3 sebab kenapa perlu memilih "facial mask innisfree"
*produk kosmetik korea yang berasaskan sumber asli alam semulajadi seperti madu manuka, avocado, buah delima dan dll.
*diperkaya dengan GREEN COMPLEX(gabungan pati bunga teratai, pati lilium candidum, pati bunga lavendar)
*fungsi 3 LAPISAN (rujuk gambar): 3 lapisan dalam setiap helai mask berfungsi mengekalkan kelembapan maksima pada wajah semasa penggunaan, serta membantu lebih banyak penyerapan pati-pati bunga dan nutrien jauh ke dalam kulit wajah.
CARA-CARA PENGGUNAAN (rujuk gambar)
1.selepas membasuh muka, seeloknya sapukan toner di wajah sebelum menggunakan mask muka innisfree
2.pastikan mask muka mengenai seluruh permukaan wajah kecuali bahagian mata dan mulut
3.selepas 10~20 minit, tanggalkan mask. usap lebihan cecair di wajah secara lembut sehingga cecair mask kering di wajah.
PRODUK 1: 쉐어버터 (shea butter)
ekstrak kekacang yang diambil dari `karite nut trees` dari Afrika, membantu keanjalan kulit wajah
PRODUK 2: 마누카꿀 (manuka honey)
diperkaya dengan madu asli yang diambil dari pohon bungaan Manuka dari New Zealand, membantu menyihatkan kulit wajah.
PRODUK 3: 석류(pomegranate)
diilhamkan dari wanita2 Persia yang menggemari delima kerana khasiat dan vitamin yang terkandung, membantu menganjalkan kulit wajah.
PRODUK 4: 레몬라임 (lemonlime)
dipenuhi dengan vitamin C untuk membantu membersih dan menjernihkan kulit wajah.
PRODUK 5: 오이 (cucumber)
pepatah cina menyebut, `wanita cantik akan sentiasa berbau timun`, dengan kelembapan melebihi 95%, produk ini mampu membersih dan menyegarkan kulit wajah.
PRODUK 6: 그린티 (green tea)
khasiat semulajadi the hijau mambantu memberikan kelembapan penuh, mencerah dan menjernihkan kulit wajah.
PRODUK 7: 대나무(bamboo)
dikenali sejak dahulu, air yang keluar dari batang buluh kaya dengan kelembapan, membantu memulihkan kulit kering dengan cepat.
PRODUK 8: 아보카도 (avocado)
dikenali di korea sebagai `mentega dalam hutan` kerana kaya dengan mineral dan vitamin, membantu melembut dan mencerahkan kulit wajah.
TOP 3 RECOMMENDED PRODUCT!!!!
1.shea butter
2.manuka honey
3.bamboo
Wednesday, January 23, 2013
Monday, September 24, 2012
PAKEJ TOUR GUIDE MURAH KE KOREA - BUDGET TRAVEL (WINTER)
Bismillah..
PAKEJ TOUR GUIDE MURAH KE KOREA - BUDGET TRAVEL (WINTER)
PILIHAN 5
PAKEJ TOUR GUIDE MURAH KE KOREA - BUDGET TRAVEL (WINTER)
Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berita baik kepada pembaca blogku sekalian, (ecece mcm ramai plak yg baca kan, biarla daku perasan sorg diri).
Sesiapa yg tgh plan nak melancong ke korea dgn bajet yang murah pada
musim salji,esp yg muslim tapi belom ada tour guide, ini peluang
keemasan utk anda.
TARIKH TRAVEL : JANUARI 2013 sehingga FEBRUARI 2013. (masa ni ja sy totally free..)
TEMPAT : Mengikut plan anda klu dh ada, ataupun boleh bincang dgn saya.(refer kt bawah utk tempat cdgan dan pakej)
HARGA : Boleh dirunding mengikut bajet anda.
PENGINAPAN : Kami tlg carikan dan harga boleh dirunding mengikut bajet anda. (min 20 000won per room)
PENGINAPAN : Kami tlg carikan dan harga boleh dirunding mengikut bajet anda. (min 20 000won per room)
SASARAN : Perempuan (sorg atau berkumpulan, both ok^^) atau family
*klik nama tempat utk detail^^
Namsan (South Mountain) and Seoul Tower, Seoul
Korean War Memorial, Seoul
Namdaemun (Great South Gate), Seoul
Korean Folk Village, Seoul
Yook-Sam (63) Building, Seoul
Dongdaemoon (Great East Gate), Seoul
Insadong, Seoul
Myeongdong, Seoul
Everland, Seoul
Lotte World, Seoul
Yeouido (Island), Seoul
PAKEJ MENGIKUT HARI
PILIHAN 1
PILIHAN 2
PILIHAN 3
PILIHAN 4
- SKI RESORT (SKI BEARS TOWN / Jisan Forest Resort /Yangji Pine Resort /Muju Resort)
*yg berminat emel saya, jericle{at}hotmail{dot}com
boleh mesej ke fb saya, https://www.facebook.com/jericle
boleh mesej ke fb saya, https://www.facebook.com/jericle
Wednesday, January 4, 2012
Kenali musuh anda, wahai muslimin....
Bismillah..
dulu, sy rasa yahudi ni jauh dari sy, sama jauhnya sy dgn tanah palestin dan negara haram Isra3l. Mana mungkin yahudi akan berada di sekitar sy. Tapi hari ni, mata sy dibukakan bila tiba-tiba lelaki yg memakai jaket tersebut duduk di hadapan sy dlm kelas siang tadi. Saya pun baru ja baca sikit2 pasal yahudi melalui buku Palestin Tak Pernah Gentar! Dan hari ni, sy ditunjukkan bukti depan mata bahawa yahudi ini tidak pernah main-main dengan janjinya untuk membina negara Isra3l berpusatkan tanah suci Baitul Maqdis. Yahudi itu mungkin tiada di sekeliling kita tapi pengaruhnya ada di mana2. Barulah sy faham kenapa Allah sebut,
dulu, sy rasa yahudi ni jauh dari sy, sama jauhnya sy dgn tanah palestin dan negara haram Isra3l. Mana mungkin yahudi akan berada di sekitar sy. Tapi hari ni, mata sy dibukakan bila tiba-tiba lelaki yg memakai jaket tersebut duduk di hadapan sy dlm kelas siang tadi. Saya pun baru ja baca sikit2 pasal yahudi melalui buku Palestin Tak Pernah Gentar! Dan hari ni, sy ditunjukkan bukti depan mata bahawa yahudi ini tidak pernah main-main dengan janjinya untuk membina negara Isra3l berpusatkan tanah suci Baitul Maqdis. Yahudi itu mungkin tiada di sekeliling kita tapi pengaruhnya ada di mana2. Barulah sy faham kenapa Allah sebut,
Dan sekali-kali tidak redha org yahudi dan nasrani itu hingga kamu mengikut cara hidup mereka.
Friday, November 25, 2011
Hari ini Palestin menangis lagi
Bismillah.. Hari ni, salah pagi ini, aku nk bkongsi sebuah sajak home-made daripada aku, mmg la sajak aku ni tak sehebat karya sasterawan negara tapi inilah rasa sebenar perasaan aku bila berbicara ttg isu palestin.
Hari ini Palestin menangis lagi
Hari ini Palestin menangis lagi,
Setelah berabad lamanya menyeka air mata duka,
Menyapu air mata kecewa, air mata sengsara,
Hari ini Palestin merintih lagi,
Setelah berkurun lamanya menyaksikan bukan sepuluh,
Bukan seribu bahkan berpuluh-puluh juta anak bangsanya,
Terkongkong di sebalik penjara besi,
Teraniaya di tangan yahudi bangsat.
Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rejim laknatullah mula menggila,
Katanya, “ini tanah yang dijanjikan kepada kami”,
“Ini adalah kampong halaman kami”,
“Disinilah asal nenek moyang kami”,
Ahh, suara sumbang mereka mula melontarkan alasan jelek,
Hatta dengan beraninya menapakkan kaki mereka,
Memijak bumi suci Isra’ Mikraj.
Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rakyatnya disembelih beramai-ramai,
Tatkala segerombolan kereta kebal membedil seluruh isi Gaza,
Tatkala Bandar suci Gaza dihujani peluru tak bermata,
Kurang dari setengah jam 150 penduduk Gaza di bunuh,
Tanpa mengira usia waima bayi kecil,
Akhirnya mereka menjadi pelarian di bumi sendiri,
Angkara kejahatan syaitan bertopengkan manusia.
Hei, rakyat dunia!
Dimanakah kemanusiaan kamu?
Tidak adakah walau secebis kasihanmu untuk anak-anak Palestin?
Tidak adakah walau sedetik di hatimu mereka juga ada hak untuk HIDUP?
Mengapa kalian seolah-olah merelakan bumi suci kita diinjak?
Mengapa kalian seolah-olah mengiyakan segala tindak tanduk bangsa itu?
Mengapa kalian? Mengapa?
Hei, bangsa dunia!
Dimanakah kamu yang selama ini memperjuangkan keamanan sejagat?
Dimanakah janji-janjimu untuk meredakan konflik dan sengketa dunia?
Atau itu hanya sebahagian dari sandiwaramu, sekadar retorik semata?
Kononnya kamulah pendokong keamanan dunia,
Tapi kamu berpura-pura seperti serigala berbulu domba,
Rupanya kamulah musang berbulu ayam yang mencetus pergolakan.
Wahai saudaraku di Gaza,
Puisi ini hanya sebahagian dari apa yang terbuku dalam kamus kebenaran,
Masih banyak penderitaanmu yang disimpan kemas dalam kotak penipuan,
Bersabarlah wahai saudaraku,
Semuanya akan terpapar di dada dunia bila tiba saatnya,
Semoga ketemu lagi wahai pejuang Gaza.
Thursday, October 13, 2011
YANG KEDUA DARI 40
Bismillah..
Akhirnya berkesempatan jugak aku mengupdate bahagian ni....
Mohon tegur kalau ada yg salah...
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Menurut buku Asas2 Islam - Modul Pembangunan Insan, ini merupakan hadis yang merangkumi semua fungsi amalan zahir dan batin. Kalau surah Al-Fatihah itu kita namakan sebagai ummul-kitab himpunan konsep al-quran yang terkandung di dalamnya, manakala hadis ini boleh dinamakan sebagai ummu as-sunnah kerana mengandungi himpunan ilmu sunnah.
Dalam hadis ini terdapat 4 perkara pokok yang disentuh;
ok, sekian wasalam dan selamat malam....
Assalamualaikum!!!
Akhirnya berkesempatan jugak aku mengupdate bahagian ni....
Mohon tegur kalau ada yg salah...
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Menurut buku Asas2 Islam - Modul Pembangunan Insan, ini merupakan hadis yang merangkumi semua fungsi amalan zahir dan batin. Kalau surah Al-Fatihah itu kita namakan sebagai ummul-kitab himpunan konsep al-quran yang terkandung di dalamnya, manakala hadis ini boleh dinamakan sebagai ummu as-sunnah kerana mengandungi himpunan ilmu sunnah.
Dalam hadis ini terdapat 4 perkara pokok yang disentuh;
- ISLAM
- IMAN
- IHSAN
- QIAMAT
1) ISLAM - berpaksikan lima perkara ;
- dua kalimah syahadah
- solat pada waktunya
- zakat
- puasa di bulan ramadhan
- haji ke baitullah bagi yg mampu
2) IMAN - berpaksikan enam perkara ;
- memperakui kewujudan Allah
- memperakui kewujudan malaikat
- memperakui kitab2 samawi yg diturunkan Allah
- membenarkan semua rasul yg dipilih Allah
- memperakui kewujudan hari qiamat
- memperakui qada' dan qadar yg ditentukan Allah
- ibadah ditunaikan dlm keadaan terbaik dan paling sempurna
- merasakan seolah-olah Allah sentiasa melihat dalam perkara kecil mahupun besar
- ilmu ttg masa berlakunya kiamat hanya terletak dalam pengetahuan Allah, termasuklah malaikat mahupun rasul tidak mengetahuinya.
- Namun begitu, baginda tetap menceritakan beberapa tanda2 kiamat
1. Akhlak menjadi rosak dan mendorong kepada penderhakaan anak-anak terhadap orang tuanya. Ada yang menjadikan orang tuanya sebagai hamba
2. Situasi masyarakat menjadi terbalik dan kucar-kacir. Sebagai contoh, orang yang hina menjadi raja dan diangkat menjadi ketua. Pelbagai urusan diserahkan kepada mereka yang tidak berkelayakan. Manusia memiliki harta yang banyak dan melakukan pemborosan. Manusia juga berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Mereka yang dahulu fakir dan malang di kalangan Badwi dan pengembala, kini memerintah manusia.
Dari hadis ni, aku terasa nak berkongsi sesuatu la hasil dari aku peng'usha'2an buku yg ada.....
