Monday, August 22, 2011

BUKU : DWILOGI CINTA DARI TIMUR TENGAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa habaq? Hari ni aku nak perkenal 2 buah novel cinta yang berjaya memikat hati aku yang suka baca novel jiwang. Mula-mula tu memang aku tolak tepi buku-buku islamik nih, tetapi lepas baca alangkah sedarnya aku, kalau aku tak baca buku ni, aku lah manusia paling rugi bukan setakat di Sik tetapi di seluruh dunia. Hebat tak hebat buku ni, cetakan pertama 2008 pastu cetakan keempat 2010.

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
RM23.50

Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

"Jika novel Ayat-ayat Cinta menyorot latar mesir dari pandangan seorang mahasiswa Indonesia, maka Warkah Cinta Berbau Syurga ini disorot dari kaca mata seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut di sana. Justeru tidak hairan andai latar kaherahnya dan suasana kehidupan para pelajar Malaysia dapat diperincikan sebegitu rupa. dalam lambakan karya bertemakan cinta asyik-masyuk bernafsu rendah yang boleh mengelirukan pembaca remaja, novel cinta berjiwa islamik begini sewajarnya menjadi alternatif terbaik selain mampu memperkaya khazanah sastera Islam tanah air."
Zaid Akhtar-Penulis novel

"Novel islami beginilah yang saya nantikan. Setelah diperkenalkan oleh rakan, saya mencuba buku ini untuk menguji sejauh manakah kebenaran kata rakan saya. Ternyata saya mengaku kalah. Novel ini memang da booooom!!! Saya rasa macam saya jelajah Mesir dan berada bersama-sama watak dalam novel ini. Semuanya begitu terperinci hinggakan saya rasa perlu melancong dan merasai sendiri pengalaman di Mesir untuk melengkapkan episod novel ini. Apa tunggu lagi?"
Miss Jericle-Pemilik blog & Penggemar Novel Jiwang



 KALA CINTA & WAHYU BERSATU
RM18.00

Mesir bukan noktah akhir pertemuan Amir dan Balqis. Amir mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui Ilahi.
Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzuddin yang kembali mengharapkan cinta.Amir Mukhlis bertemu tasnim yang teguh membawa legasi cinta wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis.

"Kalaulah karya-karya A.Ubaidillah Alias adalah musim-musim berempat, novel Kala Cinta $ Wahyu Bersatu ini adalah musim seminya, wangi, berwarna-warni"
Ilham Hamdani, Canberra, Australia 

"Walaupun sengatan karya kedua beliau tidak setajam karya pertamanya, namun sengatannya tetap berbisa. Saya tetap menantikan karya beliau yang seterusnya.Beli jangan tak beli, berbaloi-baloi."
Miss Jericle-Pemilik blog & Penggemar Novel Jiwang

Tuesday, August 16, 2011

YANG PERTAMA DARI 40

Bismillah..

Kali ini kita masuk tajuk baru siket. Tajuk ni boleh jadi ringan boleh jadi berat, depend kpd orang yang membaca, menghayati makna tersirat hadis ni. Kalau nak tau, hadis empat puluh adalah himpunan hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi dalam kitab Matan Arba'in.

Bukan aku nak kupas pasal hadis ni pon, sbb ak pon bukan ustazah ka pakar hadis ka, x arif sangat pasal benda2 camni. Cuma ak nak bincangkan benda ni berdasarkan situasi moden kita sekarang, ceh2 dh stat masuk ayat skema (ak dpt idea ni lepas tgok Law Kana Bainana kt tvalhijrah, hampa tgok x?). Skema x skema benda ni kita kena pandang serius, wahai remaja bloggers ku sekalian.

Pakai helmet, stat engine, boh gear, sedia untuk rempit la ni. Jom usha dulu hadis ni.

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
(besar2 ak letak nak bagi clear.., boleh baca kan?)


Masa sekolah dulu, kita dah sembang panjang lebar pasal benda ni, pasal niat.

Ustaz pon slalu kata : "Semua amalan bergantung kepada niat."

Mak pulak slalu kata : " Adik, dah niat posa belum?"

Kawan2 ada jugak kata : "Niat ak ikhlas nak tolong dia, x sangka pulak dia wat ak camni." (dgn nada sedih dan pilu gitu)

Macam2 la lagi situasi dalam masyarakat kita hari ni melibatkan perkataan 'niat'.Pendek kata, niat ni ada kaitan dengan hati. Tapi sejauh mana kita faham apa yg baginda SAW cuba sampaikan pada kita melalui hadis ni. Mai kita lihat dalam situasi2 bawah ni.

gambar sekadar hiasan
Situasi 1 - DERMAWAN CHIPSMORE

Kalau kita tgok la ni di bulan ramadhan, di tv tu x berhenti2 kisah orang kaya sana menderma, orang kaya sini menderma, sampai kalau boleh semua tv nak tayang drama sebabak masyarakat kita ni. Memang beruntung hidup di Malaysia ni. Sampai ja bulan puasa muncullah golongan2 DERMAWAN ini, yang pada masa lain bersembunyi, senyap sunyi ja. Masa nilah ramai2 yg anjur majlis buka puasa kat hotel2 mewah, sampai kadang2 membazir. Masa bukan ramadan, batang idung pon x nampak. Ish3, x patut....

Sekali lagi ditekankan, bukan aku jeles DERMAWAN ni x jemput ak ka apa ka, tapi tu lah. Hairan bin peliknya, sedekah bukan main lagi, tetapi ZAKAT yang wajib x bayar pun. Camna tu? Jangan tunggu bulan puasa saja, ye. Sama la mcm puasa masyaAllah hebat, tapi solat tinggal. InsyaAllah, yang baca post ni suma baik2. dah bayar zakat kan (bg yg kena bayar la)? solat pon x tinggal kan? ^^

Bukan tak bagus mengheboh2kan benda baik ni. Kalau boleh jadi ikutan utk orang lain, alhamdulillah. Nabi kalau tgok situasi ni tentu baginda seronok. Tapi takut jugak sekiranya benda ni NIAT asalnya sekadar utk menunjuk2, (pesanan utk diri ni jugak), yalah kadang2 tak perasan niat tu dah menyimpang. Mungkin skrg kita bukan orang2 yg berada, tapi mana tahu masa depan. Biarlah manusia tak pandang kebaikan kita tu, tapi Allah tu nampak semuanya. Bukan ka Allah dah kata yg kebaikan sebesar zarah pon Allah tahu. Sekadar pandangan peribadi aku.

Ini kisah orang kaya, orang berharta. Camna pulak dengan orang yang sederhana ni?


gambar sekadar hiasan
Situasi 2 - PESTA MAKANAN

Selalu kita dgr, yang amalan seharian kita ni, walaupun seremeh2 perkara mcm mandi sehinggalh ke sebesar2 perkara mcm solat kalau betul niat tu, boleh menjadi ibadah dan dapat ganjaran, inshaAllah. Kalau tadi kita cakap pasal orang berDUIT, la ni jom kita bincang pasal orang berduit jugak tapi duit kecil2 ni.

