Thursday, September 15, 2011

Another photos from JEJU ISLAND, SOUTH KOREA...

Bismillah..Alhamdulillah,,,setelah 3 hari 2 malam bermalam,bersiang di pulau jeju yg terkenal di kalangan peminat drama MY GIRL,,,mmg penat tp senorok giler...pendek cerita pulau jeju ni pandangan ak sama ja mcm pulau Langkawi tp mesti de jugak benda yg berlainan kan?? so utk x panjangkan cerita ak nih,,ak tangkap la beberapa gambar butk menceritakan keindahan pulau jeju ni pada semua yg baca blog ak nih~~thankz pd sesiapa yg singgah kt blog ak nih...baca2 blog ak..heee,,moga2 korg pon dpt sama rasa takjub dan terpegun dgn keindahan ciptaan ALLAH,sebagaimana yg ak tgh rasa masa mlawat jeju nih~~slamat mengembara melalui gambar2 ak~~
rasa mcm dalam game ISTANA TAKESHI.....huhh penat cari jalan keluar

dh tiba masa usha org yg sesat dlm tuu



ombak tu serius cantik

batu pantai yg bwarna hitam..x sure la batu ka apa..






sekian......

aKU hANYA iSLAM PADA nAMA..ANDA rasa??

 Bismillah..article ni ak copy sebijik dr blog nih, x da terkurang sikit pon.. http://vandymuslimnews.blogspot.com/2010/02/aku-hanya-islam-pada-nama.html sbbnya isi cerita nie mmg betul2 kena dgn ak..so ak nk share la sbgai pengajaran utk kita semua~~thanks pd blogger nie~~enjoy it...


Aku Hanya Islam Pada Nama

Solat tidak pernah tertinggal,
Gosip pun tidak pernah tinggal jua,
Jaga tepi kain orang,
Lupa pada keburukan diri,
Tak pernah nak bertaubat pada ilahi,
Aku hanya Islam pada nama.


Zakat ku bayar,
Namun riba tetap ku ambil,
Sedekah menyebabkan aku miskin,
Sibuk sangat dengan dunia sementara,
Tiada masa bagiku beribadah,
Aku hanya Islam pada nama.


Aku ucap bahawa Allah sahaja yang layak disembah,
Aku kata aku cinta Allah,
Tapi setiap jam aku chat dengan pakwe,
Setiap saat aku nak bersama makwe,
Dia yang aku paling puja dan suka,
Aku hanya Islam pada nama.

Aku bersaksi tiada yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.


Aku kata aku yakin dengan Al-Quran,
Dalam tu Allah kata jangan dekati zina,
Dekat pun tak boleh, berzina apatah lagi,
Seronok pula berborak dengan berlainan jantina,
Membuatkanku ketagih dan nak lagi,
Mula-mula ditempat terbuka beramai-ramai,
Kemudian tertutup di internet berdua,
Kemudian Allah sahajalah yang tahu,
Aku hanya Islam pada nama.

Islam maksudnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,
Hati, lisan mahupun anggota,
Semuanya kena serahkan kepada Allah,
Tapi aku suka baca horoskop dan tilik nasib,
Aku serahkan masa depanku pada bintang-bintang dan kuiz-kuiz tilik nasib,
Bila dapat result yang baik aku lega,
Bila dapat result buruk aku duka,
Aku hanya Islam pada nama.

Hijab tu wajib bagi lelaki mahupun wanita,
Itu Allah yang suruh tiada syak lagi,
Lelaki kena tundukkan pandangan,
Perempuan kena berhati-hati dalam pergaulan,
Aku tahu melihat aurat itu salah,
Aku tahu bertepuk tampar dengan lelaki tu parah,
Aku ikut orang lain buat bukan ikut kehendak Allah,
Aku hanya Islam pada nama.

