pengalaman berharga DI CELAHAN ASAR DAN MAGHRIB.

Monday, June 17, 2013

Setitik kasih sejuta harapan

Alhamdulillah, mari kita bersyukur pada Allah atas nikmat hari ini. Tak semua kita diberi peluang untuk bernafas lagi keesokan harinya.
Harini saya berpeluang menderma darah buat kali kedua. Saya merasakan perlu untuk setiap manusia menyedari, kita hidup bukan sahaja untuk diri kita. Kadang2 hanya bila sesuatu musibah melanda diri dan orang terdekat, baru kita mula memikirkan kenapa tiada insan yang sanggup untuk turun padang membantu kita. Walhal dalam masa yang sama ketika kita sihat, kita pun tiada rasa belas ingin membantu orang lain yang memerlukan.
Tidak dinafikan sesetengah kita memang fobia dengan darah, boleh pengsan dibuatnya. Tapi yang sihat tiada masalah fobia pun mengelak untuk menderma dengan pelbagai alasan. Percayalah dengan setitik darah yang kita dermakan sangat bermakna buat insan yang memerlukan.
Saya bagi contoh, salah seorang kenalan dekat anda memerlukan darah mungkin disebabkan oleh pembedahan atau kehilangan darah dan sebagainya. Keadaan kritikal dan masa makin suntuk. Anda pulak pengecut dan tiada keberanian untuk menderma tapi digagahkan juga. Setelah dibuat ujian, jenis darah anda tak sesuai. Nah, masa inilah anda mencari2 insan lain yang berhati mulia menghulurkan tangan membantu anda. Sedangkan seumur hidup anda, anda tak mahu membantu orang lain.
Kes kedua, tahukah anda setiap kali anda ingin menderma darah, sampel darah anda akan dikaji. secara tak langsung kondisi terkini badan anda, sihat atau sakit boleh diketahui. Kalau berat badan anda ketika itu terlalu ringan atau terlalu berat, tindakan segera untuk membaiki kondisi kesihatan boleh diambil.
Kes ketiga, bayangkan darah anda yang diderma telah masuk ke seorang insan lain. dengan darah anda beliau hidup, dengan darah anda beliau bernafas, semoga bila dibangkitkan nanti, ada sesuatu yang boleh anda persembahkan kepada Allah; darah yang anda dermakan dengan penuh rasa ingin membantu.
Saya amat berharap ramai golongan belia memberanikan diri menderma darah. Percayalah pengalaman ini pasti akan membuatkan anda rasa lebih tenang, kerana hakikatnya setiap yang ada pada diri kita bukan sepenuhnya milik kita. Ada hak orang lain yang perlu kita tunaikan. Ayuh belia muda yang masih sihat, mari gunakan kesihatan dan kecergasan masa remaja anda untuk membantu orang lain.
p/s: 14 jun adalah hari derma darah yer!!!

Tuesday, June 4, 2013

Sebenarnya saya cinta Dia...

