Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Mereka itu kekasih

penatnya lelahnya jasad ini menanggung,
saban waktu memikul dosa di pundak,
dosa kecil hari ini semakin membengkak,
bila dosa itu berterusan tanpa taubat.
sakitnya peritnya jasad ini menggalas,
bila nafsu dan keinginan menjadi tuan,
bila dunia dan material mengaburi mata,
umpama keldai dipikul manusia.
jasad ini hanya sekujur tubuh,
yang didalamnya punya jiwa yang minta dikasihani,
bukan keinginan dunia yang dipinta jiwa,
bukan kemahuan nafsu yang didahagakan jiwa.
jasad ini hanya satu pinjaman,
bila tiba masa perlu dipulangkan kepada empunya,
berilah jiwa itu hak yang sepatutnya,
kerana ia bisa menuntut di hadapan tuhan kelak.
jasad dan jiwa,
mereka kekasih sejati,
punyai hasrat untuk tenang dalam dakapan cinta tuhan,
beri ia peluang untuk mengenali cahaya sang khalik.
by:akuhambaAllah

Wednesday, January 4, 2012

Kenali musuh anda, wahai muslimin....

Bismillah..

dulu, sy rasa yahudi ni jauh dari sy, sama jauhnya sy dgn tanah palestin dan negara haram Isra3l. Mana mungkin yahudi akan berada di sekitar sy. Tapi hari ni, mata sy dibukakan bila tiba-tiba lelaki yg memakai jaket tersebut duduk di hadapan sy dlm kelas siang tadi. Saya pun baru ja baca sikit2 pasal yahudi melalui buku Palestin Tak Pernah Gentar! Dan hari ni, sy ditunjukkan bukti depan mata bahawa yahudi ini tidak pernah main-main dengan janjinya untuk membina negara Isra3l berpusatkan tanah suci Baitul Maqdis. Yahudi itu mungkin tiada di sekeliling kita tapi pengaruhnya ada di mana2. Barulah sy faham kenapa Allah sebut,

 Dan sekali-kali tidak redha org yahudi dan nasrani itu hingga kamu mengikut cara hidup mereka.

 


Meski pada intinya kedua gerakan ini tetaplah sama, ia bagai dua sayap dalam satu tubuh yang sama. Rotaract Club sendiri didirikan pada tahun 1968 oleh Rotary Club International. Nama Rotaract pun tidak lain adalah singkatan dari Rotary in action.
                           

gambar : Rotaract club - INHA UNI volunteering association, South Korea
 
 
Rotaract Club -Kelab yg bertopengkan kebajikan dan sukarelawan utk mencapai matlamat sebenar mereka. Kelab terbuka yang memilih pelajar-pelajar cerdik dan berkaliber tinggi untuk menjadi ahlinya. Pelajar-pelajar yang terpilih untuk menganggotainya akan berasa sangat bertuah dan menganggap ia satu keistimewaan sedangkan tanpa disedari, mereka diperalatkan untuk mencapai kemenangan Yahudi, kerana Kelab Rotaract itu hakikatnya dikuasai penuh oleh Rotary Club(sebuah kelab yahudi). Seterrusnya pelajar yang terpilih dari kelab rotaract akan diserapkan ke dalam Rotary Club, kemudian Lions Club, FREEMASON, ILLUMINATI dan seterusnya hingga ke atas. sumber Buku Palestin Tak Pernah Gentar

Info lanjut:

 

 

Friday, November 25, 2011

Hari ini Palestin menangis lagi

Bismillah.. Hari ni, salah pagi ini, aku nk bkongsi sebuah sajak home-made daripada aku, mmg la sajak aku ni tak sehebat karya sasterawan negara tapi inilah rasa sebenar perasaan aku bila berbicara ttg isu palestin.


Hari ini Palestin menangis lagi
Hari ini Palestin menangis lagi,
Setelah berabad lamanya menyeka air mata duka,
Menyapu air mata kecewa, air mata sengsara,
Hari ini Palestin merintih lagi,
Setelah berkurun lamanya menyaksikan bukan sepuluh,
Bukan seribu bahkan berpuluh-puluh juta anak bangsanya,
Terkongkong di sebalik penjara besi,
Teraniaya di tangan yahudi bangsat.

Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rejim laknatullah mula menggila,
Katanya, “ini tanah yang dijanjikan kepada kami”,
“Ini adalah kampong halaman kami”,
“Disinilah asal nenek moyang kami”,
Ahh, suara sumbang mereka mula melontarkan alasan jelek,
Hatta dengan beraninya menapakkan kaki mereka,
Memijak bumi suci Isra’ Mikraj.

Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rakyatnya disembelih beramai-ramai,
Tatkala segerombolan kereta kebal membedil seluruh isi Gaza,
Tatkala Bandar suci Gaza dihujani peluru tak bermata,
Kurang dari setengah jam 150 penduduk Gaza di bunuh,
Tanpa mengira usia waima bayi kecil,
Akhirnya mereka menjadi pelarian di bumi sendiri,
Angkara kejahatan syaitan bertopengkan manusia.

Hei, rakyat dunia!
Dimanakah kemanusiaan kamu?
Tidak adakah walau secebis kasihanmu untuk anak-anak Palestin?
Tidak adakah walau sedetik di hatimu mereka juga ada hak untuk HIDUP?
Mengapa kalian seolah-olah merelakan bumi suci kita diinjak?
Mengapa kalian seolah-olah mengiyakan segala tindak tanduk bangsa itu?
Mengapa kalian? Mengapa?

Hei, bangsa dunia!
Dimanakah kamu yang selama ini memperjuangkan keamanan sejagat?
Dimanakah janji-janjimu untuk meredakan konflik dan sengketa dunia?
Atau itu hanya sebahagian dari sandiwaramu, sekadar retorik semata?
Kononnya kamulah pendokong keamanan dunia,
Tapi kamu berpura-pura seperti serigala berbulu domba,
Rupanya kamulah musang berbulu ayam yang mencetus pergolakan.

Wahai saudaraku di Gaza,
Puisi ini hanya sebahagian dari apa yang terbuku dalam kamus kebenaran,
Masih banyak penderitaanmu yang disimpan kemas dalam kotak penipuan,
Bersabarlah wahai saudaraku,
Semuanya akan terpapar di dada dunia bila tiba saatnya,
Semoga ketemu lagi wahai pejuang Gaza.

Thursday, October 13, 2011

YANG KEDUA DARI 40

Bismillah..


Akhirnya berkesempatan jugak aku mengupdate bahagian ni....
Mohon tegur kalau ada yg salah...



Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :

Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?


Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.


Sipemuda : Benar katamu.


( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )


Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?


Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.


Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?


Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.


Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?


Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.


Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?


Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.


( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?


Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.


Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.



Menurut buku Asas2 Islam - Modul Pembangunan Insan, ini merupakan hadis yang merangkumi semua fungsi amalan zahir dan batin. Kalau surah Al-Fatihah itu kita namakan sebagai ummul-kitab himpunan konsep al-quran yang terkandung di dalamnya, manakala hadis ini boleh dinamakan sebagai ummu as-sunnah kerana mengandungi himpunan ilmu sunnah.


Dalam hadis ini terdapat 4 perkara pokok yang disentuh;


  • ISLAM
  • IMAN
  • IHSAN
  • QIAMAT
1) ISLAM - berpaksikan lima perkara ;
  • dua kalimah syahadah
  • solat pada waktunya
  • zakat
  • puasa di bulan ramadhan
  • haji ke baitullah bagi yg mampu
2) IMAN - berpaksikan enam perkara ;
  • memperakui kewujudan Allah
  • memperakui kewujudan malaikat
  • memperakui kitab2 samawi yg diturunkan Allah
  • membenarkan semua rasul yg dipilih Allah
  • memperakui kewujudan hari qiamat
  • memperakui qada' dan qadar yg ditentukan Allah
3) IHSAN - "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya"
  • ibadah ditunaikan dlm keadaan terbaik dan paling sempurna
  • merasakan seolah-olah Allah sentiasa melihat dalam perkara kecil mahupun besar
4) KIAMAT dan TANDA2NYA
  • ilmu ttg masa berlakunya kiamat hanya terletak dalam pengetahuan Allah, termasuklah malaikat mahupun rasul tidak mengetahuinya.
  • Namun begitu, baginda tetap menceritakan beberapa tanda2 kiamat
1. Akhlak menjadi rosak dan mendorong kepada penderhakaan anak-anak terhadap orang tuanya. Ada yang menjadikan orang tuanya sebagai hamba