Aku pakai tudung,
Aku pakai baju kurung,
Aku tak bisa melihat ada orang berdua,
Aku tak bisa melihat benda yang curiga,
Kena heboh dan beritahu orang lain,
Allah kata jangan,
Tapi itu yang lebih ku suka,
Aku hanya Islam pada nama.

Aku munafik rupanya,
Nampak macam Islam,
Tapi hati tak percaya Allah dan hari pembalasan,
Tuhanku hawa nafsu,
Yang penting aku seronok dan suka,
Bila ada iftar aku paling laju,
Bila ada kelas tentang Allah kau pergi dulu,

Aku mahu bertaubat ya Allah,
Baru kutahu sukar nak masuk syurga,
Aku bersaksi dengan penuh keyakinan,
Penuh kebenaran,
Kau sahajalah yang layak disembah,
Bukan nafsuku,
Bukan apa yang orang suruh,
Bukan bintang-bintang,
Sebab semua itu Kau ciptakan,
Kau sahajalah yang layak disembah,

Islam bukan hanya pada nama,
Pada hati, lidah dan anggota,
Pada mu'amalat, pada syari'at,
Pada setiap detik setiap saat,

Monday, August 22, 2011

BUKU : DWILOGI CINTA DARI TIMUR TENGAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa habaq? Hari ni aku nak perkenal 2 buah novel cinta yang berjaya memikat hati aku yang suka baca novel jiwang. Mula-mula tu memang aku tolak tepi buku-buku islamik nih, tetapi lepas baca alangkah sedarnya aku, kalau aku tak baca buku ni, aku lah manusia paling rugi bukan setakat di Sik tetapi di seluruh dunia. Hebat tak hebat buku ni, cetakan pertama 2008 pastu cetakan keempat 2010.

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
RM23.50

Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

"Jika novel Ayat-ayat Cinta menyorot latar mesir dari pandangan seorang mahasiswa Indonesia, maka Warkah Cinta Berbau Syurga ini disorot dari kaca mata seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut di sana. Justeru tidak hairan andai latar kaherahnya dan suasana kehidupan para pelajar Malaysia dapat diperincikan sebegitu rupa. dalam lambakan karya bertemakan cinta asyik-masyuk bernafsu rendah yang boleh mengelirukan pembaca remaja, novel cinta berjiwa islamik begini sewajarnya menjadi alternatif terbaik selain mampu memperkaya khazanah sastera Islam tanah air."
Zaid Akhtar-Penulis novel

"Novel islami beginilah yang saya nantikan. Setelah diperkenalkan oleh rakan, saya mencuba buku ini untuk menguji sejauh manakah kebenaran kata rakan saya. Ternyata saya mengaku kalah. Novel ini memang da booooom!!! Saya rasa macam saya jelajah Mesir dan berada bersama-sama watak dalam novel ini. Semuanya begitu terperinci hinggakan saya rasa perlu melancong dan merasai sendiri pengalaman di Mesir untuk melengkapkan episod novel ini. Apa tunggu lagi?"
Miss Jericle-Pemilik blog & Penggemar Novel Jiwang



 KALA CINTA & WAHYU BERSATU
RM18.00

Mesir bukan noktah akhir pertemuan Amir dan Balqis. Amir mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui Ilahi.
Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzuddin yang kembali mengharapkan cinta.Amir Mukhlis bertemu tasnim yang teguh membawa legasi cinta wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis.

"Kalaulah karya-karya A.Ubaidillah Alias adalah musim-musim berempat, novel Kala Cinta $ Wahyu Bersatu ini adalah musim seminya, wangi, berwarna-warni"
Ilham Hamdani, Canberra, Australia 

"Walaupun sengatan karya kedua beliau tidak setajam karya pertamanya, namun sengatannya tetap berbisa. Saya tetap menantikan karya beliau yang seterusnya.Beli jangan tak beli, berbaloi-baloi."
Miss Jericle-Pemilik blog & Penggemar Novel Jiwang
Related Posts with Thumbnails