[Nama, tempat dan jalan cerita hanyalah rekaan dan imiginasi penulis, tiada kaitan dengan sesiapa]
Suria menapak perlahan, jalannya penuh cermat agar tidak menggangu tidur rakan serumahnya. Usai meneguk segelas air, Suria kembali ke biliknya.
'Eh, belum tidur ke Asmani nih? lampu pun menyala lagi tu.`
Suria mengumam sendirian sambil langkahnya menuju ke bilik Asmani. Perlahan-lahan pintu bilik yang terbuka sedikit itu dikuaknya. Ternyata Asmani tertidur di meja belajarnya.
Semakin dekat dengan hari peperiksaan, gelagat Asmani semakin pelik. Balik sahaja dari kelas Asmani pasti akan terus masuk ke biliknya tanpa menegur Suria. Suria yakin dan pasti mereka tidak bergaduh. Cuma sejak kebelakangan ini, sejak kejadian di kantin aritu, Asmani seolah-olah meminta utk diberi ruang dan waktu untuk bersendirian. Suria cuba untuk memahami sahabat baiknya dan bersangka baik.
Pagi ini, Suria bangun awal dari biasa. Nasi lemak kegemaran Asmani disiapkan dengan harapan mereka dapat bersarapan bersama. Sudah lebih tiga hari sejak kejadian itu mereka tidak makan bersama.
`Asma, jom la makan sekali. Aku dah masak breakfast spesial utk kau,` ajak Suria.
`Sorry Suri, aku tak selera la pagi ni. Kau makan la dulu. By the way, pagi ni aku pergi kelas dengan Haslizah, ada hal sikit kena setelkan. Kau guna ja motor aku tu,` balas Asmani sambil berlalu menunggu Haslizah di luar. Mereka membahasakan diri sebagai Suri dan Asma ketika berbual.
Sungguh itu bukan Asmani yang Suria kenal. Asmani bukan jenis yang tak menghargai pemberian orang, terutamanya dari sahabat baik sendiri. Asmani pasti akan tunjukkan muka paling gembira kalau menerima sesuatu, walaupun sebenarnya benda yang diterima itu tidaklah seberapa. Ada sesuatu yang Asmani cuba sembunyikan dari Suria. Asmani tak mampu memandang mata Suria ketika bercakap tadi walhal mereka bukanlah orang asing dalam rumah ni.
Petang itu, Suria balik awal kerana kelas Fizik dibatalkan. Bersama secawan kopi panas, Suria duduk di atas sofa sambil memandang ke luar. Pandangannya jauh dilemparkan ke hadapan sambil fikirannya menerawang ke kisah yang terjadi hampir lima tahun dulu. Kisah yang menjadi titik mula Suria bertemu sahabat baik dunia akhiratnya itu.
Imbas kembali : 5 tahun yang lalu
Kini genap sebulan di INTEC. Sebagai seorang pelajar program kejuruteraan Korea Suria masih belum sepenuhnya mengenali rakan-rakannya batchnya yang 83 orang itu.
`Ah, peduli lah, kenapa aku kena sibuk-sibuk nak kenal dan hafal nama diorang, bukannya boleh jamin aku fly pun. Tido lagi bagus`
Ttok! Ttok!
Bunyi fb mesengger menghantar notification ada mesej di inbox. Laju tangan Suria mencapai henset, dibukanya inbox.
`Assalamualaikum, saya nampak awak sorang-sorang tadi kat cafe Akasia, boleh berkenalan? btw, fb awak ni saya dapat dari classmate awak, jangan marah eh. hehe`
Mesej dari mamat blok sebelah dibiarkan.
`Hmm nama saya macam yang dalam fb ni la, tapi kawan-kawan panggil saya Mat. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Please.`
Mesej dibaca tapi tak dibalas.
`Awak~`
`Please. Nak berkenalan jer.`
`Saya ikhlas.`
Suria tersenyum. Dalam hati berbunga, ada sedikit berdebar. Maklumlah ini kali pertama, ada lelaki nak berkawan dengannya, ikhlas katanya. Apa salahnya mencuba kan.
`Hai. Saya Suria. Panggil Su. Kenapa nak kenal? Saya ada berhutang ke dengan awak?` Suria membalas dengan nada sedikit keras, mengelak di cop mudah cair walhal hati sudah mula berbunga.
Akhirnya, ego setinggi tembok yang dibina Suria berjaya diruntuhkan oleh Mat. Mat lelaki yang pandai memujuk, Mat lelaki yang pandai mengambil hati, mengotakan setiap janjinya. Rupanya bukan semua lelaki jahat macam ayah. Siang malam Suria hanyalah teringatkan Mat. Maka bermulah episod bahagia dalam kehidupan Suria, seperti remaja lain.
Dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Mat di hujung bangunan kelas komputer, Suria terlanggar classmatenya, tak ingat siapa namanya. Habis jatuh bertaburan kertas yang dipegang. Suria hanya memandang tanpa mengucap maaf dan terus melangkah pergi.
`Padan muka dia, jalan sambil tidur ke apa. Jalan tu pandang la kiri kanan, asyik tunduk je, mahu tak berlanggar. Isy, mesti Mat dah lama menunggu.` Suria membebel dalam hati.
Asmani mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai. Dia kenal pelajar yang melanggarnya tadi. Suria binti Muiz, classmate yang tempat duduknya selang dua meja darinya. Seorang pelajar yang pandai, cepat faham apa yang diajar tapi suka bersendirian. Pernah Asmani menghulurkan tangan untuk berkenalan, tapi salamnya tak bersambut, malah Suria buat-buat tak nampak dan terus berlalu. Asmani hanya tersenyum saat itu.
`Tak mengapa, kalau bukan hari ini, mungkin esok. Assalamualaikum Suria binti Muiz. Saya tahu awak baik, semoga suatu masa nanti awak sudi berkawan dengan saya.` Asmani berdoa dalam hati.
