Akhirnya berkesempatan jugak aku mengupdate bahagian ni....
Mohon tegur kalau ada yg salah...
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Menurut buku Asas2 Islam - Modul Pembangunan Insan, ini merupakan hadis yang merangkumi semua fungsi amalan zahir dan batin. Kalau surah Al-Fatihah itu kita namakan sebagai ummul-kitab himpunan konsep al-quran yang terkandung di dalamnya, manakala hadis ini boleh dinamakan sebagai ummu as-sunnah kerana mengandungi himpunan ilmu sunnah.
Dalam hadis ini terdapat 4 perkara pokok yang disentuh;
- ISLAM
- IMAN
- IHSAN
- QIAMAT
1) ISLAM - berpaksikan lima perkara ;
- dua kalimah syahadah
- solat pada waktunya
- zakat
- puasa di bulan ramadhan
- haji ke baitullah bagi yg mampu
2) IMAN - berpaksikan enam perkara ;
- memperakui kewujudan Allah
- memperakui kewujudan malaikat
- memperakui kitab2 samawi yg diturunkan Allah
- membenarkan semua rasul yg dipilih Allah
- memperakui kewujudan hari qiamat
- memperakui qada' dan qadar yg ditentukan Allah
- ibadah ditunaikan dlm keadaan terbaik dan paling sempurna
- merasakan seolah-olah Allah sentiasa melihat dalam perkara kecil mahupun besar
- ilmu ttg masa berlakunya kiamat hanya terletak dalam pengetahuan Allah, termasuklah malaikat mahupun rasul tidak mengetahuinya.
- Namun begitu, baginda tetap menceritakan beberapa tanda2 kiamat
1. Akhlak menjadi rosak dan mendorong kepada penderhakaan anak-anak terhadap orang tuanya. Ada yang menjadikan orang tuanya sebagai hamba
2. Situasi masyarakat menjadi terbalik dan kucar-kacir. Sebagai contoh, orang yang hina menjadi raja dan diangkat menjadi ketua. Pelbagai urusan diserahkan kepada mereka yang tidak berkelayakan. Manusia memiliki harta yang banyak dan melakukan pemborosan. Manusia juga berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Mereka yang dahulu fakir dan malang di kalangan Badwi dan pengembala, kini memerintah manusia.
Dari hadis ni, aku terasa nak berkongsi sesuatu la hasil dari aku peng'usha'2an buku yg ada.....
- Bila kita sedang menuntut ilmu, sekiranya tiada org yang bertanya soalan, menjadi satu keperluan untuk kita bertanya tentang sesuatu yg kita rasa penting, walaupun sebenarnya kita dah tahu tentang perkara itu. Jawapan yang diberikan oleh guru kita tu mungkin benda biasa2 ja untuk kita, tetapi amat bermanfaat untuk rakan2 kita yg hadir sama ketika itu. Lagi satu, bila orang tanya kita....
si A : "minah Jeri, hang tau dak jawapan dia apa?"
M.J :"errrr........"
masa ni minah Jeri x boleh nak bodoh sombong. Maksudnya kalau tak tahu, cakap ja tak tahu. kalau tahu, nak jawab tahu pun boleh, nak jawab tak tahu pon boleh...kalu jwb tak tahu at least, dpat ilmu baru..
p/s to minah Jeri : jangan bodoh sombong^^ dan perasan bagus...
- Masa menuntut ilmu, perkara paling penting adalah soal-jawab. Cuba bayangkan kalau kuliah tu satu hala ja, prof ckp selama 5 jam tanpa henti, apa hampa rasa? Sebab tu dekat sini dia kata pentingnya untuk bertanya.
M.J : Prof, saya ada soklan ni? (M.J dgn muka seriusnya...)
Prof : Silakan. (senyum bangga kerana ada muridnya yg fokus dalam kelas...)
M.J : Antara ayam dengan telur, yang mana dulu ya?
Prof : errrr.....
p/s to minah Jeri : ada bran ka nak tanya soklan merapu camtu? tanya tu biarlah topik yang berkaitan dan bermanfaat ya semua!!!
- hendaklah berpenampilan kemas dan bersih. Bukan apa,sedap ja mata memandang. Tak payah seksi2 pun x pa, pegi kelas bukan nak mengoratkan. Tapi jangan la sampai baju tidoq pon tak sempat tukar. parah tu(naseb sy blom sampai tahap ni lagi, wlpon slalu lambat gak g kelas...)... sebabnya dalam hadis ini dinyatakan Jibril pon datang mengajar manusia bukan sekadar melalui perkataannya, tetapi melalui keadaan dan penampilannya juga.
Prof : (bkn nama sebenar)miss jericle!!!....satu, miss jericle!!!...dua, miss jericle!!!!..tiiii.....
M.J : Here, prof!!! (M.J pon sampai dlm keadaan cungap2 mcm ikan atas darat...)
Prof : Akhirnya....ok. hmmm..cantik fashion baru awak ni. Fashion selamat malam ye...
M.J : errr........
p/s to minah Jeri : cepat2 gi tukar baju..huhuu...tu la, sapa suruh maen facebook sampai tidur lewat, padan muka...
ok, sekian wasalam dan selamat malam....
Assalamualaikum!!!
1 comment:
=)
Post a Comment