Ni kisah kalau masyarakat kita ni menyerbu Bazar Ramdhan. Memang sapa2 yg mai Malaysia pon akui negara tercinta kita ni adalah syurga makanan. Nak apa, macam2 ada. Di sinilah sikap tamak kita tu kadang lebih dari duit yang ada di tangan, nasib kat bazar tu x boleh pakai kad kredit, kalau x..tak tau la..

Semuanya berbalik pada niat, kalau niat kita membeli juadah sampai tak cukup tangan nak pegang tu, niatnya kerana nak sedekahkan utk moreh kat masjid ka, bagi dekat jiran sebelah ka, sedekah kat anak2 yatim ka, semua tu bagus, malah sgt2 dianjurkan. Belilah banyak2. Tapi yang jadi masalah sekarang, niat kita membeli tu utk puaskan nafsu yg sehari x diberi makan. Maklumlah sehari tak makan katakan.

"Ni duit aku, suka hatilah. bukan aku suruh hang belanja pon."

"Alah, apalah sangat. Ramadan kan setahun skali ja. Kedekut sangat aihh.."

"Sedapnya ayam percik, tu nasi kukus pon ada. Tepung talam, karipap, air tebu, murtabak tolong pi beli sat. Nak p beli laicikang dgn ayam goreng dulu ni. Takut abeh satgi."

Ni lah dialog2 femes masa bulan posa. Maka lahirlah manusia yang bertuhankan syaitan dan berkiblatkan nafsu, nauzubillah. Kalau masa beli tu, niatkan dalam hati, juadah ni utk berbuka dan semoga menjadi darah daging yang baik utk keluarga dan diriku. ha, kan bagus niat camni. Cuba try tips ni tgok. Masa nak beli byk2 tu, cuba fikir dulu sat, kalau baginda tgok situasi kita masa tu, mcmmana respon baginda agaknya. Suka ka marah ka....fikir2 noh..

gambar sekadar hiasan
 Situasi 3 - TUKAR-MENUKAR JUADAH RIAK

Situasi ni boleh terjadi di kalangan semua masyarakat, yang tua, yang muda. Bila masukja bulan puasa, kalau yang rajin memasak, mulalah dapur berasap. Semua menu kat majalah, tv, itenet suma dicuba. Alhamdulillah, moga2 jadi juadah yang berkat untuk berbuka. Kalau dah masak tu, kat kampung la selalunya, budaya bertukar-tukar juadah bukak puasa ni masih ada lagi. Kat bandar2 ada lagi ka? x tau plak sbb ak dok kampung ja...tp kampung aku class ko jah..(mcm iklan ribena tu).

Ada satu kisah ni, rumah A,B dan C. Satu hari, si A masak cucur cempedak.

Si A sorang yang baik hati, peramah tapi satu ja, suka menunjuk2. Si B yang dok rumah sebelah kanan ni pulak miskin tapi suka berkongsi. Nak dijadikan cerita, Si A pon menghantar cucur cempedak tadi ke rumah B dan C.

A : B, hg tau kan tiap2 tahun, ak tak pernah lupa nak bagi mkanan kt hg. Nih, ada cempedakanak aku bawak balik dari Kolumpoq. Aku goreng bagi rumah tu, rumah sana, rumah hg.

B : terima kasih la kak. susah ja akak ni. Kejap saya ambikkan makanan.
Lalu si B pon beredar nak masuk ke rumah. Tapi.....

A : Eh, x payah. Aku ikhlas. Mmg tiap2 hari la semenjak stat posa aku sedekah makanan kat orang2 kampung ni.

Si B yang suka berkongsi ni pon bagi mbahagikan cucur cempedak kpd 2 bahagian, satu utk si C dan satu utk keluarganya. Maka sampailah cucur tersebut kepada si C. Kebetulan si C pulak x memasak hari ni, semua lauk dibelinya di pasar ramadhan. Tetapi setiap hari si C juga tak pernah terlepas turut serta dalam acara tukar menukar juadah ni. Dek kerana takut diperli si A, makanan dia pun membawa makanan utk dihantar kpd jirannya si A. Walaupun makanan itu sebenarnya.....

C : cik A, ni ha ada sikit makanan. Ambiklah.

A : terima kasihlah. Kau ni mmg baik. semalam bagi, hari ni pon bagi makanan jugak, tak macam si B tu. Kedekut. Ada la kot sekali dia hantar makanan.

Lalu, Si A dengan gembira hatinya menerima makanan tersebut. Dibuka penutup tupperware tersebut. Rupa2nya, makanan tersebut adalh cucur cempedak yang digorengnya tadi. huhhu....

Pengajarannya di sini, ingat niat bertukar juadah bukanlah untuk menunjuk2 ye. Bukankah nabi SAW ajar memberi hadiah dan menggembirakan saudara itu satu ibadah. Tengoklah si A tu balasan yang diharap, mmg dapatlah balasan tu. Tapi, pahalanya dapat ka?

Cukuplah setakat ni 3 situasi yg menggambarkan peranan niat dalam hidup kita. Kalau yg terasa pedas tu, minum air banyak2,ye. Bukan apa sekadar nak beri peringatan kat diri, sambil2 kongsi la dgn kawan2ku suma. Maaf lah kalau bahasa yang digunakan agak pedas. Jangan marah, ye.

info kurus- jgn lupa bersahur. selain sunnah nabi, sahur yang sihat akan menjana tenaga berkekalan sepanjang hari. minum bijirin oat kalau rasa nasi tu menggemukkan. yang penting jangan tinggal sahur.^^





















Monday, June 27, 2011

NOVEL : Cerita Cintaku 4

Bismillah..

Salam semua, ni sambungannya, kalau ada kekurangan mintak maap noh n bley komen tau utk baiki jalan cerita ni..maseh suma~~


Bahagian 4

Sedutan bahagian lepas….

Dari dalam kereta, Azim melihat beberapa orang berjalan menuju ke masjid. Dalam kelompok manusia itu, Azim seolah-olah terpandang seseorang yang dikenalinya.

Tak mungkinlah dia. Dia?? pergi masjid?? kiamat la jawabnya. Solat pon tak pernah. Orang lain tu. Pelanduk dua serupa kot.

Azim cuba meyakinkan dirinya kelibat yang dia nampak tadi tu bukanlah seseorang yang sedang bermain di fikirannya saat itu. Disandarkan kembali kepalanya di kusyen kereta.
 ...................

Rizman berjalan seperti biasa ke masjid. Memang sengaja rumah sewa yang dicari berdekatan dengan masjid. Mudah untuk dia ke sana dengan hanya berjalan kaki. Tapi malam itu, menjadi luar kebiasaannya apabila dia terlihat kelibat Azim ketika hendak melangkah ke masjid. Terhenti sebentar langkahnya kerana tidak percaya pada pandangan mata kepalanya sendiri. Namun dalam hati kecilnya terdetik sesuatu. Syukurlah akhirnya kau berubah,Azim.