- Bila kita sedang menuntut ilmu, sekiranya tiada org yang bertanya soalan, menjadi satu keperluan untuk kita bertanya tentang sesuatu yg kita rasa penting, walaupun sebenarnya kita dah tahu tentang perkara itu. Jawapan yang diberikan oleh guru kita tu mungkin benda biasa2 ja untuk kita, tetapi amat bermanfaat untuk rakan2 kita yg hadir sama ketika itu. Lagi satu, bila orang tanya kita....
si A : "minah Jeri, hang tau dak jawapan dia apa?"
M.J :"errrr........"
masa ni minah Jeri x boleh nak bodoh sombong. Maksudnya kalau tak tahu, cakap ja tak tahu. kalau tahu, nak jawab tahu pun boleh, nak jawab tak tahu pon boleh...kalu jwb tak tahu at least, dpat ilmu baru..
p/s to minah Jeri : jangan bodoh sombong^^ dan perasan bagus...
- Masa menuntut ilmu, perkara paling penting adalah soal-jawab. Cuba bayangkan kalau kuliah tu satu hala ja, prof ckp selama 5 jam tanpa henti, apa hampa rasa? Sebab tu dekat sini dia kata pentingnya untuk bertanya.
M.J : Prof, saya ada soklan ni? (M.J dgn muka seriusnya...)
Prof : Silakan. (senyum bangga kerana ada muridnya yg fokus dalam kelas...)
M.J : Antara ayam dengan telur, yang mana dulu ya?
Prof : errrr.....
p/s to minah Jeri : ada bran ka nak tanya soklan merapu camtu? tanya tu biarlah topik yang berkaitan dan bermanfaat ya semua!!!
- hendaklah berpenampilan kemas dan bersih. Bukan apa,sedap ja mata memandang. Tak payah seksi2 pun x pa, pegi kelas bukan nak mengoratkan. Tapi jangan la sampai baju tidoq pon tak sempat tukar. parah tu(naseb sy blom sampai tahap ni lagi, wlpon slalu lambat gak g kelas...)... sebabnya dalam hadis ini dinyatakan Jibril pon datang mengajar manusia bukan sekadar melalui perkataannya, tetapi melalui keadaan dan penampilannya juga.
Prof : (bkn nama sebenar)miss jericle!!!....satu, miss jericle!!!...dua, miss jericle!!!!..tiiii.....
M.J : Here, prof!!! (M.J pon sampai dlm keadaan cungap2 mcm ikan atas darat...)
Prof : Akhirnya....ok. hmmm..cantik fashion baru awak ni. Fashion selamat malam ye...
M.J : errr........
p/s to minah Jeri : cepat2 gi tukar baju..huhuu...tu la, sapa suruh maen facebook sampai tidur lewat, padan muka...
ok, sekian wasalam dan selamat malam....
Assalamualaikum!!!
Tuesday, October 11, 2011
PAKEJ TOUR GUIDE MURAH KE KOREA - BUDGET TRAVEL (WINTER)
Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berita baik kepada pembaca blogku sekalian, (ecece mcm ramai plak yg baca kan, biarla daku perasan sorg diri).
Sesiapa yg tgh plan nak melancong ke korea dgn bajet yang murah pada musim salji,esp yg muslim tapi belom ada tour guide, ini peluang keemasan utk anda.
TARIKH TRAVEL : JANUARI 2013 sehingga FEBRUARI 2013. (masa ni ja sy totally free..)
TEMPAT : Mengikut plan anda klu dh ada, ataupun boleh bincang dgn saya.(refer kt bawah utk tempat cdgan dan pakej)
HARGA : Boleh dirunding mengikut bajet anda.
PENGINAPAN : Kami tlg carikan dan harga boleh dirunding mengikut bajet anda. (min 20 000won per room)
PENGINAPAN : Kami tlg carikan dan harga boleh dirunding mengikut bajet anda. (min 20 000won per room)
SASARAN : Perempuan (sorg atau berkumpulan, both ok^^) atau family
*klik nama tempat utk detail^^
Namsan (South Mountain) and Seoul Tower, Seoul
Korean War Memorial, Seoul
Namdaemun (Great South Gate), Seoul
Korean Folk Village, Seoul
Yook-Sam (63) Building, Seoul
Dongdaemoon (Great East Gate), Seoul
Insadong, Seoul
Myeongdong, Seoul
Everland, Seoul
Lotte World, Seoul
Yeouido (Island), Seoul
PAKEJ MENGIKUT HARI
PILIHAN 1
PILIHAN 2
PILIHAN 3
PILIHAN 4
- SKI RESORT (SKI BEARS TOWN / Jisan Forest Resort /Yangji Pine Resort /Muju Resort)
*yg berminat emel saya, jericle{at}hotmail{dot}com
boleh mesej ke fb saya, https://www.facebook.com/jericle
boleh mesej ke fb saya, https://www.facebook.com/jericle
Thursday, September 29, 2011
BUKU : DENYUT KASIH MEDIK
Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Apa habaq semua? Bersua lagi kita dalam segmen kali ni.(ecece dh macam pengacara tv dah ni...).Harini aku nak perkenalkan sebuah buku yang aku rasa memang berbaloi hampa laburkan duit untuk beli. Alkisah camna aku boleh terdetik nak beli buku ni..cerita bermula begini......(ok, semua pandang keatas, sambil cuba membayangkan....)
