Wednesday, June 8, 2011

NOVEL : Cerita Cintaku 3

Bismillah..
Alhamdulillah..sempat juga siap sambungan sebelum balik ke Malaysia..


Bahagian 3

“Azim! Azim! Pak cik nak mintak tolong sikit ni. Boleh? kata Pak Said dengan wajah bersih tersenyum tenang.

“Ada apa Pak Said? Nak saya tolong apa?” Azim terus bangun dari duduknya.

“Nih, pak cik nak mintak kamu tolong imamkan solat zuhur. Nak juga merasa aura imam muda. Kebetulan Imam Majid tak sihat hari ini. Boleh ke? ” ujar Pak Said, bilal masjid yang baru sahaja selesai melaungkan azan.

“Err…saayaaa….ermmm…saayaaa sebenarnya…” Azim jadi gelabah dengan permintaan itu. Masakan tidak, kali terakhir dia mengimamkan solat adalah semasa darjah 6. Itu pun kerana disuruh ustaznya semasa menghadiri kelas KAFA. Ketika di Korea dulu pun, acap kali dia menolak dengan memberikan macam-macam alasan.

“Saya…..”Azim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Puas difikir cara terbaik untuk menolak permintaan tersebut. Cara yang paling selamat dan yang paling penting tidak menampakkan kejahilannya dalam perkara tersebut.

Hurmmm….. Puas difikir namun otaknya yang selalu sahaja cepat memberi alasan itu seolah-olah dibius dan tidak berfungsi saat itu. Dia kebingungan. Dalam hati Azim bermonolog.

Alamak! Macam mana ni? Time camni la pulak Imam Majid sakit. Aduh, parah ni. Apa aku nak buat ni? Parah…

Azim merasa cemas. Peluh sedikit memercik di dahi. Tangannya juga sedikit menggeletar menggambarkan perasaannya ketika itu. Namun selepas beberapa ketika, Azim tersenyum nipis. Idea untuk mengelat dari menjadi imam muncul di kepalanya.

“Pak Said, saa….” Baru Azim hendak memulakan bicara, tiba-tiba Pak Said memotong percakapannya.

“Eh, Imam! Kata tak sihat?”  tegur Pak Said memandang ke arah pintu masjid. Azim pun segera berpaling ke arah yang sama.

Dilihatnya Imam Majid berjalan masuk ke dalam masjid. Wajahnya kelihatan sedikit pucat.

“Imam, boleh ka ni?” Tanya Pak Said bernada bimbang.

“Aku ni dah tua, Said. Sakit-sakit ni dah biasa. Kalau dilayan makin menjadi pulak nanti. Lagipun, umur aku ni rumah kata pergi kubur kata mari, Said. Rugi kalau aku tak guna betul-betul masa yang bersisa ni. Sementara Allah masih bagi peluang.” kata Imam Majid sambil menepuk bahu Pak Said. Ditenung juga Azim dengan pandangan yang redup. Seolah-olah berpesan agar tidakmensia-siakan setiap peluang yang diberi. Kata-kata itu benar-benar meruntun kalbu dan penuh maksud tersirat bagi Azim. Seolah-olah….

Dia masih teringat khutbah jumaat minggu lepas yang disampaikan oleh Imam Majid walaupun hanya sempat didengari separuh sahaja. Betapa ditekankan bahawa mati itu, tidak mengira muda atau tua. Dipesannya agar anak-anak muda yang berada dihadapannya sentiasa mencontohi para Sahabat, menjadi pemuda yang sehebat Saidina Ali dan segagah Saidina Umar, memiliki  pekerti semulia Saidina Uthman dan berjiwa besar serta pemurah seperti Saidina Abu Bakar. Biarpun kebanyakan anak-anak muda saf-saf hadapan semua sudah masuk ke alam mimpi, tersengguk-sengguk bagai nak menyembah lantai, Azim yang berada di bahagian belakang tetap mencuba untuk fokus dan mendengar setiap patah kata Imam Majid dengan teliti.

"Kedua-dua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri dihadapan tuhannya tanpa berganjak sedikit pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu tentang umur, bagaimana ia habiskan,tentang masa muda kearah mana ia pergunakan,tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dihabiskan dan tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya"(Riwayat At-Tarmizi)

Azim berasa terpukul apabila matanya terpandang poster hadis tersebut ketika hendak berlalu ke tandas selepas solat tadi. Dia teringat tadi baru sahaja dia mensia-siakan peluang yang Allah berikan kepadanya untuk menggunakan usia mudanya sebaik mungkin. Bukan dia tak tahu betapa besarnya ganjaran mengimami solat namun disebabkan tiada keberanian dan sikapnya yang suka  mencari seribu alasan itu menyebabkan dia melepaskan peluang itu berlalu begitu sahaja.

Sedang Azim duduk bersandar di tiang masjid, dia terlihat kelibat Imam Majid yang sedang bangkit dari duduknya perlahan-lahan dan berjalan menuju ke rak Al-Quran dibahagian depan masjid. Diperhati tubuh kecil Imam Majid dari jauh, entah kenapa Azim mula berasa sebak. Mengenangkan yang suatu hari nanti dia juga akan melalui usia itu, itupun kalau dipanjangkan umurnya.