2. Situasi masyarakat menjadi terbalik dan kucar-kacir. Sebagai contoh, orang yang hina menjadi raja dan diangkat menjadi ketua. Pelbagai urusan diserahkan kepada mereka yang tidak berkelayakan. Manusia memiliki harta yang banyak dan melakukan pemborosan. Manusia juga berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Mereka yang dahulu fakir dan malang di kalangan Badwi dan pengembala, kini memerintah manusia.            

Dari hadis ni, aku terasa nak berkongsi sesuatu la hasil dari aku peng'usha'2an buku yg ada.....

  • Bila kita sedang menuntut ilmu, sekiranya tiada org yang bertanya soalan, menjadi satu keperluan untuk kita bertanya tentang sesuatu yg kita rasa penting, walaupun sebenarnya kita dah tahu tentang perkara itu. Jawapan yang diberikan oleh guru kita tu mungkin benda biasa2 ja untuk kita, tetapi amat bermanfaat untuk rakan2 kita yg hadir sama ketika itu. Lagi satu, bila orang tanya kita....
si A  : "minah Jeri, hang tau dak jawapan dia apa?"
M.J  :"errrr........"

masa ni minah Jeri x boleh nak bodoh sombong. Maksudnya kalau tak tahu, cakap ja tak tahu. kalau tahu, nak jawab tahu pun boleh, nak jawab tak tahu pon boleh...kalu jwb tak tahu at least, dpat ilmu baru..

p/s to minah Jeri : jangan bodoh sombong^^ dan perasan bagus...

  • Masa menuntut ilmu, perkara paling penting adalah soal-jawab. Cuba bayangkan kalau kuliah tu satu hala ja, prof ckp selama 5 jam tanpa henti, apa hampa rasa? Sebab tu dekat sini dia kata pentingnya untuk bertanya. 
M.J : Prof, saya ada soklan ni? (M.J dgn muka seriusnya...)
Prof : Silakan. (senyum bangga kerana ada muridnya yg fokus dalam kelas...)
M.J : Antara ayam dengan telur, yang mana dulu ya? 
Prof : errrr.....

p/s to minah Jeri : ada bran ka nak tanya soklan merapu camtu? tanya tu biarlah topik yang berkaitan dan bermanfaat ya semua!!!

  • hendaklah berpenampilan kemas dan bersih. Bukan apa,sedap ja mata memandang. Tak payah seksi2 pun x pa, pegi kelas bukan nak mengoratkan. Tapi jangan la sampai baju tidoq pon tak sempat tukar. parah tu(naseb sy blom sampai tahap ni lagi, wlpon slalu lambat gak g kelas...)... sebabnya dalam hadis ini dinyatakan Jibril pon datang mengajar manusia bukan sekadar melalui perkataannya, tetapi melalui keadaan dan penampilannya juga.
Prof : (bkn nama sebenar)miss jericle!!!....satu, miss jericle!!!...dua, miss jericle!!!!..tiiii.....
M.J : Here, prof!!! (M.J pon sampai dlm keadaan cungap2 mcm ikan atas darat...)
Prof : Akhirnya....ok. hmmm..cantik fashion baru awak ni. Fashion selamat malam ye...
M.J : errr........

p/s to minah Jeri : cepat2 gi tukar baju..huhuu...tu la, sapa suruh maen facebook sampai tidur lewat, padan muka...




ok, sekian wasalam dan selamat malam....
Assalamualaikum!!!

Tuesday, August 16, 2011

YANG PERTAMA DARI 40

Bismillah..

Kali ini kita masuk tajuk baru siket. Tajuk ni boleh jadi ringan boleh jadi berat, depend kpd orang yang membaca, menghayati makna tersirat hadis ni. Kalau nak tau, hadis empat puluh adalah himpunan hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi dalam kitab Matan Arba'in.