Rizman mengakui dalam hatinya yang hidayah itu milik Allah dan menjadi hakNya untuk membuka jalan hidayah itu kepada sesiapapun hatta kepada insan hina yang telah jauh tersesat seperti dirinya. Maha Besar Allah atas segala rahmat dan kurnianNya. Rizman memanjatkan kesyukuran seraya beristighfar dalam hati mengenangkan zaman silamnya. Rizman tersentak apabila seorang jemaah merempuhnya. Langkah kakinya terus diatur laju menuju ke masjid walaupun ada sesuatu yang perlu dibicarakan bersama Azim. Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi, bisik hati kecilnya.

Rizman berhajat untuk menyapa Azim apabila usai solat tadi namun dia hampa. Hatta bayang-bayang Azim pun sudah tidak kelihatan di perkarangan masjid. Rizman sebenarnya menyimpan satu rahsia besar yang patut diketahui Azim, mengenai Hani. Rahsia yang patut dibongkarkan sebelum hubungan Azim dan Hani bertukar ke hubungan yang lebih serius. Khabar terakhir yang didengarinya tentang hubungan mereka berdua adalah tali pertunangan akan diikat dalam masa terdekat namun kesahihannya tidak diketahui.

Sebelum itu terjadi, Azim perlu mendengar penjelasan lanjut darinya sebelum memutuskan untuk meneruskan hubungannya dengan Hani atau tidak. Sikap Azim yang kadang-kala suka serkap jarang dan membuat keputusan terburu-buru itu sungguh merisaukan Rizman. Sebagai teman baik Azim, dirasakan satu tanggungjawab besar sedang dipikul dibahunya selagi perkara sebenar tidak dijelaskan kepada Azim.

Imbas kembali
Rumah Azim di Ibu kota

Telefon Azim bergetar lagi. Entah untuk kali yang ke berapa. Dek kerana bunyi getaran yang membingitkan telinga itu, Azim mencapai telefonnya. Dinyalakan lampu tidur kecil disebelah katilnya. Bunyi itu ternyata menganggu tidurnya.

Hani ni tak abis-abis nak ganggu hidup aku. Dasar perempuan murahan. Azim merengus menzahirkan kebosanannya melayan karenah tak tahu malu Hani itu.

Dipandangnya sekilas skrin telefon. 10 missed calls dan 1 sms. Azim tahu 10 missed calls itu datangnya dari Hani dan dia malas benar untuk ambil kisah, namun sms yang satu itu menarik perhatiannya. Bukan dari Hani. Tapi dari seseorang yang pernah dia tumpangkan siang tadi.

Terima kasih banyak-banyak sebab tumpangkan saya tadi. Allah sahaja yang dapat membalas jasa Azim. Sebelum saya terlupa, hujung minggu ni ada talk dekat masjid. Speaker dijemput khas dari Madinah. Cuma nak inform, kalau-kalau Azim berminat. Salam.

Azim pelik mendengar perkataan talk digunakan oleh Naim, lebih tepat pertama kali didengarinya seumur hidup. Sedangkan selalunya perkataan seperti ceramah ke, kuliah ke, khutbah ke… mungkin ni cara Naim nak ajak aku kot. Kalau dia sebut ceramah agama, nak ke orang macam aku ni pergi? Bijak jugak si Naim ni. Dalam hati Azim memuji kepintaran dan daya kreativiti Naim dalam mengajak kearah kebaikan. Azim tersenyum sendiri. Cepat-cepat dia membalas sms Naim. Jarinya laju menaip di keypad Strawberrynya itu.

Minggu ni saya bercuti di kampung. Rasanya tak dapat ikut. Anyway, thanks ajak.

Selepas menekan send, Azim terus membaringkan kembali badannya dan mematikan suis lampu. Dia berkira-kira untuk menyambung semula tidurnya yang terganggu sebentar tadi. Puas dicuba lelapkan mata namun ternyata dia gagal. Terlayar-layar di skrin mindanya peristiwa siang tadi ketika pulang dari kerja bersama Naim. Mimpi yang meninggalkan seribu persoalan dalam kepalanya.

Azim bingung bagaimana dia boleh teresak-esak sebegitu rupa, sedangkan dia bukanlah jenis lelaki yang senang menitiskan air mata seperti sesetengah kawan-kawannya yang menangis tersedu-sedan hanya kerana sad ending dalam drama korea. Dia bukanlah lelaki yang mudah menangis kerana putus cinta atau sebagainya. Dia lelaki yang kononnya kuat, tidak pernah menangis tapi malam itu dia tumpas akhirnya. Dia kalah jua akhirnya kerana takutkan satu kuasa yang ternyata lebih besar dari keegoannya.

Azim masih ligat berfikir apakah yang ingin disampaikan kepadanya melalui mimpi tersebut. Dipandangnya kosong potret Monalisa dan beberapa lukisan lain yang tergantung di biliknya. Selalunya gambar-gambar itulah yang menenangkan jiwanya tatkala serabut memikirkan urusan pejabat dan sebagainya. Dan sepatutnya dia berehat seukupnya kerana esok dia perlu memandu jauh pulang ke kampung Opahnya. Puas dicari kesimpulan mimpinya itu hingga akhirnya Azim terlelap begitu sahaja.

Imbas kembali
Di Kafe Setabak, KL

Hari ini, Hani keluar lagi minum kopi bersama rakan baik teman lelakinya merangkap pendengar setia ceritera cintanya dengan Azim.  Banyak masa dihabiskan bertiga. Namun kebelakangan ini, Azim jarang sekali menyertai mereka. Dihambat kesibukan kerja barangkali. Berpelukan setiap kali berjumpa menjadi perkara biasa memandangkan mereka bertiga sahabat rapat semenjak menuntut di Korea lagi. Namun setelah bergelak tawa berkongsi cerita mengenai kehidupan seharian, Rizman memulakan perbualan yang agak serius.

“Hani, baik kau hentikan perangai buruk kau ni. Aku bukan apa, Cuma aku kesian dengan Azim tu. Dia tu kawan baik aku tau, aku tak nak belakang hari nanti dia susah. Lagipun, tak baik kau mainkan perasaan orang ni, Hani.” Rizman cuba menasihati Hani dengan cara baik.

“Mana ada aku mainkan perasaan sapa-sapa. Lagipun jangan nak nasihat orang la, Riz. Kau tu baik sangat ka? Ke hulu ke hilir berkepit dengan perempuan entah sapa-sapa. Aku okey apa. At least, aku tak minum, mabuk macam kau sampai tak ingat dunia. Azim tak cakap apa-apa, kau pulak yang over. Heh, cool la.” Hani membela dirinya.

“Aku sedar aku jahat. tapi kau pun kena sedar,Hani yang kau tu tak lama dah nak bertunang. Sikit hari lagi jadi isteri orang tau. Be serious la sket. Benda camni kau tak leh wat main-main.” Nasihat Rizman didengari acuh tak acuh sahaja. 

“So what? Lepas aku kahwin pun, Azim tak boleh nak paksa-paksa aku tinggalkan semua ni. I want to be free. Aku nak hidup cara aku. Dia tak ada hak nak tentukan hidup aku.” Ujar Hani bernada tidak puas hati.

“Eh Cik Hani, sejahat-jahat aku ni pun. Kalau aku nak berkahwin nanti, aku mesti cari yang baik tau. yang bertudung paling kurang, sedap mata memandang. Aku akan pilih yang bersopan, baik, lemah lembut ala-ala perempuan melayu terakhir tu.” Rizman melontarkan pendapat peribadinya sambil tersenyum macam kerang busuk.

“Orang lelaki ni semua sama ja. Nak perempuan yang baik-baik tapi diri tu? Sedarlah diri tu. Eh Encik Rizman anak Dato’ Malik, perempuan baik idaman kau tu pandang ka lelaki yang keluar masuk kelab malam macam kau ni? Lelaki jahat macam kau sesuai dengan perempuan yang macam kau jugak la. Cermin diri tu dulu. Cakap tu biar ada logik siket, bro.” Hani memulangkan paku buah kerasnya.

“Setidak-tidaknya bila dah kahwin nanti perempuan tu boleh la bimbing aku ke apa ka. Lagipun takkan selamanya nak hidup macam ni? Aku pun sebenarnya rimas dengan dunia macam ni tapi tulah susah jugak nak tinggal benda-benda macam ni sekali dah masuk. Tapi memandangkan korang berdua dah nak berkahwin, sepatutnya salah seorang tu mesti dah bersedia untuk pikul tanggungjawab ni. Ish, besar tanggungjawab tu. Ni yang aku membujang sampai sekarang ni.Tak sangguuup gua.” Rizman sengaja menekan suara di hujung percakapannya. Dia masih berlagak tenang walaupun Hani kelihatannya seperti akan meletus bila-bila masa dengan statements panas yang dikeluarkan Rizman.

“Dah la, aku nak balik nih.” hani memutuskan perbualan mereka di situ. Dia malas lagi memikirkan perkara itu. Sudahlah sekarang jarang sekali dia berjumpa dengan bakal tunangnya itu, Rizman pulak tak habis-habis nak menyakitkan hatinya.

“Suka hati kau la Hani.Aku ni sebagai kawan cuma nasihat ja. Jangan nanti si Azim tu merana disebabkan kau sudah. aku ni tak suka tengok kawan baik aku tu susah. Lagi satu, hati ni bila-bila ja boleh berubah tau. Hati-hati, Hani. Jangan nanti nasi dah jadi bubur, masa tu….abeh.” ujar Rizman sambil menggeleng-geleng tangannya.

“Dah lah, jom aku hantar kau balik. Teksi pon tak banyak area ni. ” Hani hanya mengangguk tanpa bersuara lagi. Malas dia melayan leteran Rizman.

Azim hanya memandang gelagat mereka berdua. Bermula dengan berpelukan, lepas itu ketawa manja. Nampak benar seperti pasangan yang melepaskan rindu selepas berabad lamanya tidak bersua. Hati Azim mula panas hinggakan penghawa dingin keretanya yang dipasang maksima itu pun tidak mampu menyejukkannya tika itu. Setelah puas bermadu asmara, siap tumpangkan kereta lagi. Pelbagai andaian buruk bermain di kepala Azim, ditambah syaitan yang sentiasa membisikkan kejahatan menyesatkan anak cucu adam.

Azim menghentakkan stereng dihadapannya. Mereka berdua seolah-olah telah lama membuat onar di belakang Azim. Cuma dia yang tertipu dengan muslihat mereka yang kononnya cuma bersahabat baik. Benarlah telahannya selama ini. Mereka memang ada skandal. Patutlah selama ini Hani tidak pernah kisah walaupun dia kerap menolak ajakannya untuk keluar bersama. Rupa-rupanya dah ada yang lain. Ini belum berkahwin, kalau dah kahwin esok entah macam mana jadinya nanti.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan kawan, kawan makan kawan. Sampai hati kau Rizman. Selama ini, dia percaya pada Rizman sepenuhnya. Tanpa curiga dia membenarkan mereka berdua menghabiskan masa bersama kerana dia terlalu sibuk dengan rutin kerjanya yang baru dinaikkan pangkat sebagai Assistant Manager untuk menemani Hani. Hampir saban minggu dia melihat sahaja kelakuan jijik mereka berdua. Kadang-kadang memang sengaja dia memberi alasan untuk tidak turut serta dalam ‘dating’ mereka. Hendak dilihat dan dipastikan kelakuan sebenar mereka dengan mata kepalanya sendiri.

Apakah yang bakal dilakukan Azim Selepas melihat kejadian di Kafe Setabak itu?


Wednesday, June 8, 2011

NOVEL : Cerita Cintaku 3

Bismillah..
Alhamdulillah..sempat juga siap sambungan sebelum balik ke Malaysia..


Bahagian 3

“Azim! Azim! Pak cik nak mintak tolong sikit ni. Boleh? kata Pak Said dengan wajah bersih tersenyum tenang.

“Ada apa Pak Said? Nak saya tolong apa?” Azim terus bangun dari duduknya.

“Nih, pak cik nak mintak kamu tolong imamkan solat zuhur. Nak juga merasa aura imam muda. Kebetulan Imam Majid tak sihat hari ini. Boleh ke? ” ujar Pak Said, bilal masjid yang baru sahaja selesai melaungkan azan.

“Err…saayaaa….ermmm…saayaaa sebenarnya…” Azim jadi gelabah dengan permintaan itu. Masakan tidak, kali terakhir dia mengimamkan solat adalah semasa darjah 6. Itu pun kerana disuruh ustaznya semasa menghadiri kelas KAFA. Ketika di Korea dulu pun, acap kali dia menolak dengan memberikan macam-macam alasan.

“Saya…..”Azim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Puas difikir cara terbaik untuk menolak permintaan tersebut. Cara yang paling selamat dan yang paling penting tidak menampakkan kejahilannya dalam perkara tersebut.

Hurmmm….. Puas difikir namun otaknya yang selalu sahaja cepat memberi alasan itu seolah-olah dibius dan tidak berfungsi saat itu. Dia kebingungan. Dalam hati Azim bermonolog.

Alamak! Macam mana ni? Time camni la pulak Imam Majid sakit. Aduh, parah ni. Apa aku nak buat ni? Parah…

Azim merasa cemas. Peluh sedikit memercik di dahi. Tangannya juga sedikit menggeletar menggambarkan perasaannya ketika itu. Namun selepas beberapa ketika, Azim tersenyum nipis. Idea untuk mengelat dari menjadi imam muncul di kepalanya.

“Pak Said, saa….” Baru Azim hendak memulakan bicara, tiba-tiba Pak Said memotong percakapannya.

“Eh, Imam! Kata tak sihat?”  tegur Pak Said memandang ke arah pintu masjid. Azim pun segera berpaling ke arah yang sama.

Dilihatnya Imam Majid berjalan masuk ke dalam masjid. Wajahnya kelihatan sedikit pucat.

“Imam, boleh ka ni?” Tanya Pak Said bernada bimbang.

“Aku ni dah tua, Said. Sakit-sakit ni dah biasa. Kalau dilayan makin menjadi pulak nanti. Lagipun, umur aku ni rumah kata pergi kubur kata mari, Said. Rugi kalau aku tak guna betul-betul masa yang bersisa ni. Sementara Allah masih bagi peluang.” kata Imam Majid sambil menepuk bahu Pak Said. Ditenung juga Azim dengan pandangan yang redup. Seolah-olah berpesan agar tidakmensia-siakan setiap peluang yang diberi. Kata-kata itu benar-benar meruntun kalbu dan penuh maksud tersirat bagi Azim. Seolah-olah….

Dia masih teringat khutbah jumaat minggu lepas yang disampaikan oleh Imam Majid walaupun hanya sempat didengari separuh sahaja. Betapa ditekankan bahawa mati itu, tidak mengira muda atau tua. Dipesannya agar anak-anak muda yang berada dihadapannya sentiasa mencontohi para Sahabat, menjadi pemuda yang sehebat Saidina Ali dan segagah Saidina Umar, memiliki  pekerti semulia Saidina Uthman dan berjiwa besar serta pemurah seperti Saidina Abu Bakar. Biarpun kebanyakan anak-anak muda saf-saf hadapan semua sudah masuk ke alam mimpi, tersengguk-sengguk bagai nak menyembah lantai, Azim yang berada di bahagian belakang tetap mencuba untuk fokus dan mendengar setiap patah kata Imam Majid dengan teliti.

"Kedua-dua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri dihadapan tuhannya tanpa berganjak sedikit pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu tentang umur, bagaimana ia habiskan,tentang masa muda kearah mana ia pergunakan,tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dihabiskan dan tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya"(Riwayat At-Tarmizi)

Azim berasa terpukul apabila matanya terpandang poster hadis tersebut ketika hendak berlalu ke tandas selepas solat tadi. Dia teringat tadi baru sahaja dia mensia-siakan peluang yang Allah berikan kepadanya untuk menggunakan usia mudanya sebaik mungkin. Bukan dia tak tahu betapa besarnya ganjaran mengimami solat namun disebabkan tiada keberanian dan sikapnya yang suka  mencari seribu alasan itu menyebabkan dia melepaskan peluang itu berlalu begitu sahaja.

Sedang Azim duduk bersandar di tiang masjid, dia terlihat kelibat Imam Majid yang sedang bangkit dari duduknya perlahan-lahan dan berjalan menuju ke rak Al-Quran dibahagian depan masjid. Diperhati tubuh kecil Imam Majid dari jauh, entah kenapa Azim mula berasa sebak. Mengenangkan yang suatu hari nanti dia juga akan melalui usia itu, itupun kalau dipanjangkan umurnya.

Azim masih ingat raut wajah Imam Majid ketika beliau masih muda. Penduduk kampung semua mengaguminya. Masakan tidak, dalam usia beliau semuda Azim sudah menjadi imam besar di masjid. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jin dan makhluk halus juga mampu dirawatinya. Berbeza benar dengan diri Azim, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa jahat dan jahilnya diri.

Imam Majid menjadi orang penting dalam hidup Azim. Imamlah yang menjadi tempat Azim merungkaikan kekusutan hidupnya. Nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan dengan penuh kasih sayang akhirnya berjaya mencairkan hati keras Azim. Lama Azim termenung hingga dia terlupa yang dia ada banyak soalan untuk dibincangkan bersama Imam Majid. Azim tersentak apabila tiba-tiba angin kuat bertiup dan pintu terhempas dengan kuat. Segera Azim bangun mencari Imam Majid namun tiada siapa pun yang dilihatnya di dalam masjid ketika itu.

Mungkin lain kali. Tak ada rezeki nak jumpa Imam hari ini. Bisik Azim kepada hati kecilnya.

Azim menapak ke luar masjid. Sedang dia berkira-kira hendak menutup pintu pagar masjid, dilihatnya seorang gadis memakai tudung litup berjalan melintasi perkarangan masjid. Azim kenal benar dengan gadis itu.

“Nurul! Nurul! Tunggu kejap!” Azim memanggil dengan sekuat hatinya.

Namun gadis tersebut langsung tidak berpaling malah mempercepatkan lagi langkahnya.

Azim bingung. Tidak mungkin dia salah orang sebab dia kenal benar dengan gadis tersebut. Semasa kecil mereka tidak pernah berpisah. Kemana pun mesti berdua. Tapi hubungan mereka semakin renggang bila Azim menerima tawaran ke sekolah berasrama.

“Nuruuuul!!!” sekuat hati dijerit nama gadis tersebut. Kali ini, bayangan gadis tersebut terus hilang dari pandangannya. Baru sahaja tadi dia nampak Nurul menyeberangi titi di depan sana.
Azim bingung dengan situasi itu. Kenapa Nurul melarikan diri darinya?

Takkan Nurul takut dengan aku pulak ? Malu? Takkan pulak… Apa kes? Hairan bin pelik ni..tak pa..nanti aku akan selongkar..

Azim berjalan perlahan menyeberangi titi kecil itu. Dibawahnya mengalir sebatang sungai. Dia Teringat disitulah tempat dia dan Nurul bermain ketika kecil dulu. Langkahnya terhenti disitu. Masih terpahat di kotak ingatannya segaris parut di kening Nurul akibat perbuatannya. Risau betul dia ketika itu. Mujurlah ada orang kampung disekitar situ ketika dia menjerit meminta tolong.

“Saya tak suka lah awak kawan dengan budak Aqasha tu. Saya benci la tengok dia. Berlagak bagus ja depan orang.” Azim meluahkan marahnya kepada Nurul.

“Suka hati saya la nak berkawan dengan sapa pun. Awak ni kenapa nak marah-marah saya?”luah Nurul tidak puas hati.

“Lagipun Naim tu pandai, semua cikgu kat sekolah puji dia awak tahu tak. Dia baik bukan macam awak pandai tapi suka sangat cari pasal dengan orang. Sebab tu tak da orang nak kawan dengan awak.” tambah Nurul lagi.

“Blah la awak ni. Pergi la kawan dengan si Aqasha  perasan bagus tu. Saya pun tak teringin sangat pun ada kawan macam awak!” ujar Azim sambil menolak kasar bahu Nurul dan berlalu pergi.

Tiba-tiba, terdengar bunyi hentakan diikuti satu jeritan kecil. Suara Nurul. Kedengaran Nurul menangis kesakitan sambil memegang dahinya. Azim segera menoleh ke belakang. Dilihatnya Nurul terduduk dengan tangan didahinya dipenuhi darah. Azim cemas. Apalah yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak sebaya Azim selain menjerit meminta tolong.

Namun tiada sesiapa pun yang melalui kawasan tersebut saat itu. Azim bertambah cemas. Darah di dahi Nurul semakin deras mengalir. Lantas Azim menbuka t-shirt putih yang dipakainya dan ditekapkan ke dahi Nurul. Hanya itu yang terlintas difikirannya saat itu. Mujurlah selepas beberapa ketika, Imam Majid muncul menyelamatkan keadaan. Diangkatnya Nurul dan dibawa ke klinik. Mujurlah.

Peristiwa itu pasti meninggalkan kesan mendalam terhadap Nurul. Semuanya salah dia. Beberapa hari selepas peristiwa itu, Azim berpindah ke sekolah asrama tanpa sempat meminta maaf terlebih dahulu. Perasaan malu yang menebal untuk berjumpa Nurul menyebabkan dia menyimpan sahaja maafnya itu. Sehinggalah saat tadi baru dia berjumpa semula dengan Nurul.

Mungkin Nurul masih marah dengan aku kot. Maafkan Azim, Nurul. Azim bertekad suatu masa nanti dia akan menemui Nurul  dan meminta maaf dengannya. Tapi mungkin bukan sekarang. Belum tiba masa yang sesuai, getus hati Azim.

Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar di dalam kocek seluarnya. Dipandangnya skrin yang tertera nama Hani. Satu keluhan berat dilepaskan seraya mengangkat panggilan tersebut.

“Hello. Awak nak apa?” Azim bersuara bosan. Kedengaran suara Hani merengek meminta maaf dan memujuk supaya Azim segera kembali ke Kuala Lumpur. Rindu kononnya.

“Nampaknya awak ni tak faham apa yang saya cakap hari tu. Awak dengar sini baik-baik. Saya dengan awak dah habis, kosong, tamat. Jadi awak jangan nak call atau mesej saya lagi. Saya dah serik dengan perempuan murah macam awak ni.” Azim berkira-kira hendak memutuskan panggilan tersebut.

Namun, kedengaran suara Hani menghalangnya dari memutuskan talian. Azim diam memasang telinga. Terbeliak mata Azim mendengar berita yang dikhabarkan oleh Hani.

“Awak tipu, Hani! Saya tak percaya! Apa yang awak merepek ni?” Azim terus memutuskan talian. Ditarik nafas sedalm-dalamnya. Hatinya mula resah.

Mengapakah Nurul melarikan diri sebaik sahaja terlihat kelibat Azam?

Apakah berita yang disampaikan Hani sehingga mengejutkan Azim?

Thursday, May 26, 2011

NOVEL : Cerita Cintaku 2

Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera...alooooo~~~

*gambar adalah hiasan semata-mata^^
ni part 2 utk certot tanpa tajuk...thankz pd yg sudi baca^^


Bahagian 2

Di dapur, kelihatan Opah sedang tekun memasak sesuatu. Dari aroma masakan, Azim dapat mengagak ikan tenggiri masak lemak cili api pasti menjadi juadah makan tengaharinya. Dahulu ketika berada di Korea, pernah juga dia mencuba resepi Opahnya itu untuk santapan bersama kawan-kawan, berkali-kali Azim mencuba, namun barangkali kerana air tangan yang berbeza, puas dicuba rasanya tetap lain juga.

“Opah, Atuk mana? Dari pagi dah menghilang?

“Atuk kamu tu, kalau tak da mengaji di masjid, biasanya di ke kebun tu. Tak pon, dia ke rumah Imam Harun. Biasa la tu, mengajar agama dekat budak-budak muda di kampung ni, sebelum zohor balik la tu,” ujar Opah sambil mematikan api di dapur.

“Azim. Ni kamu balik ni, bercuti sampai bila? Jarang-jarang kamu balik, alang-alang bermalam la lama sikit kat sini. Terubat sikit sunyi kami ni. Nak mengharap yang lain…” Opah mematikan bicaranya disitu.

Sayu pandangan Opah mengharapkan Azim mengerti maksud pandangan itu. Dan bukan susah juga untuk Azim mentafsir maksud di sebalik redup pandangan mata Opah itu. Tersembunyi seribu rahsia bercampuk aduk antara suka dan duka, tangis dan tawa sepanjang kehidupannya. Azim memahami kesunyian dan kerinduan mereka mengharungi hidup ini. Sekadar termampu, akan cuba diubati kesunyian mereka.

“Azim ambik cuti seminggu, Opah. Azim ingat nak tolong atuk kat kebun tu. Ya la, teringin jugak nak rasa kerja luar ni. Biar berpeluh siket. Kat KL tu asyik terperuk ja dalam bilik. Sakit kepala ni, Opah.” Bicara Azim bersungguh dengan kedua tangan memicit kepalanya.


“Bagus la tu. Opah terdengar jugak iklan dalam tv tu, apa? Badan sihat, otak cerdas? Ha, kerja tu kerja jugak..” ujar Opah.


Plannya memang macam tu pon Opah. Azim pon dah lama tak duduk bersembang dengan Opah, macam dulu-dulu, sambil minum kopi petang – petang, sambil makan cekodok, sambil korek kisah cinta Opah dengan Atuk, hehe. Rindu betul Azim dengan cekodok yang Opah masak. Esok – esok kalau dah kahwin, isteri Azim mesti kena pandai buat cekodok macam Opah. Hehehe…”ujar Azim seolah – olah sudah punya calon.


Senang hati Azim melihat Opahnya tersenyum. Walaupun usaha yang kecil, ini sahaja yang mampu dia lakukan untuk membahagiakan Opah dan Atuknya yang telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Nak dihitung dan dibalas jasa mereka, mungkin segunung intan pon belum tentu memadai.


“Macam-macam kamu ni Azim. Dah, jom masuk. Dah terik ni. Kejap lagi zohor la tu. Nanti Atuk balik kita makan sama-sama. Opah nak masuk dulu,” ujar Opah sambil berlalu pergi.
Azim mengangguk dan mula mengorak langkahnya ke bilik air. Selangkah dia berjalan, telefon ditangan bergetar menandakan mesej masuk.


Kemana u menghilang ni? I call pon u x angkat? U masih marahkan I lagi ke? Come on, babe. Jangan diam mcm ni je. Call me back, please! –honey-


You have 15 missed calls.


Sms itu dipandangnya sepi. Notification untuk missed calls pon dibiarkan sahaja. Ikutkan hati mahu sahaja Azim offkan telefon, rimas dia dengan sikap Hani yang suka mendesak itu. Namun risau juga kalau-kalau ada panggilan penting dari pejabat, dibiarkan telefonnya hidup. Tiada mood untuk dia melayan perempuan itu. Buat sementara waktu ini, biarlah mereka mengikut haluan masing – masing.


Dia sudah tekad walaupun berat sebenarnya untuk dia menjauhkan diri dari Hani yang dikenali semenjak menuntut di Korea lagi. Kasih dan cintanya terhadap perempuan itu pernah membuatkan dia bergaduh dengan rakan baiknya. Sayangnya kepada Hani melebihi segala-galanya. Namun perbuatan Hani tempoh hari betul – betul menyesakkan dadanya. Semenjak peristiwa itu, dia banyak berfikir. Semenjak itu juga, dia mula belajar untuk hidup dengan lebih serius.