Azim masih ingat raut wajah Imam Majid ketika beliau masih muda. Penduduk kampung semua mengaguminya. Masakan tidak, dalam usia beliau semuda Azim sudah menjadi imam besar di masjid. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jin dan makhluk halus juga mampu dirawatinya. Berbeza benar dengan diri Azim, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa jahat dan jahilnya diri.

Imam Majid menjadi orang penting dalam hidup Azim. Imamlah yang menjadi tempat Azim merungkaikan kekusutan hidupnya. Nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan dengan penuh kasih sayang akhirnya berjaya mencairkan hati keras Azim. Lama Azim termenung hingga dia terlupa yang dia ada banyak soalan untuk dibincangkan bersama Imam Majid. Azim tersentak apabila tiba-tiba angin kuat bertiup dan pintu terhempas dengan kuat. Segera Azim bangun mencari Imam Majid namun tiada siapa pun yang dilihatnya di dalam masjid ketika itu.

Mungkin lain kali. Tak ada rezeki nak jumpa Imam hari ini. Bisik Azim kepada hati kecilnya.

Azim menapak ke luar masjid. Sedang dia berkira-kira hendak menutup pintu pagar masjid, dilihatnya seorang gadis memakai tudung litup berjalan melintasi perkarangan masjid. Azim kenal benar dengan gadis itu.

“Nurul! Nurul! Tunggu kejap!” Azim memanggil dengan sekuat hatinya.

Namun gadis tersebut langsung tidak berpaling malah mempercepatkan lagi langkahnya.

Azim bingung. Tidak mungkin dia salah orang sebab dia kenal benar dengan gadis tersebut. Semasa kecil mereka tidak pernah berpisah. Kemana pun mesti berdua. Tapi hubungan mereka semakin renggang bila Azim menerima tawaran ke sekolah berasrama.

“Nuruuuul!!!” sekuat hati dijerit nama gadis tersebut. Kali ini, bayangan gadis tersebut terus hilang dari pandangannya. Baru sahaja tadi dia nampak Nurul menyeberangi titi di depan sana.
Azim bingung dengan situasi itu. Kenapa Nurul melarikan diri darinya?

Takkan Nurul takut dengan aku pulak ? Malu? Takkan pulak… Apa kes? Hairan bin pelik ni..tak pa..nanti aku akan selongkar..

Azim berjalan perlahan menyeberangi titi kecil itu. Dibawahnya mengalir sebatang sungai. Dia Teringat disitulah tempat dia dan Nurul bermain ketika kecil dulu. Langkahnya terhenti disitu. Masih terpahat di kotak ingatannya segaris parut di kening Nurul akibat perbuatannya. Risau betul dia ketika itu. Mujurlah ada orang kampung disekitar situ ketika dia menjerit meminta tolong.

“Saya tak suka lah awak kawan dengan budak Aqasha tu. Saya benci la tengok dia. Berlagak bagus ja depan orang.” Azim meluahkan marahnya kepada Nurul.

“Suka hati saya la nak berkawan dengan sapa pun. Awak ni kenapa nak marah-marah saya?”luah Nurul tidak puas hati.

“Lagipun Naim tu pandai, semua cikgu kat sekolah puji dia awak tahu tak. Dia baik bukan macam awak pandai tapi suka sangat cari pasal dengan orang. Sebab tu tak da orang nak kawan dengan awak.” tambah Nurul lagi.

“Blah la awak ni. Pergi la kawan dengan si Aqasha  perasan bagus tu. Saya pun tak teringin sangat pun ada kawan macam awak!” ujar Azim sambil menolak kasar bahu Nurul dan berlalu pergi.

Tiba-tiba, terdengar bunyi hentakan diikuti satu jeritan kecil. Suara Nurul. Kedengaran Nurul menangis kesakitan sambil memegang dahinya. Azim segera menoleh ke belakang. Dilihatnya Nurul terduduk dengan tangan didahinya dipenuhi darah. Azim cemas. Apalah yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak sebaya Azim selain menjerit meminta tolong.

Namun tiada sesiapa pun yang melalui kawasan tersebut saat itu. Azim bertambah cemas. Darah di dahi Nurul semakin deras mengalir. Lantas Azim menbuka t-shirt putih yang dipakainya dan ditekapkan ke dahi Nurul. Hanya itu yang terlintas difikirannya saat itu. Mujurlah selepas beberapa ketika, Imam Majid muncul menyelamatkan keadaan. Diangkatnya Nurul dan dibawa ke klinik. Mujurlah.

Peristiwa itu pasti meninggalkan kesan mendalam terhadap Nurul. Semuanya salah dia. Beberapa hari selepas peristiwa itu, Azim berpindah ke sekolah asrama tanpa sempat meminta maaf terlebih dahulu. Perasaan malu yang menebal untuk berjumpa Nurul menyebabkan dia menyimpan sahaja maafnya itu. Sehinggalah saat tadi baru dia berjumpa semula dengan Nurul.

Mungkin Nurul masih marah dengan aku kot. Maafkan Azim, Nurul. Azim bertekad suatu masa nanti dia akan menemui Nurul  dan meminta maaf dengannya. Tapi mungkin bukan sekarang. Belum tiba masa yang sesuai, getus hati Azim.

Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar di dalam kocek seluarnya. Dipandangnya skrin yang tertera nama Hani. Satu keluhan berat dilepaskan seraya mengangkat panggilan tersebut.

“Hello. Awak nak apa?” Azim bersuara bosan. Kedengaran suara Hani merengek meminta maaf dan memujuk supaya Azim segera kembali ke Kuala Lumpur. Rindu kononnya.

“Nampaknya awak ni tak faham apa yang saya cakap hari tu. Awak dengar sini baik-baik. Saya dengan awak dah habis, kosong, tamat. Jadi awak jangan nak call atau mesej saya lagi. Saya dah serik dengan perempuan murah macam awak ni.” Azim berkira-kira hendak memutuskan panggilan tersebut.

Namun, kedengaran suara Hani menghalangnya dari memutuskan talian. Azim diam memasang telinga. Terbeliak mata Azim mendengar berita yang dikhabarkan oleh Hani.

“Awak tipu, Hani! Saya tak percaya! Apa yang awak merepek ni?” Azim terus memutuskan talian. Ditarik nafas sedalm-dalamnya. Hatinya mula resah.

Mengapakah Nurul melarikan diri sebaik sahaja terlihat kelibat Azam?

Apakah berita yang disampaikan Hani sehingga mengejutkan Azim?

Thursday, May 26, 2011

NOVEL : Cerita Cintaku 2

Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera...alooooo~~~

*gambar adalah hiasan semata-mata^^
ni part 2 utk certot tanpa tajuk...thankz pd yg sudi baca^^


Bahagian 2

Di dapur, kelihatan Opah sedang tekun memasak sesuatu. Dari aroma masakan, Azim dapat mengagak ikan tenggiri masak lemak cili api pasti menjadi juadah makan tengaharinya. Dahulu ketika berada di Korea, pernah juga dia mencuba resepi Opahnya itu untuk santapan bersama kawan-kawan, berkali-kali Azim mencuba, namun barangkali kerana air tangan yang berbeza, puas dicuba rasanya tetap lain juga.

“Opah, Atuk mana? Dari pagi dah menghilang?

“Atuk kamu tu, kalau tak da mengaji di masjid, biasanya di ke kebun tu. Tak pon, dia ke rumah Imam Harun. Biasa la tu, mengajar agama dekat budak-budak muda di kampung ni, sebelum zohor balik la tu,” ujar Opah sambil mematikan api di dapur.

“Azim. Ni kamu balik ni, bercuti sampai bila? Jarang-jarang kamu balik, alang-alang bermalam la lama sikit kat sini. Terubat sikit sunyi kami ni. Nak mengharap yang lain…” Opah mematikan bicaranya disitu.

Sayu pandangan Opah mengharapkan Azim mengerti maksud pandangan itu. Dan bukan susah juga untuk Azim mentafsir maksud di sebalik redup pandangan mata Opah itu. Tersembunyi seribu rahsia bercampuk aduk antara suka dan duka, tangis dan tawa sepanjang kehidupannya. Azim memahami kesunyian dan kerinduan mereka mengharungi hidup ini. Sekadar termampu, akan cuba diubati kesunyian mereka.

“Azim ambik cuti seminggu, Opah. Azim ingat nak tolong atuk kat kebun tu. Ya la, teringin jugak nak rasa kerja luar ni. Biar berpeluh siket. Kat KL tu asyik terperuk ja dalam bilik. Sakit kepala ni, Opah.” Bicara Azim bersungguh dengan kedua tangan memicit kepalanya.


“Bagus la tu. Opah terdengar jugak iklan dalam tv tu, apa? Badan sihat, otak cerdas? Ha, kerja tu kerja jugak..” ujar Opah.


Plannya memang macam tu pon Opah. Azim pon dah lama tak duduk bersembang dengan Opah, macam dulu-dulu, sambil minum kopi petang – petang, sambil makan cekodok, sambil korek kisah cinta Opah dengan Atuk, hehe. Rindu betul Azim dengan cekodok yang Opah masak. Esok – esok kalau dah kahwin, isteri Azim mesti kena pandai buat cekodok macam Opah. Hehehe…”ujar Azim seolah – olah sudah punya calon.


Senang hati Azim melihat Opahnya tersenyum. Walaupun usaha yang kecil, ini sahaja yang mampu dia lakukan untuk membahagiakan Opah dan Atuknya yang telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Nak dihitung dan dibalas jasa mereka, mungkin segunung intan pon belum tentu memadai.


“Macam-macam kamu ni Azim. Dah, jom masuk. Dah terik ni. Kejap lagi zohor la tu. Nanti Atuk balik kita makan sama-sama. Opah nak masuk dulu,” ujar Opah sambil berlalu pergi.
Azim mengangguk dan mula mengorak langkahnya ke bilik air. Selangkah dia berjalan, telefon ditangan bergetar menandakan mesej masuk.


Kemana u menghilang ni? I call pon u x angkat? U masih marahkan I lagi ke? Come on, babe. Jangan diam mcm ni je. Call me back, please! –honey-


You have 15 missed calls.


Sms itu dipandangnya sepi. Notification untuk missed calls pon dibiarkan sahaja. Ikutkan hati mahu sahaja Azim offkan telefon, rimas dia dengan sikap Hani yang suka mendesak itu. Namun risau juga kalau-kalau ada panggilan penting dari pejabat, dibiarkan telefonnya hidup. Tiada mood untuk dia melayan perempuan itu. Buat sementara waktu ini, biarlah mereka mengikut haluan masing – masing.


