Thursday, September 29, 2011

BUKU : DENYUT KASIH MEDIK

Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa habaq semua? Bersua lagi kita dalam segmen kali ni.(ecece dh macam pengacara tv dah ni...).Harini aku nak perkenalkan sebuah buku yang aku rasa memang berbaloi hampa laburkan duit untuk beli. Alkisah camna aku boleh terdetik nak beli buku ni..cerita bermula begini......(ok, semua pandang keatas, sambil cuba membayangkan....)

Ada seorang kawan fb aku ni. Dia dapat hadiah besday dari ayahnya, pastu dia post la kt fb. Kebetulan kawan fb aku ni mmg ambek Medik bersesuaian sangatlah dgn jiwanya buku ni. Aku pun mula menidakkan perasaan utk beli jugak buku ni..Aku cuma klik LIKE sebab aku rasa tajuk dia unik dan spesel..

Lepas 2~3 minit, muncullah komen2 yg mula menarik minatku...

"the best book EVER!!!!!!"
"sy mmg dh baca..terbaik.."
"rugi kalau x baca buku nih.."

Jd aku pon terus la tny direct kt kawan medik aku tuh. Dia mmg rekomen aku baca. Maka melangkahlah aku ke kedai buku membeli buku ini. Ternyata aku mmg berpuas hati.

DENYUT KASIH MEDIK

RM23.00

"Subhanallah! Saya teruja munculnya doktor muda yang menulis novel. Dunia medik dan fiqh yang dinukil bukan sahaja dekat di hati doktor bahkan masyarakat. Ianya realistik, Islamik, berfakta, evergreen, memtivasi, menyentuh dan mendidik. Usai membacanya, saya sedar ada bakat besar yang akan bersinar, Insya-Allah"
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN- NOVELIS

"Dari muka surat pertama lagi saya dapt merasakan yang buku ini akan membuatkan saya teringin membacanya hingga ke halaman terakhir. Tiada kata yang dapat mengungkap seni dan ilham yang terdapat dalam karya ini. Ianya bukan karya picisan yang tiada nilai, ianya sebuah karya yang memberi kesan kepada jiwa-jiwa yang membacanya."
MISS JERICLE - PENULIS BLOG & PEMINAT NOVEL JIWANG
                 
Related Posts with Thumbnails