Dia bercadang untuk menemui Imam Harun selepas selesai jemaah zohor di masjid nanti. Banyak soalan yang masih terbuku di benaknya. Dek kerana kekangan masa dan dihambat kesibukan kerja, semua persoalan itu disimpannya hingga ke hari ini. Dia perlukan jawapan kepada setiap kekusutan tersebut. Bila semuanya terungkai, barulah hatinya akan menjadi tenang.


Azim melangkah masuk ke masjid. Dilihat jemaah tidak ramai. Hanya golongan warga tua sebaya Atuk kelihatan di saf hadapan. Kemana- manalah perginya anak-anak muda yang sepatutnya mengimarahkan masjid, menjadi makmum memenuhi saf-saf di rumah Allah ini? Dia terkilan melihat suasana itu, lebih tepatnya rasa bersalah. Kerana dia juga pernah meninggalkan seruan itu. Semakin dia sedar betapa ruginya usia muda yang tidak pernah dihabiskan untuk mencari hidayah,mencari tuhannya. Usia muda yang dihabiskan dengan keseronokan dan kelalaian dunia.


Usainya azan disambut dengan doa. Azim mengusap wajah seraya mengaminkan doa tersebut.


Bila azan berkumandang, maka berdiamlah kamu..segeralah bersolat agar kamu mudah menyebut kalimah 'la ilaha illAllah' kala maut menjemputmu…


Masih terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Eliyas dalam ceramah yang diikutinya minggu lepas. Syukur pada tuhan kerana menggerakkan hatinya untuk menumpangkan Naim malam itu. Naim rakan sepejabatnya itu meminta ditumpangkan kerana keretanya rosak dan terpaksa dihantar ke bengkel. Kebetulan mereka memang tinggal di taman yang sama. Azim memang kenal dengan Naim tapi sekadar mengenali nama dan wajah sahaja. Tidak pernah dia berbual dengan Naim. Cuma sering terdengar rakan sepejabat memuji kebaikan Naim.


Takda salahnya pon tumpangkan dia, hari ni dia susah aku tolong, besok-besok mana tau hari aku pulak…monolog Azim sendirian.


Sedang dia memandu, Azim berkata-kata dalam hatinya. Sesekali dia mencuri pandang Naim disebelahnya. Puas dia berfikir bagaimana nak memulakan bicara.


Baik sangat ke Naim ni? Sampaikan Mak Cik Limah tukang cuci tu pon asyik puji si Naim ni. Nampak biasa je. Yelah, dari segi luaran memang nampak la si Naim ni bukan jenis playboy macam aku. Nampak skema je. Boring pon ada. Bahasa apa aku nak guna ni? Blabla…


Tiba-tiba Naim bersuara.


“Kalau tak keberatan, boleh Azim berhenti kejap kat masjid depan tu. Lagipun dah azan ni. Takut tak sempat pulak kalau balik terus. Selalu jammedkan jalan waktu-waktu camni.”


Azim yang sedang mengata Naim dalam hatinya sedikit terperanjat bila Naim tiba-tiba bersuara.


Bila pulak azan? tak dengar pon. Hurmm…yelah ak asyik mengelamun pasal si Naim ni, mana nak dengar…


Tanpa sempat mulutnya menjawab, tangannya terlebih dahulu memulas stereng membelok masuk ke kawasan masjid. Dia pun hairan bagaimana dia boleh hanya menurut sahaja. Lagipun dia tiada sebab untuk menolak permintaan Naim itu.


“Tak nak join skali ke?” ajak Naim.


“Tak pe lah. Awak pergi dulu. Sempat lagi kalau saya buat kat rumah ni. Badan saya rasa tak berasa sihat la,” Azim cuba memberi alasan.


“Betul ni? kalau macam tu, saya pergi dulu.” Naim terus mengorak langkah menuju ke masjid.


Dari dalam kereta, Azim melihat beberapa orang berjalan menuju ke masjid. Dalam kelompok manusia itu, Azim seolah-olah terpandang seseorang yang dikenalinya.


Tak mungkinlah dia. Dia?? pergi masjid?? kiamat la jawabnya. Solat pon tak pernah. Orang lain tu. Pelanduk dua serupa kot.


Azim cuba meyakinkan dirinya kelibat yang dia nampak tadi tu bukanlah seseorang yang sedang bermain di fikirannya saat itu. Disandarkan kembali kepalanya di kusyen kereta. Sedang azan Maghrib sayup berkumandang dari masjid, Azim mematikan radio dan hanya menunggu dalam keretanya. Entah kenapa dia berasa terpanggil untuk mendengar seruan itu, walaupun itu bukanlah kali pertama didengarinya. Suara azan itu sungguh syahdu, begitu membuaikan sehingga membuatkan Azim terlelap.


Berat untuk menolak ajakan Naim, dia pun mengikut Naim masuk ke dalam masjid. Ringan sahaja langkah kakinya menuruti Naim. Itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke masjid setelah sekian lama dan ternyata perasaan yang lahir ketika itu sangatlah berbeza. Seolah-olah ditiupkan suatu ketenangan ke dalam jiwanya. Terlalu damai sehingga sukar untuk ditafsirkan melalui kata-kata.


Di hadapan kelihatan seorang ustaz sedang duduk dikelilingi oleh beberapa orang lelaki. Semuanya berpakaian serba putih. Sungguh bersih dan suci, tenang sesiapa sahaja yang melihatnya. Azim berasa terpanggil untuk duduk bersama mereka. Kelibat Naim langsung tidak kelihatan. Dia terus duduk di sebelah seorang pak cik tua, betul-betul bertentangan dengan ustaz yang berceramah dihadapan.


“Anak ni orang baru kat sini ka? Tak pernah pak cik nampak sebelum ni.” sapa pak cik tua itu.


Azim hanya mengangguk sambil tersenyum. Kemudian fokusnya cuba dialihkan kepada ustaz di hadapan.


Bila azan berkumandang, maka berdiamlah kamu..segeralah bersolat agar kamu mudah menyebut kalimah 'la ilaha illAllah' kala maut menjemputmu. Ingatlah bahawa solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, samalah seperti dia meruntuhkan agamanya. Maut itu datang tidak terawal tidak juga terlewat walaupun sesaat. Tunaikanlah solat wahai saudaraku Azim!


Pandangan mata ustaz itu tepat kearahnya. Tidak tersasar walau seinci. Redup mata ustaz itu langsung tidak menggerunkan Azim bahkan menyebabkan dia sebak. Menyedari kewajipannya untuk menunaikan hak Allah yang selama ini sengaja ditinggalnya. Azim menangis teresak-esak. Sendu tangisnya kedengaran seperti anak kecil. Air mata lelakinya tumpah jua.


“Azim! Azim! Bangun! Kenapa awak teresak-esak ni?”


Azim terkejut lalu bingkas bangun. Dilihat wajahnya basah dengan air mata. Bingkas disapunya air mata yang bersisa. Malu dia apabila menyedari Naim masih memerhatinya dengan wajah risau.