Dia sudah tekad walaupun berat sebenarnya untuk dia menjauhkan diri dari Hani yang dikenali semenjak menuntut di Korea lagi. Kasih dan cintanya terhadap perempuan itu pernah membuatkan dia bergaduh dengan rakan baiknya. Sayangnya kepada Hani melebihi segala-galanya. Namun perbuatan Hani tempoh hari betul – betul menyesakkan dadanya. Semenjak peristiwa itu, dia banyak berfikir. Semenjak itu juga, dia mula belajar untuk hidup dengan lebih serius.


Dia bercadang untuk menemui Imam Harun selepas selesai jemaah zohor di masjid nanti. Banyak soalan yang masih terbuku di benaknya. Dek kerana kekangan masa dan dihambat kesibukan kerja, semua persoalan itu disimpannya hingga ke hari ini. Dia perlukan jawapan kepada setiap kekusutan tersebut. Bila semuanya terungkai, barulah hatinya akan menjadi tenang.


Azim melangkah masuk ke masjid. Dilihat jemaah tidak ramai. Hanya golongan warga tua sebaya Atuk kelihatan di saf hadapan. Kemana- manalah perginya anak-anak muda yang sepatutnya mengimarahkan masjid, menjadi makmum memenuhi saf-saf di rumah Allah ini? Dia terkilan melihat suasana itu, lebih tepatnya rasa bersalah. Kerana dia juga pernah meninggalkan seruan itu. Semakin dia sedar betapa ruginya usia muda yang tidak pernah dihabiskan untuk mencari hidayah,mencari tuhannya. Usia muda yang dihabiskan dengan keseronokan dan kelalaian dunia.


Usainya azan disambut dengan doa. Azim mengusap wajah seraya mengaminkan doa tersebut.


Bila azan berkumandang, maka berdiamlah kamu..segeralah bersolat agar kamu mudah menyebut kalimah 'la ilaha illAllah' kala maut menjemputmu…


Masih terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Eliyas dalam ceramah yang diikutinya minggu lepas. Syukur pada tuhan kerana menggerakkan hatinya untuk menumpangkan Naim malam itu. Naim rakan sepejabatnya itu meminta ditumpangkan kerana keretanya rosak dan terpaksa dihantar ke bengkel. Kebetulan mereka memang tinggal di taman yang sama. Azim memang kenal dengan Naim tapi sekadar mengenali nama dan wajah sahaja. Tidak pernah dia berbual dengan Naim. Cuma sering terdengar rakan sepejabat memuji kebaikan Naim.


Takda salahnya pon tumpangkan dia, hari ni dia susah aku tolong, besok-besok mana tau hari aku pulak…monolog Azim sendirian.


Sedang dia memandu, Azim berkata-kata dalam hatinya. Sesekali dia mencuri pandang Naim disebelahnya. Puas dia berfikir bagaimana nak memulakan bicara.


Baik sangat ke Naim ni? Sampaikan Mak Cik Limah tukang cuci tu pon asyik puji si Naim ni. Nampak biasa je. Yelah, dari segi luaran memang nampak la si Naim ni bukan jenis playboy macam aku. Nampak skema je. Boring pon ada. Bahasa apa aku nak guna ni? Blabla…


Tiba-tiba Naim bersuara.


“Kalau tak keberatan, boleh Azim berhenti kejap kat masjid depan tu. Lagipun dah azan ni. Takut tak sempat pulak kalau balik terus. Selalu jammedkan jalan waktu-waktu camni.”


Azim yang sedang mengata Naim dalam hatinya sedikit terperanjat bila Naim tiba-tiba bersuara.


Bila pulak azan? tak dengar pon. Hurmm…yelah ak asyik mengelamun pasal si Naim ni, mana nak dengar…


Tanpa sempat mulutnya menjawab, tangannya terlebih dahulu memulas stereng membelok masuk ke kawasan masjid. Dia pun hairan bagaimana dia boleh hanya menurut sahaja. Lagipun dia tiada sebab untuk menolak permintaan Naim itu.


“Tak nak join skali ke?” ajak Naim.


“Tak pe lah. Awak pergi dulu. Sempat lagi kalau saya buat kat rumah ni. Badan saya rasa tak berasa sihat la,” Azim cuba memberi alasan.


“Betul ni? kalau macam tu, saya pergi dulu.” Naim terus mengorak langkah menuju ke masjid.


Dari dalam kereta, Azim melihat beberapa orang berjalan menuju ke masjid. Dalam kelompok manusia itu, Azim seolah-olah terpandang seseorang yang dikenalinya.


Tak mungkinlah dia. Dia?? pergi masjid?? kiamat la jawabnya. Solat pon tak pernah. Orang lain tu. Pelanduk dua serupa kot.


Azim cuba meyakinkan dirinya kelibat yang dia nampak tadi tu bukanlah seseorang yang sedang bermain di fikirannya saat itu. Disandarkan kembali kepalanya di kusyen kereta. Sedang azan Maghrib sayup berkumandang dari masjid, Azim mematikan radio dan hanya menunggu dalam keretanya. Entah kenapa dia berasa terpanggil untuk mendengar seruan itu, walaupun itu bukanlah kali pertama didengarinya. Suara azan itu sungguh syahdu, begitu membuaikan sehingga membuatkan Azim terlelap.


