Monday, October 5, 2009

SOMEONE WHO REACHES FOR YOUR HANDS AND TOUCHES YOUR HEART...

Bismillah..

first thing aku nak ucap terima kasih, nomu kumawoyo kepada dib dan penghantar mesej serta roommate aku kerana menjadi org pertama yg ucap hepi bezday kat aku...aku ni bkan jenis org yang senang meluahkan perasaan melalui kata-kata...pemalu sket...tapi aku sedar bila perasaan tu diluahkan dengan kata, memang akan buat orang terharu...

disebabkan sifat pemalu aku tu, mungkin menggunakan blog ni sebagai alat penyampai perasaan adalah langkah terbaik...

kepada semua kawan2 yg kenal aku, korang dah bagi hadiah bezday terhebat dan termahal di muka bumi ni kat aku...cuba teka apa??
kenangan manis dan pahit, masin,tawar semuanyalah yang pernah kita kongsi...sama ada waktu kita berkawan atau pun bergaduh...masa sekolah rendah,menengah,kolej...

aku dah menghabiskan sepenuhnya 1/3 dari hidup aku dengan kawan-kawan aku...
bila tiada mak ayah di sebelah untuk aku nangis dan sandarkan kepala, aku cari kawan...
bila aku nak ceritakan bebanan aku yang aku dah tak mampu nak pikul sorang-sorang, aku cari kawan....
bila aku nak bercakap tanpa henti pun aku akan cari kawan....
KAWAN...

aku rasa bangga ada kawan macam korang dalam hidup aku...
korang pon tahukan, hidup baru aku akan bermula
aku tak nak pon tapi aku terpaksa tinggalkan hidup aku yang penuh main-main ni..
sebab aku akan melangkah ke suasana yang bukan sahaja tempatnya baru tp orang disekeliling aku pun orang baru...kawan pon baru

terima kasih korang
kita membesar dan belajar menjadi menjadi orang dewasa bersama-sama
aku masih ingat betapa seronoknya kehidupan di asrama dulu
bila kita sakit...ada kawan yang sanggup tinggalkan kelas sebab kita
bila dengar ja kita sakit..terus jadi bimbang
ada juga yang sanggup bersusah ambilkan makanan untuk kita
ada yang sanggup memaut dan memapah kita bila kita jatuh
ada yang sanggup hulurkan tangan bila kita penat untuk terus melangkah
ada yang sanggup makan sikit semata2 nak kongsi dgn kita yg kelaparan
terima kasih korang
sebab sanggup jadi kawan aku

nanti walaupun kita jauh dan membawa haluan masing2, please jangan lupakan aku..
walaupun tak nampak kat mata tapi kat hati still ada
korang semua yang kenalkan aku dengan hidup nih
korang yang ajar aku macammana nak hadapi hidup nih
sapa2 pon akan rasa bertuah kalau ada kawan macam korang..
so..aku doakan korang semua yang pernah, masih atau baru nak jadi kawan aku...
kita sama2 berusaha n sama2 berjaya
korang yang baca blog aku nih tolong sampaikan pada kawan aku yang len yang
AKU SAYANG KORANG SUMA.....


Related Posts with Thumbnails