Friday, August 27, 2010

Bismillah..

Pelindung Vs Perosak

alt

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita?Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?

Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...

Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"

(Hadis riwayat lmam Muslim)

Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.

Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.

Glosari

1. Ar-rijal: Lelaki, pemuda.
2. Husnul khatimah: Pengakhiran yang baik.


http://www1.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/816-pelindung-vs-perosak.html

Bismillah..

kenal ust abdullah khairi?? hmm....slalunya ja dgr psal ustaz ni mesti ada kaitan dgn ceramah..bila ada kaitan dgn cramah...mesti mcm bosan2 sket kan..pas2 cam malas2 ja kan nak dengar..kalu x kena paksa, mmg malas giler kan nak dengar..x pa...aku paham..haha sbb... jadi, even korg malas pon,,disebabkan korg dh perasan kewujudan entry ak ni so pa salahnya tgok kejap vid ust nie...ak x tipu, da kwn2ku yg 1st tgok vid ni pon ckp best,,,dy kta, kalu suma ceramah mcm ni tiap2 minggu ak g semayang jumaat ...haa..punya panjang ak dh xplain..depend arr nak tgok ka x...








Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari | iLuvislam + discover the beauty of islam

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari | iLuvislam + discover the beauty of islam

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
iLuvislam.com

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam

Friday, August 13, 2010

HANTARKAN UCAPAN RAYA ANDA...

Bismillah..

la ni mesti tgh hangat org bercerita pasal salam perantau..yang kat oversea x sabaq2 nak hantar kt surat khabar,,yg kat msia mesti x sabaq2 nak tggu kot2 ada yang dikenali hantar salam perantau..bagi ak mmg best hntar salam perantau..pengalaman 1st tima katakan..haha..yang pentingnya suma surat khabar ak dh hantar,,beritaharian,utusan,kosmo,sinar,metro..tu suma ak dh hantar....tapi tu la kan kalu2 traffic jam..x tersiar plak gambar ak kt surat khabar camna?? so di kesempatan ini...aku nak wat ucapan ringkas la..haha...lambat sgt tggu surat khabar tu...


....kepada sesiapa yg mengenali diri ak ni yea..salam ramadhan,salam aidilfitri,,semoga ramadhan dan lebaran kali ini memberikan nafas dan semangat yang baru kepada kita semua....

cadangnya cam gitulah nak hantaq ke surat khabar tp x tau la dpt ke tak...udah le raya di perantauan...wawaa...

anyway..selamat menghantar ucapan raya....

Wednesday, July 28, 2010

SEPOHON EPAL,SEORANG MANUSIA~APA KAITANNYA??

Bismillah..
masa suma org dlm umah ak ni dah tido...ak pulak yg bangun~~tujuannya?? mesti la study last minute..hahaha..ni baru betul aku....tp sblom nak stat study kena la panas enjin dulu kejap...apa yg ak buat??? ala cam besa la,,check email..check FB..check MFB...apa?? MFB?? 1st time dengar?? klik la MFB kalu berminat nak tahu..hehe...

tgok2 ada la satu email..ak pon klik la link yg dy bagi...ceritanya bermula begini....pada satu hari...di sebuah kampung... tp kalu baca,baca sampai abeh tau...

A long time ago, there was a huge apple tree.


A little boy loved to come and play around it everyday.

He climbed to the treetop, ate the apples, took a nap under the shadow...

He loved the tree and the tree loved to play with him.

Time went by...the little boy had grown up,


And he no longer played around the tree every day.

One day, the boy came back to the tree and he looked sad.

"Come and play with me,” the tree asked the boy.

"I am no longer a kid, I do not play around trees any more"

The boy replied.

"I want toys. I need money to buy them."

"Sorry, but I do not have money..

But you can pick all my apples and sell them.


So, you will have money.

" The boy was so excited.


He grabbed all the apples on the tree and left happi

The boy never came back after he picked the apples.


The tree was sAD

One day, the boy who now turned into a man returned


And the tree was excited "Come and play with me" the tree said.


"I do not have time to play. I have to work for my family.



We need a house for shelter.

Can you help me?


" Sorry”,

But I do not have any house. But you can chop off my branches

To build your house.


" So the man cut all the branches of the tree and left happily.

The tree was glad to see him happy but the man never came back since then.


The tree was again lonely and sad.


One hot summer day,

The man returned and the tree was delight

"Come and play with me!" the tree said.


"I am getting old. I want to go sailing to relax myself.


“Can you give me a boat?"

“Said the man”.

"Use my trunk to build your boat.