Berat untuk menolak ajakan Naim, dia pun mengikut Naim masuk ke dalam masjid. Ringan sahaja langkah kakinya menuruti Naim. Itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke masjid setelah sekian lama dan ternyata perasaan yang lahir ketika itu sangatlah berbeza. Seolah-olah ditiupkan suatu ketenangan ke dalam jiwanya. Terlalu damai sehingga sukar untuk ditafsirkan melalui kata-kata.


Di hadapan kelihatan seorang ustaz sedang duduk dikelilingi oleh beberapa orang lelaki. Semuanya berpakaian serba putih. Sungguh bersih dan suci, tenang sesiapa sahaja yang melihatnya. Azim berasa terpanggil untuk duduk bersama mereka. Kelibat Naim langsung tidak kelihatan. Dia terus duduk di sebelah seorang pak cik tua, betul-betul bertentangan dengan ustaz yang berceramah dihadapan.


“Anak ni orang baru kat sini ka? Tak pernah pak cik nampak sebelum ni.” sapa pak cik tua itu.


Azim hanya mengangguk sambil tersenyum. Kemudian fokusnya cuba dialihkan kepada ustaz di hadapan.


Bila azan berkumandang, maka berdiamlah kamu..segeralah bersolat agar kamu mudah menyebut kalimah 'la ilaha illAllah' kala maut menjemputmu. Ingatlah bahawa solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, samalah seperti dia meruntuhkan agamanya. Maut itu datang tidak terawal tidak juga terlewat walaupun sesaat. Tunaikanlah solat wahai saudaraku Azim!


Pandangan mata ustaz itu tepat kearahnya. Tidak tersasar walau seinci. Redup mata ustaz itu langsung tidak menggerunkan Azim bahkan menyebabkan dia sebak. Menyedari kewajipannya untuk menunaikan hak Allah yang selama ini sengaja ditinggalnya. Azim menangis teresak-esak. Sendu tangisnya kedengaran seperti anak kecil. Air mata lelakinya tumpah jua.


“Azim! Azim! Bangun! Kenapa awak teresak-esak ni?”


Azim terkejut lalu bingkas bangun. Dilihat wajahnya basah dengan air mata. Bingkas disapunya air mata yang bersisa. Malu dia apabila menyedari Naim masih memerhatinya dengan wajah risau.


“teruk sangat ke sakit awak? Kena pergi klinik ni. Esok awak ambik cuti la. Nanti saya bagitau bos awak. Biar saya pandu,” ujar Naim lalu keluar dari tempat duduknya dan berjalan kearah tempat duduk pemandu.


Azim masih keliru dengan apa yang dialaminya sebentar tadi. Masih terbayang-bayang redup pandangan ustaz dalam mimpinya tadi. Fikirannya terlalu serabut. Dia menyerahkan kepada Naim untuk memandu. Dia cuma mahu tidur dan lupakan semuanya.


Milik siapakah kelibat yang dilihat Azim semasa menunggu di dalam kereta?


Siapakah Naim sebenarnya?


Rabu, 3.33am


*feel free to drop your comment
*any idea utk memenarikkan lagi cerita ni??

Friday, May 6, 2011

NOVEL : Cerita Cintaku...


Bismillah..n salam sejahtera mcm besa...

entry ari ni ialah certot (cerita kontot) tp ala2 cerpen la cuma x layak smpai tahap tu g..
cerita ini ak karang masa kelas kimia, kantoi x fokus...
p kalau ak fokus, kompom ak masuk mimpi terus, nak jaga hati cikgu gak nie...
ni lah hasilnya~~


Bahagian 1





ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami
kerana kau isteri
ku ingin kau mengerti
bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan kerana kau isteriku….

Lagu yang berkumandang dicorong radio itu begitu mendalam dan tersirat liriknya. Harapan yang menggunung dari seorang insan bernama suami kepada pendamping hidupnya. Azim juga begitu. Di setiap penghujung doanya, pasti dititipkan agar suri hidupnya kelak merupakan wanita yang benar-benar mampu membimbingnya ke syurga. Bukan dia sahaja, malahan semua lelaki di dunia ini berhajatkan wanita solehah seperti itu, fikirnya.


Usai solat dhuha, Azim menapak ke jendela biliknya. Terasa segar sekali.Benarlah yang dhuha itu bukan sekadar pembuka pintu rezeki malahan membekalkan tenaga untuk memulakan hari yang baru. Dipicit – picit tengkuknya yang kepenatan. Digerakkan kepala kekiri dan kekanan sambil meregangkan otot badan. Sinar terik mentari menyuluh wajahnya. 


Didongakkan sedikit kepalanya dan dibiarkan sahaja mukanya terkena sinaran itu. Seingat apa yang dibacanya dalam sebuah blog, vitamin E dari sinar matahari sangat banyak khasiatnya. Antaranya boleh melambatkan penuaan kulit dan melindungi sel – sel kulit. Jadi, tiada salahnya membiarkan kulitnya terdedah dengan sinaran itu, fikirnya.


Selepas solat subuh tadi, dia keluar ber’jogging’ bagi memulihkan kembali staminanya setelah penat memandu semalam. Peluh yang merembes keluar dari tubuhnya memberikan kesegaran yang tidak terkata. Ternyata apa yang selalu dilakukan saban pagi sewaktu belajar di Korea dulu masih mampu dipraktikkan sekembalinya ke tanah air. Teringat saat dia berbual dengan seorang pak cik tua yang turut ber’jogging’ di sebuah taman. Matahari baru sahaja menjengah, namun rata – rata rakyat negeri sonata ini telah sibuk bersiap untuk memulakan hari masing - masing.