Bukan aku nak kupas pasal hadis ni pon, sbb ak pon bukan ustazah ka pakar hadis ka, x arif sangat pasal benda2 camni. Cuma ak nak bincangkan benda ni berdasarkan situasi moden kita sekarang, ceh2 dh stat masuk ayat skema (ak dpt idea ni lepas tgok Law Kana Bainana kt tvalhijrah, hampa tgok x?). Skema x skema benda ni kita kena pandang serius, wahai remaja bloggers ku sekalian.

Pakai helmet, stat engine, boh gear, sedia untuk rempit la ni. Jom usha dulu hadis ni.

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
(besar2 ak letak nak bagi clear.., boleh baca kan?)


Masa sekolah dulu, kita dah sembang panjang lebar pasal benda ni, pasal niat.

Ustaz pon slalu kata : "Semua amalan bergantung kepada niat."

Mak pulak slalu kata : " Adik, dah niat posa belum?"

Kawan2 ada jugak kata : "Niat ak ikhlas nak tolong dia, x sangka pulak dia wat ak camni." (dgn nada sedih dan pilu gitu)

Macam2 la lagi situasi dalam masyarakat kita hari ni melibatkan perkataan 'niat'.Pendek kata, niat ni ada kaitan dengan hati. Tapi sejauh mana kita faham apa yg baginda SAW cuba sampaikan pada kita melalui hadis ni. Mai kita lihat dalam situasi2 bawah ni.

gambar sekadar hiasan
Situasi 1 - DERMAWAN CHIPSMORE

Kalau kita tgok la ni di bulan ramadhan, di tv tu x berhenti2 kisah orang kaya sana menderma, orang kaya sini menderma, sampai kalau boleh semua tv nak tayang drama sebabak masyarakat kita ni. Memang beruntung hidup di Malaysia ni. Sampai ja bulan puasa muncullah golongan2 DERMAWAN ini, yang pada masa lain bersembunyi, senyap sunyi ja. Masa nilah ramai2 yg anjur majlis buka puasa kat hotel2 mewah, sampai kadang2 membazir. Masa bukan ramadan, batang idung pon x nampak. Ish3, x patut....

Sekali lagi ditekankan, bukan aku jeles DERMAWAN ni x jemput ak ka apa ka, tapi tu lah. Hairan bin peliknya, sedekah bukan main lagi, tetapi ZAKAT yang wajib x bayar pun. Camna tu? Jangan tunggu bulan puasa saja, ye. Sama la mcm puasa masyaAllah hebat, tapi solat tinggal. InsyaAllah, yang baca post ni suma baik2. dah bayar zakat kan (bg yg kena bayar la)? solat pon x tinggal kan? ^^

Bukan tak bagus mengheboh2kan benda baik ni. Kalau boleh jadi ikutan utk orang lain, alhamdulillah. Nabi kalau tgok situasi ni tentu baginda seronok. Tapi takut jugak sekiranya benda ni NIAT asalnya sekadar utk menunjuk2, (pesanan utk diri ni jugak), yalah kadang2 tak perasan niat tu dah menyimpang. Mungkin skrg kita bukan orang2 yg berada, tapi mana tahu masa depan. Biarlah manusia tak pandang kebaikan kita tu, tapi Allah tu nampak semuanya. Bukan ka Allah dah kata yg kebaikan sebesar zarah pon Allah tahu. Sekadar pandangan peribadi aku.

Ini kisah orang kaya, orang berharta. Camna pulak dengan orang yang sederhana ni?


gambar sekadar hiasan
Situasi 2 - PESTA MAKANAN

Selalu kita dgr, yang amalan seharian kita ni, walaupun seremeh2 perkara mcm mandi sehinggalh ke sebesar2 perkara mcm solat kalau betul niat tu, boleh menjadi ibadah dan dapat ganjaran, inshaAllah. Kalau tadi kita cakap pasal orang berDUIT, la ni jom kita bincang pasal orang berduit jugak tapi duit kecil2 ni.