Ada seorang kawan fb aku ni. Dia dapat hadiah besday dari ayahnya, pastu dia post la kt fb. Kebetulan kawan fb aku ni mmg ambek Medik bersesuaian sangatlah dgn jiwanya buku ni. Aku pun mula menidakkan perasaan utk beli jugak buku ni..Aku cuma klik LIKE sebab aku rasa tajuk dia unik dan spesel..
Lepas 2~3 minit, muncullah komen2 yg mula menarik minatku...
"the best book EVER!!!!!!"
"sy mmg dh baca..terbaik.."
"rugi kalau x baca buku nih.."
Jd aku pon terus la tny direct kt kawan medik aku tuh. Dia mmg rekomen aku baca. Maka melangkahlah aku ke kedai buku membeli buku ini. Ternyata aku mmg berpuas hati.
DENYUT KASIH MEDIK
Monday, September 26, 2011
NOVEL : Cerita Cintaku 5
Bismillah..
Bahagian 5
Sedutan Episod lalu...
![]() |
| gambar sekadar hiasan |
Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan kawan, kawan makan kawan. Sampai hati kau Rizman. Selama ini, dia percaya pada Rizman sepenuhnya. tanpa curiga dia membenarkan mereka berdua menghabiskan masa bersama kerana dia terlalu sibuk dengan rutin kerjanya yang baru dinaikkan pangkat sebagai Assistant Manager. Dia kekurangan masa untuk menemani Hani. Hampir saban minggu dia melihat sahaja kelakuan jijik mereka berdua. Kadang-kadang memang sengaja dia memberi alasan untuk tidak turut serta dalam ‘dating’ mereka. Hendak dilihat dan dipastikan sendiri dengan mata kepalanya.
Apakah yang bakal dilakukan Azim Selepas melihat kejadian di Kafe Setabak itu?
....................................
Di kampung Azim
Azim berbasikal meniti batas sawah dan sesekali kayuhannya terhenti apabila beberapa ekor kerbau dan lembu menghalangi jalannya. Teringat zaman kanak – kanaknya ketika dia mengayuh basikal melalui sawah milik mak Limah yang terkenal dengan garangnya. Segarang-garang mak Limah pun, orang tua itu jugalah yang menyapu ubat ke lukanya masa terjatuh ke dalam sawah. Diselak seluar pendek paras lutut yang dipakainya. Ternyata parut di lutut kirinya itu masih kelihatan.
Diberhentikan basikal di pondok tepi sawah milik mak Limah itu. Dibetul-betulkan topi di kepala. Punggungnya dilabuhkan di pondok usang itu sambil melemparkan pandangan jauh di hadapannya. Sapaan angin yang seakan-akan membisikkan ketenangan menyapu lembut kulit sawo matangnya. Misai nipis dijaga rapi, badan yang sasa dan tegap, sesekali pandang mirip Atuknya ketika zaman muda dahulu.
Pemandangan dihadapannya seakan-akan sebuah lukisan, indah sungguh. Ketenangan mula meresap ke dalam hatinya, tenang yang teramat. Tak pernah dia berperasaan sebegitu. Sungguh melihat ciptaan alam yang belum tercemar dengan tangan-tangan kotor manusia menjadikan jiwanya tenang. Otak Azim ligat mengimbas kembali pesan ustaznya,
Hamparkanlah pandanganmu melihat pantai yang berombak, gunung- ganang yang gah berdiri, awan yang berarak tanpa henti dan matahari serta bulan yang silih berganti memancarkan sinarnya, semuanya mengikut sunatullah, mengikut percaturan yang ditetapkan penciptanya. Allah berfirman dalam surah Ar-ra’ad : 28 yang bermaksud,
Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.
