Tuesday, September 29, 2009

NOVEL : LISA VS MR ZUL....LISA 1 : 1 MR ZUL (1)

Bismillah..

nak cuba try test menulih cita sket...

nak stat kt mana ek...
ok dah jumpa....
CERITA INI REKAAN SEMATA-MATA, TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG MASIH HIDUP KE PENGSAN KE PAPE KE SEBAB IANYA REKAAN BLOGGER SEMATA-MATA...ADA PAHAM..kalu ade pon kebetulan je tu..


bAHAGIAN 1



kring!!!
Jam loceng kucing parsi itu berbunyi nyaring. Pukul 6.30 pagi. dengan mata yg masih terpejam rapat, tangan Lisa sibuk mencari kedudukan jam mengikut latitud dan longitud yg telah dihafalnya selama ini. tapi pg ini entah makhluk mana yg mengubahnya...cari punya cari..tak jumpa-jumpa..teraba-raba dalam gelap...tetiba
prang!!!
'aduh, cancel, hancus top-up aku minggu nih..kena beli jam baru lagi...kali lepas dah beli tikus mondok punya version, pecah jugak...,' Lisa bermonolog dalam hati..namun, mata masih terpejam..ini serious..

"dah pukul berapa nih?" Lisa mengomel perlahan.
"Madi, bangun Madi...x elok lewatkan subuh nih..." Lisa mengejutkam Madi dgn nada suara yang begitu prihatin.

Madi yg baru sahaja masuk ke bilik setelah selesai mandi, menggeleng-gelengkan kepalanya. dah nak tercabut sendi aku goyangkan badan ko Lisa. Nak kejutkan aku, konon. kalu tidur tu, jangankan bom, wat konsert Sure Heboh kat tepi telinga ko pon belum tentu terbuka mata tu.

"woi..mamai ke ape..aku da bangun ar..dah wangi pon nih, ko tu yg slalu Subuh gajah...bangun arr...bangun!!!!" Madi menjerit kuat di telinga Lisa.


Lisa..Lisa..ko memang suka betul la ngan binatang ni..jam kau yg setia tu pon setiap kali ko beli bentuk binatang..tau la ko nak jadi penyelidik haiwan...sampaikan sembahyang subuh pun ko amek gajah punye...Lisa..Lisa..pencinta hewan..jgn tunggu janda hewan sudah..

"madi..sampai ati ko..x kejut aku..ari ni aku da kelas pukul 8 beb..mati aku madi..mati..madi, tolong aku!!!" jerit Lisa dari dalam tandas.


"apenye??"


"iron kan tudung ak, smalam x smpat la..please!!!"


hmmm...tau pon takut, dengan Mr zul tu ko jangan main-main Lisa...rasanya baik aku suruh Mr zul yg kejut ko pagi-pagi..baru padan muka muka..tapi kalu dia yg kejut..belum papa ko dah bangun, sengih macam kerang + lala busuk depan dia...

"yelah..ko tu mandi cepat sket..ari ni tak payah nak nyayi-nyayi dalam toilet tu..orang cakap nyayi dlam tandas, x de org nk masuk minang..Mr Zul pun tak nak..."


ko ni pun satu Lisa, dah tau esok da kuliah ngan Mr Right ko tu, tak payahlah YM sampai pukul 2,3 pagi..kalu ko bangun malam ok la jugak..qiam ke study ke..tak pon lagi bagos ko tido je awal..org muka bersinar-sinar sebab rajin beribadah tp ko muka bersinar-sinar disuluh cahaya laptop...Lisa..Lisa
memang Lisa lewat betul pagi tu..yalah, pakai tudung je 10 min, belum lg mekap, eye shadow la, eye liner la, eyemore ad ke...kononnya nak pastikan kelihatan perfect depan Mr Right dia tu..yalah kononnya dengan muke dia yg cntik tu, x jadi la dimarahi Mr Zul...ye ke???

lagipun selalunya kuliah stat pukul 10. tak da ribut,x da angin tetiba je Mr Zul awalkan kuliah...dah la buat waktu weekend..peningnya perut..lenguhnya otak mikir tapi demi masa depan yang bersinar-sinar, harapan yang blink-blink gitu... redah je lah Lisa..ye ke..atau sebab ko suke giler abeh kt Mr Zul tu Lisa... sampai telinga dia berasap, marah kat ko sebab ko asyik tersenyum je depan dia macam kerang busuk..wat malu kaum je Lisa nih..

selepas meredah komuter, panjat pulak bas mini kontot..sampailah Lisa ke tempat 'dating'nya bersama Mr Zul dan....rakan sekuliah...kacau betul la..kelas dah stat setengah jam lebih...lisa tahu tu..dah wat persediaan pon tp tak tau la cukup ke tak nak menepis serangan bertubi-tubi dari Mr zul nanti...pasrah je lah..
perlahan-perlahan pintu Dewan Cendana dibuka.....
[to be continued]

Sunday, September 27, 2009

nafsu yang menggoda, akal yang menentukan


Bismillah..
ari tu masa aku g terawih kat surau kolej aku
ad hamba ALLAH ni bg tazkirah pasal nafsu dan akal
tapi aku ingat2 lupa plak cite dia
pas2 ari ni
sdg aku sibuk meneroka laman komputer aku ni
terjumpa balik kisah yang ditazkirahkn malam tu
ceritanya berbunyi begini.....

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata,

"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata,

"Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,

" Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dengan berpuasa, nafsu menjadi lemah.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan musnah.


Related Posts with Thumbnails