Ni kisah kalau masyarakat kita ni menyerbu Bazar Ramdhan. Memang sapa2 yg mai Malaysia pon akui negara tercinta kita ni adalah syurga makanan. Nak apa, macam2 ada. Di sinilah sikap tamak kita tu kadang lebih dari duit yang ada di tangan, nasib kat bazar tu x boleh pakai kad kredit, kalau x..tak tau la..

Semuanya berbalik pada niat, kalau niat kita membeli juadah sampai tak cukup tangan nak pegang tu, niatnya kerana nak sedekahkan utk moreh kat masjid ka, bagi dekat jiran sebelah ka, sedekah kat anak2 yatim ka, semua tu bagus, malah sgt2 dianjurkan. Belilah banyak2. Tapi yang jadi masalah sekarang, niat kita membeli tu utk puaskan nafsu yg sehari x diberi makan. Maklumlah sehari tak makan katakan.

"Ni duit aku, suka hatilah. bukan aku suruh hang belanja pon."

"Alah, apalah sangat. Ramadan kan setahun skali ja. Kedekut sangat aihh.."

"Sedapnya ayam percik, tu nasi kukus pon ada. Tepung talam, karipap, air tebu, murtabak tolong pi beli sat. Nak p beli laicikang dgn ayam goreng dulu ni. Takut abeh satgi."

Ni lah dialog2 femes masa bulan posa. Maka lahirlah manusia yang bertuhankan syaitan dan berkiblatkan nafsu, nauzubillah. Kalau masa beli tu, niatkan dalam hati, juadah ni utk berbuka dan semoga menjadi darah daging yang baik utk keluarga dan diriku. ha, kan bagus niat camni. Cuba try tips ni tgok. Masa nak beli byk2 tu, cuba fikir dulu sat, kalau baginda tgok situasi kita masa tu, mcmmana respon baginda agaknya. Suka ka marah ka....fikir2 noh..

gambar sekadar hiasan
 Situasi 3 - TUKAR-MENUKAR JUADAH RIAK

Situasi ni boleh terjadi di kalangan semua masyarakat, yang tua, yang muda. Bila masukja bulan puasa, kalau yang rajin memasak, mulalah dapur berasap. Semua menu kat majalah, tv, itenet suma dicuba. Alhamdulillah, moga2 jadi juadah yang berkat untuk berbuka. Kalau dah masak tu, kat kampung la selalunya, budaya bertukar-tukar juadah bukak puasa ni masih ada lagi. Kat bandar2 ada lagi ka? x tau plak sbb ak dok kampung ja...tp kampung aku class ko jah..(mcm iklan ribena tu).

Ada satu kisah ni, rumah A,B dan C. Satu hari, si A masak cucur cempedak.

Si A sorang yang baik hati, peramah tapi satu ja, suka menunjuk2. Si B yang dok rumah sebelah kanan ni pulak miskin tapi suka berkongsi. Nak dijadikan cerita, Si A pon menghantar cucur cempedak tadi ke rumah B dan C.

A : B, hg tau kan tiap2 tahun, ak tak pernah lupa nak bagi mkanan kt hg. Nih, ada cempedakanak aku bawak balik dari Kolumpoq. Aku goreng bagi rumah tu, rumah sana, rumah hg.

B : terima kasih la kak. susah ja akak ni. Kejap saya ambikkan makanan.
Lalu si B pon beredar nak masuk ke rumah. Tapi.....

A : Eh, x payah. Aku ikhlas. Mmg tiap2 hari la semenjak stat posa aku sedekah makanan kat orang2 kampung ni.

Si B yang suka berkongsi ni pon bagi mbahagikan cucur cempedak kpd 2 bahagian, satu utk si C dan satu utk keluarganya. Maka sampailah cucur tersebut kepada si C. Kebetulan si C pulak x memasak hari ni, semua lauk dibelinya di pasar ramadhan. Tetapi setiap hari si C juga tak pernah terlepas turut serta dalam acara tukar menukar juadah ni. Dek kerana takut diperli si A, makanan dia pun membawa makanan utk dihantar kpd jirannya si A. Walaupun makanan itu sebenarnya.....

C : cik A, ni ha ada sikit makanan. Ambiklah.

A : terima kasihlah. Kau ni mmg baik. semalam bagi, hari ni pon bagi makanan jugak, tak macam si B tu. Kedekut. Ada la kot sekali dia hantar makanan.