Orang mukmin yang melihat alam dengan mata hati akan merasai nikmat luar biasa, kekadang hingga mampu menitiskan air mata.Berbeza apabila melihat dengan mata fizikal. Mungkin alam ini hanya sebagai perhiasan yang tiada istimewa baginya, ada dan tiadanya tiada beza. Azim, jadilah manusia yang beruntung dengan memilih untuk melihat segalanya dengan mata hati.”
Ucapan itu terasa menusuk ke kalbu apabila ustaz turut mengusap kepalanya, sama seperti yang sering dilakukan oleh Atuk kepadanya setiap kali selepas solat. Tumpah kasihnya kepada ustaz itu.
Azim tersentak apabila sekumpulan burung tiba-tiba terbang serentak dan riuh berbisik sesama mereka dalam bahasa yang tidak difahami manusia. Minda separa sedar Azim memaksa dirinya kembali ke alam nyata, alam realiti. Dipandangnya jam Roll-ex berharga belasan ribu hadiah ulang tahun kelahirannya yang lepas itu lalu dipercepatkan kayuhan ke kebun Atuk. Lupa sebentar tujuan asalnya dek kerana terleka dengan pemandangan indah yang memukau tadi.
Ketika Azim sampai di kebun Atuknya, kelihatan orang tua itu sedang berehat di pondok papan yang dibina untuk melepaskan lelah setelah penat berkebun. Mata orang tua itu terpejam rapat. Lena sungguh. Mungkin dek terlalu penat seharian berkebun, getus hati kecil Azim. Enggan diganggu tidur nyenyak Atuknya itu, Azim duduk perlahan-lahan di sebelah Atuknya.
Dilihatnya batas-batas untuk ditanam benih jagung hanya siap separuh sahaja. Manakala batas untuk petola dan cili telah siap semuanya. Lantas Azim mengambil cangkul yang disimpan dalam tong sebelah motosikal Atuk. Dimulakan dengan mencangkul batas di sebelah depan kebun hinggalah batas yang ke-5 telah siap dicangkulnya. Mujurlah dia pernah berguru dengan Atuknya serba sedikit ilmu bercucuk-tanam ini. Tidaklah dia seolah-olah ‘rusa bandar’ yang masuk kampung. Serba-serbi tidak tahu, hanya tahu duduk goyang kaki, angguk-angguk geleng-geleng sambil mendengar muzik rancak di bawah air-cond sahaja.
Azim menjenguk ke kawasan yang lain. Dilihatnya terung dan kacang panjang telah menampakkan hasilnya dan sudah boleh dipetik. Patutlah Atuk beria-ia mengajaknya ke kebun awal pagi esok. Azim terus melangkah ke kebun buah milik Opahnya, bersebelahan kebun sayur Atuk. Parang di tangan digenggam kemas. Dicantasnya semak-samun yang memenuhi kebun itu. Dahulu ketika masih di sekolah rendah, Azim selalu melarikan diri ke kebun Opah apabila dimarahi. Di situ, dia mampu duduk seharian tanpa bosan. Sekejap-sekejap dicarinya buah durian yang luruh ataupun dipanjatnya pokok manggis, menghabiskan buah di atas pokok. Hinggakan bersepah kulit manggis di bawah pokok.
Azim duduk bersahaja di bangsal kecil dalam kebun Opahnya itu. Fikirannya mengelamun jauh entah ke mana. Nyamuk yang hinggap di lengannya ditampar kuat tidak dibiarkan hidup. Sesekali dia terfikirkan Nurul. Dia masih bingung kenapa Nurul melarikan diri sewaktu terserempak dengannya tempoh hari. Takkanlah kisah 15 tahun yang lalu masih belum dilupai Nurul? Hinggakan marahnya tidak surut-surut dan enggan bertemu dengan aku? Tapi Nurul memang berhak untuk terus marah pun kat aku. Sepatutnya aku meminta maaf atas kekasaranku menolak Nurul hingga terjatuh dan dahinya tersembam ke batu. Parutnya masih kekal hingga kini menurut cerita Opah.
Imbas kembali
Di tepi sungai
“Blah la awak ni. Pergi la kawan dengan si Aqasha perasan bagus tu. Saya pun tak teringin sangat pun ada kawan macam awak!” ujar Azim sambil menolak kasar bahu Nurul dan berlalu pergi.