Beberapa hari selepas itu, Suria tidak kelihatan di tempat duduknya. Asmani mula rasa tak sedap hati, selalunya Suria antara orang yang awal sampai ke kelas. Pagi tadi dia nampak Suria di barisan depan sedang berbaris untuk naik bas ke kelas. Bermakna dia datang ke sekolah tapi tidak masuk ke kelas.
Tiba waktu rehat, Asmani cuba mencari Suria di bangunan yang pernah mereka terlanggar dulu. Entah mengapa firasatnya kuat mengatakan Suria di sana.
`Kenapa dengan awak ni? Dulu bukan main awak ajak saya berkenalan, sekarang..` Suara Suria terputus, hanya esakan kedengaran.
`Apa sebabnya awak nak putus? Awak tipu saya. Semua lelaki sama, ayah jahat awak pun jahat.` Suara Suria yang kuat tadi mula mengendur, menggambarkan hatinya yang betul-betul kecewa.
Selang beberapa minit, kedengaran suara seorang lelaki. Asmani kenal dengan pemilik suara itu, budak program kejuruteraan Australia. Asmani yang masih di balik dinding tekun mendengar.
`Saya mintak maaf, masa tu saya memang ikhlas nak berkawan dengan awak. Sumpah, tak ada niat nak menipu atau mainkan awak, Su. Tapi cara kita ni salah. Awak perempuan, saya lelaki dan tiada istilah berkawan antara lelaki dan perempuan. Selama ni, saya tak tahu benda ni salah. Saya dah taknak terus berdosa, Su.` Mat cuba menenangkan Suria. Nafas ditarik perlahan dan Mat terus menerangkan perkara sebenar kepada Suria.
`Sungguh, bukan sebab ada perempuan lain saya ambil keputusan ni. Suria binti Muiz, awak dibesarkan dengan penuh kehormatan oleh ibu bapa awak, tapi saya rasa saya merendah-rendahkan martabat awak. Saya... saya tak sepatutnya menghalalkan apa yang belum halal untuk saya.` Mat terus menyambung bila Suria hanya diam.
`Saya rasa saya dah nampak matlamat hidup saya yang sebenar, kenapa Allah ciptakan kita. Selama ni saya jahil, saya hanya tahu keseronokan dunia. Allah tak ciptakan kita untuk bermain-main dengan cinta nafsu macam ni, Suria. Tugas kita lebih besar, Suria. Saya harap suatu hari nanti awak akan faham apa yang saya faham sekarang ni. Saya sedang baiki diri dan ingin menjadi lebih baik. Saya terpaksa pergi dulu, Suria. Andai betul awak jodoh saya, semoga Allah pertemukan kita melalui cara yang betul.` Mat terus melangkah pergi. Andai dia terus menunggu, bimbang hatinya akan berpatah balik.
Asmani hanya kaku di tempatnya. Tiba-tiba kelibat Mat muncul di balik dinding. Asmani kaget, mata mereka bertentangan, tapi Asmani cepat-cepat menundukkan pandangannya. Mat pun tidak menunggu lama dan terus berlalu dari situ.
Asmani cuba menghampiri Suria, perlahan-lahan duduk disebelahnya. Dihulurnya sehelai tisu. Asmani hanya duduk menemani Suria tanpa berbuat apa-apa. Esak tangis Suria mula kedengaran dan semakin kuat bila Asmani mengusap belakangnya. Akhirnya Suria menangis di bahu Asmani.
Ttok! Ttok!
Bunyi mesej masuk. Lamunan Suria berkecai.
Asmani adalah orang yang ikhlas bersahabat dengannya. Ketika dia ditinggalkan Mat, Asmani memujuk hatinya dengan cinta kepada yang lebih agung. Suria mula berjinak-jinak dengan majlis ilmu kerana mengikut ajakan Asmani. Dari situ, dia mula mengenali usrah dan selesa dengannya. Jiwanya terasa terisi dan tenang bila mengikuti usrah. Sungguh kini Suria menyedari nikmat terbesar untuk manusia adalah iman dan islam. Dan kini dia mula mengerti apa penyebab Mat memutuskan hubungan dengannya dulu. Syukur, ya Allah atas perkenalan dengan sahabatku ini.
Mesej yang masuk tadi dari Asmani rupanya.
`Suri, aku rasa kita kena jumpa. Aku tunggu kat Ediya jam 5.`
Suria segera bersiap, pasti ada perkara penting yang ingin diberitahu Asmani. Mungkin dia ingin meluahkan masalah yang dihadapi kebelakangan ni. Suria nekad kali ni, dia yang perlu memecahkan jurang ini sekaligus merapatkan kembali hubungan mereka.
Enjin motor dihidupkan. Topi keledar disarung dan perlahan motor bergerak meninggalkan halaman rumah.
Suasana cafe Ediya Coffee sunyi. Tak ramai pelanggan hari ni. Suria tenang menunggu Asmani. Cafe Mocha kegemarannya dihirup perlahan.
Duduknya yang menghadap ke dinding menyebabkan Suria tidak perasan kehadiran Asmani. Bahu Suria ditepuk perlahan. Suria menoleh ke belakang.
Ppong! Ppong! kedengaran letupan kecil.
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan SURIA...
`Suria, selamat hari lahir. Semoga Allah meredhai persahabatan kita. Maaf atas sikap aku yang buruk dua tiga hari kebelakangan ni. Kejadian kat kelas tu pun salah satunya. Itu semua idea Haslizah and the gang, aku follow ja. Aku sayang kau fillah.` bisik Asmani ketika memeluk Suria.
Suria mengesat air matanya. Dipandang wajah sahabatnya satu persatu. Sungguh ukhwah ini hanya manis bila ia bersalut keimanan dan kecintaan kepadaMu ya Allah.
`Terima kasih Asmani kerana mengenalkan aku dengan tuhan melalui tarbiyah.` Suria berkata dalam hatinya. 
by: akuhambaAllah