Lalu, Si A dengan gembira hatinya menerima makanan tersebut. Dibuka penutup tupperware tersebut. Rupa2nya, makanan tersebut adalh cucur cempedak yang digorengnya tadi. huhhu....

Pengajarannya di sini, ingat niat bertukar juadah bukanlah untuk menunjuk2 ye. Bukankah nabi SAW ajar memberi hadiah dan menggembirakan saudara itu satu ibadah. Tengoklah si A tu balasan yang diharap, mmg dapatlah balasan tu. Tapi, pahalanya dapat ka?

Cukuplah setakat ni 3 situasi yg menggambarkan peranan niat dalam hidup kita. Kalau yg terasa pedas tu, minum air banyak2,ye. Bukan apa sekadar nak beri peringatan kat diri, sambil2 kongsi la dgn kawan2ku suma. Maaf lah kalau bahasa yang digunakan agak pedas. Jangan marah, ye.

info kurus- jgn lupa bersahur. selain sunnah nabi, sahur yang sihat akan menjana tenaga berkekalan sepanjang hari. minum bijirin oat kalau rasa nasi tu menggemukkan. yang penting jangan tinggal sahur.^^





















Sunday, June 13, 2010

Bismillah..

Hazrat Abu Ubaidah bin al Jarrah May Allah be pleased with him

The image of dignity and grace, a handsome, pleasant, well spoken man with a tall, slim physique and bright sharp eyes. These were the physical good looks of a man whom the Prophet May Allah send his peace and blessings upon him said: ‘Every Ummah (nation) has a trustee: the trustee of my Ummah (nation) is Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.’

By character and nature, he was very humble and modest. Amongst his friends, he was gentle and soft as silk. When it came to war, he was as hard as iron. During the battle of Uhud, he lost his two front teeth. It was within this battle that two of the iron links of the Prophet May Allah send his peace and blessings upon him’s helmet pierced his blessed head. Hazrat Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him pulled them out with his teeth. His integrity and honesty was unparalleled even amongst the companions of the Holy Prophet May Allah send his peace and blessings upon him.

His real name was Amir ibn Abdullah bin Al-Jarrah, but he became famous as Abu Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him. Hazrat Abdullah ibn Umar May Allah be pleased with him says that amongst the tribe of the Quraish there were three people in whom manners and modesty excelled all others. They also had the gift of eloquent and gentle speech. If people looked at them, they wished to keep on looking at them. In his opinion, the three people were:

  1. Hazrat Abu Bakr Siddique May Allah be pleased with him
  2. Hazrat Uthman ibn Affaan May Allah be pleased with him
  3. Hazrat Abu Ubaidah ibn Al Jarrah May Allah be pleased with him
Hazrat Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him was amongst those very first distinguished companions who had accepted Islam. He passed every trial and tribulation with flying colours. The difficult situations created by the Quraish were met with courage and patience. During these times of hardship, he and the other companions of the Holy Prophet May Allah send his peace and blessings upon him remained steadfast.

He sincerely and honestly recognized the authenticity and truth of the Prophet May Allah send his peace and blessings upon him as the Messenger of Allah Taa’la. He never gave any signs of despair.

One of the greatest tests faced was at the battle of Badr, it was so critical that it is beyond human comprehension. Hazrat Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him advanced into the midst of the battle field, tearing his way in. This made the people run here and there, helter skelter. Everytime he advanced towards a person on horse back, they made way for him, but there was one man among them who would stand in front of him and challenge him, and try to attack him. When Hazrat Abu Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him realised that this person was his father, he was stunned and shocked. Hazrat Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him was forced to attack him and he was removed from the face of this earth. Anything was possible for such people in Islam, nothing could stop them from believing in one Allah and his beloved Messenger Muhammed May Allah send his peace and blessings upon him.

Towards the latter part of his life, Hazrat Abu Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him took residence in Syria. Within this time a fatal disease of plague spread in the city as it had never before. People were affected by it rapidly. When Hazrat Umar Farooq May Allah be pleased with him came to know of this, he sent a letter with a messenger to Hazrat Abu Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him.

