Monday, June 17, 2013

Setitik kasih sejuta harapan

Alhamdulillah, mari kita bersyukur pada Allah atas nikmat hari ini. Tak semua kita diberi peluang untuk bernafas lagi keesokan harinya.
Harini saya berpeluang menderma darah buat kali kedua. Saya merasakan perlu untuk setiap manusia menyedari, kita hidup bukan sahaja untuk diri kita. Kadang2 hanya bila sesuatu musibah melanda diri dan orang terdekat, baru kita mula memikirkan kenapa tiada insan yang sanggup untuk turun padang membantu kita. Walhal dalam masa yang sama ketika kita sihat, kita pun tiada rasa belas ingin membantu orang lain yang memerlukan.
Tidak dinafikan sesetengah kita memang fobia dengan darah, boleh pengsan dibuatnya. Tapi yang sihat tiada masalah fobia pun mengelak untuk menderma dengan pelbagai alasan. Percayalah dengan setitik darah yang kita dermakan sangat bermakna buat insan yang memerlukan.
Saya bagi contoh, salah seorang kenalan dekat anda memerlukan darah mungkin disebabkan oleh pembedahan atau kehilangan darah dan sebagainya. Keadaan kritikal dan masa makin suntuk. Anda pulak pengecut dan tiada keberanian untuk menderma tapi digagahkan juga. Setelah dibuat ujian, jenis darah anda tak sesuai. Nah, masa inilah anda mencari2 insan lain yang berhati mulia menghulurkan tangan membantu anda. Sedangkan seumur hidup anda, anda tak mahu membantu orang lain.
Kes kedua, tahukah anda setiap kali anda ingin menderma darah, sampel darah anda akan dikaji. secara tak langsung kondisi terkini badan anda, sihat atau sakit boleh diketahui. Kalau berat badan anda ketika itu terlalu ringan atau terlalu berat, tindakan segera untuk membaiki kondisi kesihatan boleh diambil.
Kes ketiga, bayangkan darah anda yang diderma telah masuk ke seorang insan lain. dengan darah anda beliau hidup, dengan darah anda beliau bernafas, semoga bila dibangkitkan nanti, ada sesuatu yang boleh anda persembahkan kepada Allah; darah yang anda dermakan dengan penuh rasa ingin membantu.
Saya amat berharap ramai golongan belia memberanikan diri menderma darah. Percayalah pengalaman ini pasti akan membuatkan anda rasa lebih tenang, kerana hakikatnya setiap yang ada pada diri kita bukan sepenuhnya milik kita. Ada hak orang lain yang perlu kita tunaikan. Ayuh belia muda yang masih sihat, mari gunakan kesihatan dan kecergasan masa remaja anda untuk membantu orang lain.
p/s: 14 jun adalah hari derma darah yer!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails