Siti Zulaihah binti Abd Karim
3rd floor, Jongwon Oneroom,
78-** yonghyeondong,
Namgu, Incheon,
South Korea
+8210 8389 ****
Tarikh:
Tuan/puan,
Selamat Datang Ke Korea
Terima kasih kerana memilih kami
sebagai pemandu pelancong anda di bumi sonata ini. Kami berharap agar percutian
anda selamat dan dipermudah olehNya. Semoga tuan/puan berpuas hati dengan
perkhidmatan kami.
Diharapkan kita dapat bertemu
lagi di masa akan datang dan pada kesempatan lain Insyaallah. Di bawah
disediakan beberapa tips untuk memudahkan perjalanan dan melancarkan percutian
tuan/puan di Korea.
1. Gunakan an-nyeong-ha-sae-yo
(hello) ketika memulakan perbualan dgn orang korea, manakala ketika setelah
selesai urusan, ucapkanlah kam-sa-ham-ni-da (terima kasih) sebelum berpisah. Ia
akan memberikan gambaran awal yang baik kepada mereka tentang anda. Mungkin
sahaja anda boleh mendapat diskaun ebih banyak sekiranya bernasib baik.
2. Selalu mengutamakan keselamatan
diri dan barang peribadi anda. Walaupun kadar jenayah di korea adalah sangat
rendah, namun berhati-hati adalah lebih baik. Keselamatan pelancong adalah
keutamaan kami.
3. Selalu membawa passport
bersama-sama untuk mengelakkan sebarang masalah ketika di luar guesthouse.
4. Simpan nombor tour guide atau
nombor saya. Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi kami.
5. Cuaca di Korea adalah tidak menentu, pada musim bunga, hujan akan turun sekali sekala dan cuaca akan menjadi sejuk. Diingatkan untuk membawa baju luar yang sedikit tebal seperti sweater dan payung. Adalah lebih baik sekiranya tuan/puan dapat menyemak ramalan cuaca dahulu sebelum bergerak ke destinasi.
5. Pihak kami ada menyediakan
borang maklum balas bersama surat ini, di harap komen penambah baikan dari
pihak tuan/puan akan menaikkan mutu perkhidmatan kami di masa hadapan.
Sekian,
Terima kasih.
Yang benar,
SITI ZULAIHAH BINTI ABD KARIM
[jericle(AT)Hotmail(DOT)com]
1 comment:
salam zulaihah.. kami (7 org) bcadang utk pg korea 16hb June utk 8 hari.. utk time ni ad package yg available x? thank you :)
Post a Comment