Tuesday, April 30, 2013

Mereka itu kekasih

penatnya lelahnya jasad ini menanggung,
saban waktu memikul dosa di pundak,
dosa kecil hari ini semakin membengkak,
bila dosa itu berterusan tanpa taubat.
sakitnya peritnya jasad ini menggalas,
bila nafsu dan keinginan menjadi tuan,
bila dunia dan material mengaburi mata,
umpama keldai dipikul manusia.
jasad ini hanya sekujur tubuh,
yang didalamnya punya jiwa yang minta dikasihani,
bukan keinginan dunia yang dipinta jiwa,
bukan kemahuan nafsu yang didahagakan jiwa.
jasad ini hanya satu pinjaman,
bila tiba masa perlu dipulangkan kepada empunya,
berilah jiwa itu hak yang sepatutnya,
kerana ia bisa menuntut di hadapan tuhan kelak.
jasad dan jiwa,
mereka kekasih sejati,
punyai hasrat untuk tenang dalam dakapan cinta tuhan,
beri ia peluang untuk mengenali cahaya sang khalik.
by:akuhambaAllah

Friday, March 22, 2013

made in korea: FOOT mask (moisture foot essence)

Saban hari kita menggunakan kaki, sama ada berjalan ke tempat kerja mahupun mrlakukan kerja seharian di rumah. Kesannya kulit kaki menjadi mudah kasar dan adakalanya kulit kaki menjadi kering. Mask kaki dari korea ini diperkaya dengan pati rosemary mampu memberi kelembapan kepada kulit kaki terutamanya bahagian tapak kaki dan tumit.
cara penggunaan:
1. Cuci kaki sebersihnya.
2. Di bahagian atas pek ialah plastik berbentuk sarung kaki, dan di bahagian bawah pek ialah mask kaki.
3. Pakai mask kaki dahulu kemudian gunakan plastik berbentuk sarung kaki yang disediakan sebagai pembalut.
4. Biar sehingga 20~30 minit, kemudian sapu lebihan essence di kaki sehingga kering. Tidak perlu membasuh lebihan essence sebaliknya biarkan ia kering di kulit.
Kini tiba masa untuk anda beri perhatian kepada kulit kaki anda. Selamat membelai kulit kaki anda.

Wednesday, February 27, 2013

PAKEJ TOUR GUIDE MURAH KE KOREA (SUMMER/MUSIM PANAS) SONATA TOUR (1.7.2013~5.7.2013)

Bismillah..
PAKEJ TOUR GUIDE MURAH KE KOREA - BUDGET TRAVEL (Summer)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sesiapa yg tgh plan nak melancong ke korea,esp yg muslim tapi belom ada tour
guide, ini peluang keemasan utk anda.

TARIKH TRAVEL : SONATA TOUR (1.7.2013~5.7.2013)
cadangan flight, air asia :

DEPART

Kuala Lumpur to Seoul

0800 (KUL)
1520 (ICN)


RETURN
Seoul to Kuala Lumpur

1625 (ICN)
2155 (KUL)

TEMPAT :
  • Day 1 : Exciting day (dongdaemun, namdaemun, myeongdong)
  • Day 2 : Happy day(Lotte world, Han River) 
  • Day 3 : Korea day (Gyeongbuk Palace, Nami Island, sindang rabukki)
  • Day 4 : Culture day (Folk village, itaewon, namsan tower)
HARGA : RM 1300 PER PERSON
MAKAN : Lunch dan Dinner

#Anda hanya perlu membeli tiket flight dan menyediakan wang utk shopping sahaja di Korea, selebihnya
termasuk dalam pakej [transport, accomodation,guide, lunch dinner,entrance fee]

SASARAN : 30 ORANG TERAWAL (perempuan sahaja)

utk yg berminat, boleh klik sini dan isi borang^^
https://docs.google.com/forms/d/1peBfxoR0SDnCAajU2UxEgacNgKorGbAtPeSYU8YgSRI/viewform

CONTACT (emel dan fb): jericle(at)hotmail(dot)com / https://www.facebook.com/jericle

Related Posts with Thumbnails