Tiba-tiba, terdengar bunyi hentakan diikuti satu jeritan kecil. Suara Nurul. Kedengaran Nurul menangis kesakitan sambil memegang dahinya. Azim segera menoleh ke belakang. Dilihatnya Nurul terduduk dengan tangan didahinya dipenuhi darah.
Hanya tuhan yang tahu betapa cemasnya Azim saat itu. Gara-gara perbuatannya yang menolak kasar bahu Nurul hingga kepalanya terhantuk batu itu memang di luar jangkaannya. Sangkanya dia hanya menolak sedikit sahaja sekadar melempiaskan rasa tidak puas hatinya saat itu. Tak sangka begitu kuat sekali tolakannya itu. Namun hingga kini, dia masih berhutang maaf dengan Nurul.
Opah pernah bercerita perihal Nurul kepada Azim. Namun sikap egonya membuatkan Azim tidak menunjukkan reaksi berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang gadis tersebut. Namun jauh di sudut hati lelakinya, meronta-ronta agar Opah meneruskan ceritanya tentang gadis itu. Mungkin Opah mengerti naluri Azim, mungkin juga dia dapat membaca riak wajah Azim walaupun tanpa dia bersuara. Opah terus bercerita perkembangan Nurul bermula selepas Azim menjejakkan kaki ke asrama penuh hinggalah Nurul kini bergelar guru di sekolah lama mereka.
Seperti yang diduga Opah, akhirnya Azim bersuara kerana lonjakan perasaan ingin tahunya tidak dapat dibendung lagi. Semuanya jelas terpancar di wajah walaupun nada suaranya cuba dikawal. Opah tersenyum melihat gelagat Azim itu. Dia kenal benar dengan perangai cucu intan payungnya itu.
“Nurul selalu ka datang jumpa Opah?” Azim berbasa-basi memulakan bicara. Hati-hati dia menyusun bicara agar tidak nampak terlalu ketara kegundahan hatinya.
“Selalu tu tak ada la. Tapi bila dia ada masa dia selalu masakkan gulai lemak tempoyak hantar sini. Baik budaknya Nurul tu. Tapi sayang….” Opah mematikan bicaranya disitu untuk memancing Azim bertanya.
“Kenapa Opah? Apa yang sayangnya?” Azim terus bertanya tanpa menunggu. Tidak sabar benar nampaknya. Opah hanya tersenyum meleret. Sudah diagak beginilah respon Azim.
“Opah ada bersembang jugak dengan Imam Majid tu. Dengar-dengar minggu depan ada orang nak masuk meminang anak saudaranya tu. Orang kampung sebelah rasanya. Imam Majid yang kenalkan, pilihan keluarga.” Opah terus menunggu respon Azim.
Azim berdehem membasahkan tekaknya. Mungkin juga menutup rasa terkejutnya dari jelas kelihatan di hadapan Opah. Patutlah dia lari bila nampak aku, rupanya dah nak jadi tunang orang. Tapi, apa kaitannya?
“Azim! Azim! Azim.....! Apa yang kau menungkan sampai Opah panggil pun tak dengar ni? Macam orang ditinggalkan buah hati Opah tengok muka tu?” Opah sengaja serkap jarang.
“Eh, tak dalah Opah. Sampai ke situ pulak.” Azim terus berlalu pergi kononnya hendak menjengah ayam di reban belakang rumah. Sedangkan Azim sendiri yang menjual semua ayam di reban kepada Tauke Ah Long. Opah dapat menghidu ada yang tidak kena dengan Azim. Biarlah Azim sendiri menyelesaikannya, putus Opah.
Pondok Opah
Azim tersenyum sendirian di bangsal itu bila teringatkan perbualannya dengan Opah mengenai Nurul. Tentu Opah dapat menghidu kegalauan hatinya saat itu. Bagaimana dia boleh terlupa yang semua ayam di reban itu telah dijual? Sedangkan dia sendiri yang mengikut Atuk menjual ayam-ayam tersebut kepada Tauke Ah Long. Dia mengutuk dirinya sendiri. Perasaan malu bercampur resah dihatinya, hanya Allah yang tahu.
Dan bila terkenangkan Nurul yang akan bertunang dengan pilihan keluarganya, Azim hanya sekadar mampu mendoakan kebahagian Nurul. Semestinya jodoh itu jodoh yang terbaik buat Nurul. Dia tidak tahu keadaan hati dan perasaannya mendengar khabaran itu. Ketika Hani masih disisinya, tidak pernah dia terfikirkan tentang Nurul. Kini, apabila khabaran pertunangan itu diterima, Azim merasa berat untuk menerima khabaran itu. Seolah-olah kehilangan sesuatu.