“Pak cik nak hidup lama, jadi kena bersenam. Baru badan kuat. Kerja pon pantas, " ujar seorang pak cik tua yang umurnya hampir mencecah 70 tahun. Terbongkok - bongkok berjalan namun masih cergas langkahnya.


Bumi sonata ni memang terkenal dengan sikapnya yang 빨리빨리(palli-palli) atau dalam bahasa lainnya, cepat – cepat. Jarang dapat dilihat situasi berlengah-lengah dan membuang masa di kalangan mereka. Kalaupon ada, boleh dikira jumlahnya dengan jari. Teringat kepada butir perbualan Azim dengan pak cik tua itu, Azim berasa sungguh terkesan mendengar prinsip hidup pak cik tersebut. Sangat terkesan hingga memberi suntikan semangat baru kepada Azim.


Kalau pak cik tua itu boleh menjaga kesihatannya untuk hidup lama, seharusnya seorang aku seorang muslim juga berikhtiar untuk hidup lama. Banyak tanggungjawab seorang muslim ini sebenarnya. Bukan setakat solat lima waktu, puasa dan pergi haji sahaja. Azim terus bermonolog dalam hati.


Bagaimana dengan tugas memajukan ekonomi Islam, memantapkan politik Islam dan mengukuhkan ikatan masyarakat Islam sekiranya umat Islam sendiri mengabaikan kesihatan. Kalau bukan kita, nak diserahkan kepada siapa tugas ini? Dalam hati, Azim kagum dengan insan-insan ini. Walaupun mereka tidak dikurniakan nikmat Iman, tetapi nikmat Islam itu telah mereka rasai melalui gaya hidup mereka. Itulah sebenarnya yang diajarkan oleh junjungan besar kepada kita. Sejak itu, Azim bertekad untuk mengubah gaya hidupnya dan turut berusaha mengajak orang yang terdekat dengannya untuk turut sama berubah.


Pagi yang dingin itu dinikmati sepenuhnya sambil ditemani secawan kopi ‘o’ panas. Kopi hasil air tangan Opah tidak pernah ada tandingannya walaupun dibandingkan dengan kopi berjenama seperti Setabak kegilaan masyarakat dunia sekarang.


Dia pun bingung juga sebenarnya. Bingung dengan dirinya dan juga masyarakat dunia. Bagaimana seorang muslim sanggup menyokong tindakan kejam zionis membunuh saudara sendiri di Palestin semata – mata untuk memuaskan nafsu mendapatkan secawan kopi. Dahulunya dia juga jahil, sebelah mata pon tidak dipandang warung kopi tepi jalan. Apatah lagi produk alternatif yang dikeluarkan oleh syarikat muslim. Pilihannya lebih kepada barang – barang berjenama yang terang lagi bersuluh menyumbang kearah kekejaman itu. Rezeki melimpah ruah yang diterima dibazirkan begitu sahaja, memenuhi tuntutan kehendak bukannya keperluan. Dia benar – benar menyesal dengan masa lalunya.


Sedang asyik dia merenung keindahan Sang Pencipta, dia dikejutkan dengan panggilan telefon dari seseorang yang sangat dikenalinya suatu ketika dulu. Namun panggilan itu diabaikan, dibiarkan terus berdering tanpa sahutan….sememangnya dia perlukan masa...


Siapakah sebenarnya yang menghubungi Azim?


Adakan seseorang yang berkaitan dengan kisah lampau Azim?


Nantikan sanbungannya.....


#terima kasih kerana sudi membaca. Akan disambung dalam masa terdekat, tu pon kalau ak mengantuk dlm kelas lagi...hehe
# jgn lupa komen n sumbangkan idea utk bestkan lagi cerita nie^^


sekian...

Wednesday, April 20, 2011

KUTU......

Bismillah dan assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni isu hangat yg ak nk cerita ialah pasal kutu..EEEEIIII..apa ni??? geli laaa...
sabaa~~q..jgn gabra lu..papon, cer baca lu...(smbil tgn pusing2)
kutu ada dua maksud semuanya (versi dragon ball) :

kutu vs KUTU.. apa beza tu sebenaqnya..
Kalau ikut gambaq kat atas tu, mmg kutu tu maksudnya binatang ternakan yg x mendatangkan keuntungan malahan mendatangkan keGATALan dan keSTRESSan kepada tuannya. Asyik2 tergaru-garu kepala ja kan. P sebenaqnya bukan kutu tu yg ak nk cerita, p KUTUUUUUUU= DUIIIIIIIT....(snyum smpai telinga dgr DUIIIIIT)

ak rasa hampa dh dapat agak dah apa isi cerita ni..kan2??
KUTU : mengikut kamus dewan bahasa blog ak, maksudnya duit yg dibayar tiap2 bulan kt 'player' dy, dan ada 'turn' utk dpt balik duit tu.

jadinya apa kelebihan KUTU nie :

1) Tiap bulan duit hg jd miskin - ni bagus sbb bila duit hg siket, bajet utk bulan tu pon jadi siket, bila bajet utk bulan tu jadi siket, x da la membazir x tentu pasai pastu hujung bulan makan nasi dgn sardin ja..(pngalaman sdiri nie ==;)...bagus dak KUTU??