He wrote in the letter that he had some important business with him, and he wanted him to make preparations and immediately set out for Madinah Munawwarah to meet him. He was not to delay. If the letter reached him in the morning, then he was to leave by night and if it reached him by night then he had to set out before morning.

When Hazrat Abu Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him read the letter, he sorrowfully said that he knew what the important business was. Hazrat Umar May Allah be pleased with him wanted to keep alive a man who was not born to live in this world forever. He then wrote a reply to the leader of the Muslims, Hazrat Umar May Allah be pleased with him, after greeting him, he said that he knew what work he had for him and that the Muslims were facing severe problems, he could not leave them alone in this state, unless it was Allah Taa’las will as He is the one who decides on their fate.

He appealed to Hazrat Umar May Allah be pleased with him to consider him helpless to obey his commands in this matter and requested him to give him permission to stay with the Muslims.

When Hazrat Umar May Allah be pleased with him received this letter and read it, his eyes brimmed with tears, the companions sitting around him were shocked to see this and asked him if there was some tragic news, if the commander of the Muslims, Hazrat Abu Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him had passed away. He answered:

“No, but death is very near him.”

Hazrat Umar May Allah be pleased with him's statement turned out to be true and correct. A few days later, Hazrat Abu Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him was struck by the plague.

In Hazrat Abu Ubaidah bin Al-Jarrah May Allah be pleased with him’s last days, he made the following statement to the Muslims:

“Today, I am giving you some advice. If you accept it, you will find peace and security to be your companions:

  • Establish ‘Salaah’, be regular in your prayer
  • Fast during the month of Ramadhan
  • Give sacrifices and be charitable often
  • Perform the Hajj
  • Perform the Umrah
  • Encourage and instruct each other to do good actions
  • Wish your rulers well and be loyal to them
  • Never deceive your rulers
  • Be careful that you perform your duties and not be lost in worldly pursuits
Listen carefully to what I have to say next: ‘Even if a man gets to live a thousand years, one day he will be in the same position in which you see me today, no one can escape death.’

“My greetings of peace to all of you. May there be countless blessings of Allah the merciful on you all.”

He then turned to Hazrat Muaz bin Jabal May Allah be pleased with him and said,

“Lead the men well in prayers, May Allah protect you!”

With these humble words on his lips, he became the beloved of Allah Taa’la.

“To Allah we belong and to Him we shall return.”

Muaz ibn Jabal May Allah be pleased with him stood up and told the people with quivering lips and a trembling voice:

“Brothers in Islam, you are sunk in grief today for a man who was more good hearted than any of us. He had a pure heart free from malice and envy. He was a man who loved the hereafter and was a well-wisher of each one of us.”

He was a man whom was given the title ‘Aminul Ummah’, the trustee of this nation and during his lifetime on this earth given the glad tidings that he would go to paradise by the Prophet May Allah send his peace and blessings upon him. He was a very blessed man, indeed!

Let us all pray for him and his position in paradise be ever exalted.

May Allah Taa’la shower blessings on him and our Prophet May Allah send his peace and blessings upon him. Ameen

Sunday, September 27, 2009

nafsu yang menggoda, akal yang menentukan


Bismillah..
ari tu masa aku g terawih kat surau kolej aku
ad hamba ALLAH ni bg tazkirah pasal nafsu dan akal
tapi aku ingat2 lupa plak cite dia
pas2 ari ni
sdg aku sibuk meneroka laman komputer aku ni
terjumpa balik kisah yang ditazkirahkn malam tu
ceritanya berbunyi begini.....

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata,

"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata,

"Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,

" Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dengan berpuasa, nafsu menjadi lemah.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan musnah.


Saturday, September 12, 2009

di manakan palestin.....