You can sail far away and be

" So the man cut the tree trunk to make a boat.


He went sailing and never showed up for a long time.


Finally, the man returned after many years.

"Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore.

No more apples for you...

" The tree said”.


"No problem, I do not have any teeth to bite

" The man replied

"No more trunk for you to climb on"


"I am too old for that now" the man said.

"I really cannot give you anything...


The only thing left is my dying root,”

The tree said with tears

"I do not need much now, just a place to rest.

I am tired after all these years" the man replied.

"Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest,

Come, come sit down with me and rest.


" The man sat down and the tree was glad and smiled with tears..

This is you and the tree is your parent. !!!!!

Sunday, July 4, 2010

EVERLAND THEME PARK-KOREA..T-EXPRESS killer roller coaster

Bismillah..

pertama-tamanya ak nak kenalkan kt pbaca blog ak psal satu tempat kt korea ni yg ak dah pegi dlm usaha mghabiskan cuti ak sebaik mungkin...nama tempat ni EVERLAND, taman tema terbesar di korea dan terletak di Yongin,Gyeonggi-do...kalu korg teruskan membaca korg akan nampak gambar roller coaster kayu,,kalu nak tahu ini adalah roller coaster kayu pertama di korea,yg ke-6 terpanjang di dunia bg kategori kayu....junam dy ialah 57m dan kalu korg tgok gmbr dy,,mmg dpt feel la sket,,tp kalu korg naik benda alah nih..mmg x sempat nk jerit pon..lidah terkelu..jantung ak berdenyut ka tidak waktu tu ni ak pon x sure,,,parah gila kan..lg lepas ko turun satu curam x smpat bernafas turun pulak 2nd punya curam..kelajuannya 200km/h..dalam masa 3minit je naik...mmg ak mengucap dulu sblom naek benda alah ni..thriller giler..tp mmg menakjubkan la...siyes...












ada ja kengkawan ak yg kt korea x naek lagi benda alah ni,,haha..katanya ak belum bersedia utk mati weih,takut dowh..macam mana kalau itu...macam mana kalau ini,bla bla bla...x nak naek sudah,ko jugak yg rugi,,akhir kata, kalu korg sampai ke korea ni, kol ja ak,ak bwk g sini..tu pun kalu dh beli insurans nyawa la, haha...
p/s...act banyak lg nak letak ni tp dh malas nak upload...heee

Thursday, July 1, 2010

announce:PIC from JEJU ISLAND, KOREA!!! (part 2)...

Bismillah..
ini adalah part 2 kpd cerita jeju island aku...teruskn membelek album ni bg sesapa yg berminat...jgn lupa komen...heee


muka penat plus excited kat teddy bear muzium..


cubaan menjatuhkan ak ke dalam tasik oleh cikgu2 ak


again muka penat dan letih


kuruskan ak dibandingkan dgn bear ni~~


keletihan mengelilingi muzium..


replika bear, si peniaga~~


perkahwinan yg so sugar~~


entrance~~~


nak ja 'u jump i jump' dlm laut nie~~


laut yg cantik giler~~


sejuk dan nyaman giler air nie~~


kampung nelayan korean version~~


tarikan di pulau jeju~~


pantai batu hitam~~

angin bertiup mcm ribut kt sini~~


menunggang ATV di jalan berbukit2~~


wif one of my korean teachers~~


taman ala2 padang pasir~~


naik feri ke UDO island-my korean teacher~~


maze park again~~


dlm hati ada taman~~



taman2 cinta~~


disini mekarnya bunga2 cinta~~


di sini angin bertiup kencang~~


tp ak tetap teruskan gelak~~

berbicara dr hati ke hati~~

hope to go there again~~pengalaman baru, di sebalik kepesatan dan kemodenan bumi sonata terdapat pelbagai rahsia alam yg tersembunyi, mampu membuka sesiapa shaja yg memandg, mencelikkn minda sesiapa shj yg merenung, meningkatkn iman bg sesiapa shaja yg berfikir....

korean people:mereka agungkan bangsa sendiri,mereka bangga bila bahsa mereka dipertuturkan,mereka pentingkan masa,mereka punya azam ,matlamat dan tekad,,,kerana itu mereka maju...'korean wave' mereka sebarkan di pelusuk dunia...tiada istilah mengalah dlm hidup mereka....hny FIGHTING...sesiapa yg lambat akan tertinggal...bukan kerana kita berjalan perlahan ttp kerana mereka yg berlari laju tanpa kenal erti penat...

p/s: kenal perbezaan mereka dan kita....
Related Posts with Thumbnails