2) KUTUwan segera - sekali hg dh dpt balik duit kutu tu, mmg jutawan,kayawan la..gedebuk duit penuh tapak tgn. x cukup tapak tgn, tapak kaki aku tadahkan..pny la bnyk kan..kalau kt kampung ak, org2 tua yg maen KUTU ni, sekali depa dpt duit, 'shopping' sakan...bkn geylang si paku geylang p GEYLANG sampai siku...x pa la..tu duit depa, biaq la nak beli GEYLANG sampai lengan pon..kan2?..bagus dak KUTU??

3) Bank semua bankrap - wlpon bukan la tjejas sgt bisnes depa, tp kalu hampa maen KUTU ni, x payah p bank pon bley simpan duit. Faedah ka bunga ka daun ka Ah-long ka Ah-cik ka Ah-ngah ka, semua tu gerenti x dak punya.. halal suci bersih lagi tue..KUTU bukan Ah-Long, KUTU nak tolong (pnah dgr x??)..bagus dak KUTU??

4) ...........(x tau lah, ak pon x dpt pikiaq dah..hampa pikiaq la sdiri^^hehe)

Jadinya, kepada yg nak kawen ka...yg nak p melancong ka..yg nk jadi Mami Benang ka..satu ja pesanan ak, maen la KUT~~~UUU...

HIDUP KUT~~~~UUUU......

Sekian utk entry kali ini..Menabung menjamin masa depan!!!


Tuesday, April 19, 2011

HIJAB yg ku pakai bukan PAKSAAN!!!


Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yg tersinggah sat kt blog lusuh nie..

Hari ni nak ajak bsembang sket ja pasal hijab. Bukan pa, mengikut pengalaman ak yg setahun kimchi kt korea ni la kan, kbyakan rakyat tempatan (org korea la tu) menganggap tudung/hijab (la ni bukan tudung ja, pashmina la tajima la..bla2) ni satu bentuk penindasan atau nak ganas sket keGANASan ke atas wanita..(ganas x??)

Yalah kan berdasarkan dr peNYEMBANGan ak dgn beberapa orang korea, depa kata aset wanita korea adalah tengguk dan sekitarnya. Makna kata, kalau nmpak tengguk n kwsan sekitarnya tu seksi la kan..ya ka?? (part ni kena tny yg laen jantina klu nk jwpn yg tepat sbb ak pon x tau level seksi tu lagu mana)

sembang pny sembang, sorang kakak manis yg ku kenai pon tny, sbb depa (org korea) mmg sgt tinggi sifat ingin tahunya, jadi ak yg rendah sket skill nk explain ni pon berada dlm gabra yg amat sgt. Bukan apa, dgn bahasa korea ak yg agak terhad ni, ak crita A dy pham B camna?? mau x nerves??

nak dipendekkan cerita, ku kata camni ja. Agama saya bukan paksa sy pkai tudung, tp dy bgtau sy cara2 nk jaga diri dr kjahatan manusia adalah dgn memilih hijab. Sebab tu saya pakai. Mcm yg ada kt gambaq atas tu~~Tapi tu la, bdasarkan riak muka dy, mmg nmpak sgt la keTIDAKBOLEHTERIMAan dy tu. Tapi x pa la, mana tau satu hari nanti, Allah bukak pintu hati dy...

tu bab hijab, kalau bercerita bab pkai skirt pendek tu, lg pjg cerita dy...
Seorg muslimah yg menutup aurat dgn sempurna dipandang jelek dan pelik. Tambah2 musim summer, bila suma org mnutup x smpai separuh pon dr badan mereka.

"x panas ka? Bukak la."
"ni korea la, bukan Msia. x pa nk pkai camtu, bkn sapa pon tau..",ada sorg pak cik ni ckp kt ak slps ak bsembang2 dgn dy dlm tren. Aku senyum ja sbb tu bkn kali pertama saranan 'BERNAS' yg ak terima. x pa lah pak cik, saya yang pilih jalan ni dan saya redha dgn jalan ni dan saya yakin jalan ni yg terbaek utk saya. moga Allah bukakan hati pak cik utk melihat agama Allah ni dr sudut yg betul.

panjang lagi kalau nak cerita bab2 camni. tapi x pa lah, bila2 ak da masa lg, ak update dgn hampa suma~~ ( makasih la noh, dok jenguk blog usang ak ni..jumpa lg^^)

Saturday, January 8, 2011

FULL HOUSE KOREA(RUMAH PENUH) version KAMI

Bismillah..
Assalamualaikum semua n salam sejahtera...


Lama betoi x menulis ni, jari pon rasa len dah dok taip nie..plus dgn musim sejuk yg mencengkam kalbu dan menusuk hingga ke tulang hitam la kan kata org dulu2..

Kat korea lani suhu dia mengikut laporan kaji cuaca adalah -7..haaa,, peti ais yg dok simpan ayam tu pon kalah,,huhhu tp bukan yg tu isi cerita kita malam nie..
Sebenaqnya ak nie baru ja abeh cuti seminggu.. dalam masa seminggu tue mmg banyak tempat ak bjalan menghabiskan masa,, (tp duit pon byk gak abeh..T.T) tp tu la pengalaman tu yg penting kan..