Bismillah..
dulu video aku buat korg ketawa
sekrng aku nk tunjuk video sedih giler kt korg


bile ak tengok video ni
ak rase bertuah gile lahir kt msia
cuba korang bayangkan kite kt sini pegang pensil
diorang kat sana dah pegang senapang
kita makan nasi sedap2 kt sini
diorang makan sisa2 je kat sana
keluarga pula hilang entah ke mana

remaja kita kat sini serahkan hidup dan jiwa kepada hiburan melampau
remaja mereka kat sana serahkan nyawa dan jiwa demi ISLAM
tak perlu berbangga dengan diri
andai kita tak punya semangat spt mereka....




sama-samalah kita hayati perjuangan suci mereka
serapkan dalam jiwa kita
sedarkan akal kita bahawa
UMAT ISLAM SEDANG DITINDAS
di mana kita yg kononnya penegak panji ISLAM
di mana kita yg kononnya pembela syiar ISLAM
di mana kita yg kononnya khalifah ALLAH
dimana????
sama-sama akudiadankamu fikirkan...
Bismillah..
MARWA AS-SHARBINI: MATI SYAHID KERANA TUDUNGNYA
www.iluvislam.com
nazrie5799
editor: azzahra_solehah




Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid. Satellite Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “terrorist” hanya disebabkan beliau berjilbab.

Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet. Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline.


hmmm
bila bce artikle ni aku dpt mrasakn kalu kite
masih smbil lewa
lama2 ISLAM 2 akakn tinggal nama je
aku hrp setiap seorg drp kita dpt fikirkan dan renungkn isu ini guna
MATA HATI....
bertindaklah!!!!!

Thursday, September 10, 2009

jadilah kita org yg terasing


Bismillah..ni tajuk sebenar artikel
Beruntunglah Bagi Mereka Yang Asing
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
www.iluvislam.com
Editor: arisHa27
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

ni ada aku terbaca kt iluvislam... kalu nak detail lg
g je ke laman web ni
tp aku petik sket la ap yg da dlm artikle 2

Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun
perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan.

Firman Allah SWT:

“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,

“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]


Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

bg aku artikel lebih dari bagus
mmg bagus la pendek n pnjang katanya
SO...aku suggest korang g sdiri kt iluvislam cari artikel ni
sama2 baiki diri ek


Wednesday, September 9, 2009


Bismillah..
ni aku cite sket pasal ramadhan
da terbaca satu artikel

kata org ramadhan itu ibarat kepompong (mcm cite penglipur lara plak ni)
dalam kepompong, ulat bulu x bley makan, minum, prgerakan limited, pglihatan terkawal, dan seolah2 trputus dgn dunia luar

kita semua (aku dia dan kamu) memasuki kepompong ramadhan ini sbg ulat bulu
rama2 atau tdaknya kita apbila kepompong ramadhan dikoyakkan dgn kedatangan syawal (dah nak raye la 2)
brgantung kpd sebaik mana kita mnjalani proses metamorfosis spnjg berada dlm kepompong ramadhan

bila tiba hari raye (mcm prnah ku dgr tp d mana ya???)
ada yg masih jadi ulat bulu (kite ke???)
ada yg hmpir mnjadi rama2 dgn sayap yg kecil atau tidak cantik warnanya (kite jgak ke 2??)
dan of coz ada yg mnjadi rama2 yg gemilang dan mmpesonakan org yg melihatnya (x mustahil aku dia dan kamu kan ???)

"aku nak sgt jd rama2 tu"
"aku nk sgt diri aku suci spt saat aku dilahirkan"
"aku nk pastikn takbir aidilfitri sebenar-benarnya takbir utk org brpuasa"
"aku nak masuk syurga melalui pintu Ar-rayyan yang dikhususkn utk org berpuasa"

ni la luahan hati si "aku"
korang suma tak terasa mcm ape yg "aku" rasa ke???
x pe ramadhan masih ade
tp jgn asyik bertangguh sbb ramadhan tiap2 tahun ade, tp kita blom tentu tahun dpan ade lg...kan3

Monday, September 7, 2009


Bismillah..
dengarilah sahabatku Allah memujukmu..At-toyyibat littoyyibin...
an-Nur 26..wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki baik dan sebaliknya.
telah tercatat seungkap nama lelaki/perempuan d luh mahfuz untukmu.
cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh ketinggian peribadimu.
jika kau tetap di atas jalan yang diredhai insyaAllah si dia turut di jalan yang sama.
lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta Hakiki nescaya lelaki/perempuan soleh turut kau miliki.
senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan..
Related Posts with Thumbnails