Mungkin kehilangan sahabat rapat zaman kanak-kanaknya, atau kehilangan seseorang yang mula menapak di hatinya. Azim benar-benar bingung. Mungkin terlalu awal untuk merungkai perasaannya terhadap Nurul. Mungkin juga itu hanya perasaan sementara yang hadir saat jiwanya gelisah memikirkan Hani. Azim keliru dengan hatinya kala ini.
Di rumah Opah
Malam itu, fikiran Azim melayang nun jauh hingga ke lubuk nostalgia lamanya. Kipas yang ligat berpusing di atas kepala direnung seakan-akan menembusi atap rumah pusaka itu. Sekejap-sekejap dipusingnya ke kiri. Sekejap-sekejap dipusingnya ke kanan. Lama dia berkeadaan begitu seolah-olah ibu ayam hilang anak, resah dan gelisah. Wajah Nurul yang asyik muncul di fikirannya akhir-akhir ini menyukarkan tidur nyenyaknya. Akhirnya tubuh Azim tidak lagi bergerak ke kiri ke kanan seperti sebelumnya. Azim terlelap jua akhirnya.
Azim kini sedang melalui sebuah taman yang sungguh indah. Dihadapannya berkembang mekar bunga matahari yang kekuningan. Di sebelah kirinya bersusun kemas bunga ros merah dan putih, ditanam berselang-seli. Azim berjalan perlahan menginjak tanah yang lembut seakan-akan kapas itu. Langkahnya cermat agar tidak terpijak pepohon kecil yang menjalar di bawah.
Azim meneruskan langkah hinggalah dia terpandang satu sungai kecil, jernih airnya mengalir tenang seolah-olah menyambut kehadiran Azim di negeri asing ini. Sesekali kedengaran unggas dan cangkerik berbicara sesama sendiri, meriuhkan lagi suasana sepi yang menyelubungi saat itu. Dari kejauhan Azim terpandang susuk tubuh yang amat dikenalinya. Dipamit-pamit agar gerangan empunya tubuh itu tidak berganjak ke mana-mana dan menunggunya di situ.
“Tunggu, jangan pergi dulu!” Gerangan yang berjubah putih itu tetap berjalan perlahan-lahan mengorak langkah seolah-olah tidak mendengari panggilan Azim.
Azim berlari sekuat hati menghampiri gerangan berjubah putih itu. Sempat disentuhnya bahu kanan susuk tubuh tersebut. Lantas si jubah putih itu pun memalingkan wajahnya. Azim terinjak setapak ke belakang dan terpaksa manahan matanya dengan tangan dek silauan cahaya dari wajah si jubah putih tersebut. Cahaya yang terlalu terang hingga Azim tidak dapat mengecam gerangan si jubah putih itu. Azim cuma cemas sebentar namun tiada ketakutan yang dirasainya kala ini.
“Azim, teruskanlah perjalananmu Nak. Teruskan langkahmu hingga kau ketemu cahaya yang mampu menerangi gelapmu itu.” Cahaya di wajahnya kini beransur pudar hingga membolehkan Azim melihat wajah si jubah putih tersebut. Azim sangat mengenalinya.
Perlahan-lahan gerangan jubah putih tersebut seolah-olah menjauhi Azim setapak demi setapak hingga akhirnya hilang dari pandangannya. Azim cuba berlari mendapatkan si jubah putih itu namun usahanya sia-sia sahaja. Kakinya seakan-akan terlekat di tanah. Azim menjerit-jerit memanggil gerangan si jubah putih itu.
“Imam! Imam Majid! Tunggu!”Azim terjerit-jerit hingga dia bangun terkejut dari lenanya.
“Astaghfirullah!” Azim beristghfar berulang kali sambil meraup mukanya. Mimpi yang dialaminya sebentar tadi benar-benar menyesakkan nafasnya. Tercungap-cungap helaan nafasnya. Azim terus bangun dari pembaringannya dan berkira-kira untuk mengambil wudhuk. Moga-moga dengan cara itu dapat menenangkan kerisauan hatinya kala ini.
"Apakah sememangnya jodoh mereka terhenti di situ?"
Subscribe to:
Posts (Atom)





