So, satu tempat yg ak pi ni nama dia Incheon,South Korea.. da satu pulau kt tempat ni yg jd lokasi penggambaran drama korea FULL HOUSE, yg Rain blakon tue...

meh ak tunjuk gambaq sket2..crita saja guna modal ayaq lioq pon x best kan..


singgah rumah senior dulu b4 bertolak

naik feri nk pegi pulau tue..


apa lagi...photo shooting la~~


tgh practise utk lakonan~~


bajet mcm heroin full house la plak..adeihh...==;




da mak cik korea yg baek tolong tgkap gambar...

ni la kisahnya FULL HOUSE version kami..

EHHH....sat2..tunggu, x abeh lagi...
kan td ak kata kami ada wat penggambaran kat umah ni kan..
kalau nak tgok vidio full house tu klik sini..
vidio trailer perjalanan full house klik sini...(tgok jgn x tgok^^)

harap berguna la pengalamanku yg siket nie utk dkongsi dgn hampa suma...
jumpa lagi di post akan datang..><>

Sunday, October 24, 2010

perfomance budak batch aku...FAMILY DAY 2010

Bismillah..
salam suma...


ni la bakat2 tpendam budak2 batch ak..wlpon dr segi angkanya sikit tp besar dr segi bakatnya..congratz la utk korg suma sbb dpt 1st place..아싸..

5.10.2010


Bismillah..

terharu+pilu+sdey+gumbira..plus mcm2 feeling lagi la yg dok bercampuq aduk dlm jiwa blues ak ni.. ya la bila kwn2 susah payah wat seprizz besday party tuk ak..haha,wlpon mereka da tkantoi sket tp ak wat2 x nmpak ja.. hehe kalu nak cerita balik kisah pada hari lahirku itu.. cerita bermula camni .. sehari sebelum jatuhnya tarikh anibesery ak tu,4 oct kwn2 ak ni dah wat psiapan dah..mula2 depa ajak ak pi makan luaq... dlm hati ak dok kata,awat tiba2 laen macam prangai budak2 ni,,x psai2 ajak ak p makan luaq..ak dh dpt detect sket dah..tp tu arr ak wat cool ja..mcm x prasan apa2..haha..trun bas kat tempat nama Sillim nie..depa bwk p ak satu tempat,restoran cina la...dok sat, tu dia mata ak tpandang kotak kek..haha..kantoooiiiii...tapi tu la ak wat2 x nampak sbb depa mcm x bsedia lagi nak ucap kt ak..ak senyum smpai telinga tp dlm hati ak gelak..aduih,,geli hati..apa la mamat sorang ni..org nk wat seprais dy p kantoi awai2..dua 3 minit lepas tu,spt yg ak sangka2,,kedengaran dendangan sora kwn2 ak yg kiut dan macho ni meng'wish' ak..bahagia hati ak...ak x kesah pon yg kantoi2 td sbb bg ak usaha depa nk bagi ak feel sronok masa besday ni mmg ak hargai.. tu lah namanya kawan kan..tq byk2 kgkawanku.. pastu dok mlm tu,depa upload vidio kiut ni kt fb..-vidio last skali-
___________________.....______________________

dok esok ak menjengui kepala kat kelas..ak tgok meja ak dipenuhi oleh belon2 kiut..waduss..siap ada hadiah g atas meja..tima kasih byk2 la wahai kgkwanku..








Monday, September 13, 2010

ehh!!! dah syawal ka??? laa...

Bismillah..

haa...akhirnya...bjaya jgak ak curi masa wpon sbnarnya esok adalah hari kedua final exam ak..x pa2..sbnarnya ak pown tgh stress ni...kkdang terjiwang x pasal2,, kkdang terseronok x pasal2,, cam ni lah ak..x tau la da org baca ka x entry ak nie tp tulah asalkan ak bahagia,,

cakap psal bahagia,, ni 1st time ak raya jauh di rantau orang,bukan rantau abang kt ganu uhh....waaa, ketupat,rendang sila nikmati kawan..penat memasak malam ke pagi...lalalulalila..mmg penat nk mampoih masak nie...haha..la ni ter'feel' sket lagu ni,dulu men nyanyi ja...maklumla suma kena wat sendiri..padan muka dulu x mau tolong mak kt dapoq(dapur) sgt....






akhirnya,tibalah pagi raya yg dinanti...mlm td pown rmai kwn2 ak dh tangkap leleh,wat iklan celcom,maxis d tepi tangga,d bwh pokok.. ak wat2 x nampak ja..rileeeek ja leha ni kalu tgok dari luaq la tp dlm hati mak aii..banjir kowt...x salah eihh nak teriak(nangis) laki ka pompuan ka,, normal pa kalu sdey teriak....(ayat cover plus kantoi..)


waktu dgr takbir raya nie..hmmm..x yah kata pa la,,kalu tadah uhh,mau la 2 besen gak ayaq mata..


dah penat2 teriak uhh,,kena la reload balik energy,,pa lagi mentekedarah(makan) arr...


perot kenyang ati senang arr,, ak belasah bihun sup,rendang,lontong..kt msia pon ak x melantak(makan..ayat sopan sket) mcm ni..muwahaha..


ni budak2 umah ak...camna x tau bley sedondon plak...


photo shoting bermula...

kwn2 ak...depa nie la yg dok teriak skali ak..




apa lg,,posing leha...perot cover,cover....





tu ja la entry ak stakat nie..haha,,, seronok mmg seronok,,tp ak x puas ati gak arr sbb raya kedua dah nak kena study..bongok betoi la...






Related Posts with Thumbnails