“teruk sangat ke sakit awak? Kena pergi klinik ni. Esok awak ambik cuti la. Nanti saya bagitau bos awak. Biar saya pandu,” ujar Naim lalu keluar dari tempat duduknya dan berjalan kearah tempat duduk pemandu.


Azim masih keliru dengan apa yang dialaminya sebentar tadi. Masih terbayang-bayang redup pandangan ustaz dalam mimpinya tadi. Fikirannya terlalu serabut. Dia menyerahkan kepada Naim untuk memandu. Dia cuma mahu tidur dan lupakan semuanya.


Milik siapakah kelibat yang dilihat Azim semasa menunggu di dalam kereta?


Siapakah Naim sebenarnya?


Rabu, 3.33am


*feel free to drop your comment
*any idea utk memenarikkan lagi cerita ni??

Friday, May 6, 2011

NOVEL : Cerita Cintaku...


Bismillah..n salam sejahtera mcm besa...

entry ari ni ialah certot (cerita kontot) tp ala2 cerpen la cuma x layak smpai tahap tu g..
cerita ini ak karang masa kelas kimia, kantoi x fokus...
p kalau ak fokus, kompom ak masuk mimpi terus, nak jaga hati cikgu gak nie...
ni lah hasilnya~~


Bahagian 1





ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami
kerana kau isteri
ku ingin kau mengerti
bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan kerana kau isteriku….

Lagu yang berkumandang dicorong radio itu begitu mendalam dan tersirat liriknya. Harapan yang menggunung dari seorang insan bernama suami kepada pendamping hidupnya. Azim juga begitu. Di setiap penghujung doanya, pasti dititipkan agar suri hidupnya kelak merupakan wanita yang benar-benar mampu membimbingnya ke syurga. Bukan dia sahaja, malahan semua lelaki di dunia ini berhajatkan wanita solehah seperti itu, fikirnya.


Usai solat dhuha, Azim menapak ke jendela biliknya. Terasa segar sekali.Benarlah yang dhuha itu bukan sekadar pembuka pintu rezeki malahan membekalkan tenaga untuk memulakan hari yang baru. Dipicit – picit tengkuknya yang kepenatan. Digerakkan kepala kekiri dan kekanan sambil meregangkan otot badan. Sinar terik mentari menyuluh wajahnya. 


Didongakkan sedikit kepalanya dan dibiarkan sahaja mukanya terkena sinaran itu. Seingat apa yang dibacanya dalam sebuah blog, vitamin E dari sinar matahari sangat banyak khasiatnya. Antaranya boleh melambatkan penuaan kulit dan melindungi sel – sel kulit. Jadi, tiada salahnya membiarkan kulitnya terdedah dengan sinaran itu, fikirnya.


Selepas solat subuh tadi, dia keluar ber’jogging’ bagi memulihkan kembali staminanya setelah penat memandu semalam. Peluh yang merembes keluar dari tubuhnya memberikan kesegaran yang tidak terkata. Ternyata apa yang selalu dilakukan saban pagi sewaktu belajar di Korea dulu masih mampu dipraktikkan sekembalinya ke tanah air. Teringat saat dia berbual dengan seorang pak cik tua yang turut ber’jogging’ di sebuah taman. Matahari baru sahaja menjengah, namun rata – rata rakyat negeri sonata ini telah sibuk bersiap untuk memulakan hari masing - masing.


“Pak cik nak hidup lama, jadi kena bersenam. Baru badan kuat. Kerja pon pantas, " ujar seorang pak cik tua yang umurnya hampir mencecah 70 tahun. Terbongkok - bongkok berjalan namun masih cergas langkahnya.


Bumi sonata ni memang terkenal dengan sikapnya yang 빨리빨리(palli-palli) atau dalam bahasa lainnya, cepat – cepat. Jarang dapat dilihat situasi berlengah-lengah dan membuang masa di kalangan mereka. Kalaupon ada, boleh dikira jumlahnya dengan jari. Teringat kepada butir perbualan Azim dengan pak cik tua itu, Azim berasa sungguh terkesan mendengar prinsip hidup pak cik tersebut. Sangat terkesan hingga memberi suntikan semangat baru kepada Azim.


Kalau pak cik tua itu boleh menjaga kesihatannya untuk hidup lama, seharusnya seorang aku seorang muslim juga berikhtiar untuk hidup lama. Banyak tanggungjawab seorang muslim ini sebenarnya. Bukan setakat solat lima waktu, puasa dan pergi haji sahaja. Azim terus bermonolog dalam hati.


Bagaimana dengan tugas memajukan ekonomi Islam, memantapkan politik Islam dan mengukuhkan ikatan masyarakat Islam sekiranya umat Islam sendiri mengabaikan kesihatan. Kalau bukan kita, nak diserahkan kepada siapa tugas ini? Dalam hati, Azim kagum dengan insan-insan ini. Walaupun mereka tidak dikurniakan nikmat Iman, tetapi nikmat Islam itu telah mereka rasai melalui gaya hidup mereka. Itulah sebenarnya yang diajarkan oleh junjungan besar kepada kita. Sejak itu, Azim bertekad untuk mengubah gaya hidupnya dan turut berusaha mengajak orang yang terdekat dengannya untuk turut sama berubah.


Pagi yang dingin itu dinikmati sepenuhnya sambil ditemani secawan kopi ‘o’ panas. Kopi hasil air tangan Opah tidak pernah ada tandingannya walaupun dibandingkan dengan kopi berjenama seperti Setabak kegilaan masyarakat dunia sekarang.


Dia pun bingung juga sebenarnya. Bingung dengan dirinya dan juga masyarakat dunia. Bagaimana seorang muslim sanggup menyokong tindakan kejam zionis membunuh saudara sendiri di Palestin semata – mata untuk memuaskan nafsu mendapatkan secawan kopi. Dahulunya dia juga jahil, sebelah mata pon tidak dipandang warung kopi tepi jalan. Apatah lagi produk alternatif yang dikeluarkan oleh syarikat muslim. Pilihannya lebih kepada barang – barang berjenama yang terang lagi bersuluh menyumbang kearah kekejaman itu. Rezeki melimpah ruah yang diterima dibazirkan begitu sahaja, memenuhi tuntutan kehendak bukannya keperluan. Dia benar – benar menyesal dengan masa lalunya.


Sedang asyik dia merenung keindahan Sang Pencipta, dia dikejutkan dengan panggilan telefon dari seseorang yang sangat dikenalinya suatu ketika dulu. Namun panggilan itu diabaikan, dibiarkan terus berdering tanpa sahutan….sememangnya dia perlukan masa...


Siapakah sebenarnya yang menghubungi Azim?


Adakan seseorang yang berkaitan dengan kisah lampau Azim?


Nantikan sanbungannya.....


#terima kasih kerana sudi membaca. Akan disambung dalam masa terdekat, tu pon kalau ak mengantuk dlm kelas lagi...hehe
# jgn lupa komen n sumbangkan idea utk bestkan lagi cerita nie^^


sekian...
Related Posts with Thumbnails